BAB 8|ROSE

160 23 0
                                    

“Cause you are unforgettable, i need to get you alone”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Cause you are unforgettable, i need to get you alone”

🔱🔱🔱

Arya terjaga dari tidurnya. Bunyi bising dari tingkat bawah sungguh membuatkan dirinya terganggu. Arya menggosok kedua matanya kemudian di kelip banyak kali. Jam di atas meja di pandang sekilas. Pukul 8 pagi.

Arya turun dari katil lalu melangkah keluar dari biliknya. Bunyi riuh dan sedikit bising membuatkan dahinya berkedut.

"Tak pernah pagi-pagi bunyi bising gini" ujar Arya perlahan. Kaki melangkah turun dari tangga itu. Arya mencari mana datangnya bunyi bising itu.

"Oi Hayden! Janganlah main-main!" kedengaran Adrian memarahi Hayden.

"Diamlah! Ni cara aku buat kerja tau!" Hayden membalas kata Adrian.

Ayra menjongket kedua keningnya kerana bunyi bising datang dari dapur. Tiba sahaja mata Arya sudah membulat besar. Kedua tangannya sudah memegang pinggang manahan marah.

"Hayden bagi aku garam dekat atas meja tu" Adrian mula mengarah dekat Hayden yang berada di sebelahnya. Kelihatan Adrian sedang memasak sesuatu. Manakala Hayden pula sedang memotong sesuatu.

Mereka berdua masih tidak sedar kehadiran Arya di dapur itu. Keduanya sedang membelakangkan Arya.

"Amik lah sendiri aku tengah sibuklah" balas Hayden.

"Hayden cepat nasi goreng aku dah nak hangus ni" ujar Adrian tidak berpuas hati.

"Haish, ada tangan tapi malas nak amik! " bebel Hayden kemudian memusingkan tubuhnya untuk mengambil garam di atas meja di belakangnya.

"Cepatlah Hayden"arah Adrian yang masih fokus dengan nasi gorengnya itu.

"Sabarlah, garamnya hilang pulak. Macam aku dah beli lepastu letak sini tadi" ujar Hayden sambil tangannya lincah mencari garam yang tersembunyi di dalam beberapa bungkusan plastik di atas meja. Sedikit bersepah kalau di lihat atas meja itu.

"Ha jumpa pun kau" ujar Hayden setelah berjaya menemui garam yang sudah dia beli awal pagi tadi. Dia memusingkan tubuhnya kembali sambil tangannya menghulurkan garam pada Adrian.

"Nahh amik nih garam kau" ujar Hayden sambil kembali memotong kerjanya itu.

Adrian pula tanpa banyak bunyi terus mengambil garam itu. Hayden pula tiba-tiba terhenti gerakkannya.

"Aku rasa macam ada nampak something lah Adrian" ujar Hayden

"Nampak apa? " balas Adrian yang masih menggoreng nasi sambil merasa sedikit masakannya sama ada sedap atau tidak.

Hayden menoleh ke belakang sedikit. Kelihatan ada seorang perempuan berambut panjang sambil merenung tajam ke arahnya. Hayden menelan air liur kemudian memandang ke hadapan semula.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now