BAB 10|PRETTY LIES

150 17 4
                                    

“Love breaks the rule”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Love breaks the rule

🔱🔱🔱

Mikael Dameer merenung wajah Arya Qalisha yang sedikit pucat itu.

Wajah itu di tenung sehingga menusuk ke dalam hatinya. Dia tidak pernah jemu memandang wajah perempuan yang dia cintai.

Dalam dirinya selalu berfikir, apakah itu cinta? Mengapa dia dapat rasakan cinta itu boleh membuatnya hanyut dan hilang akal?

Tapi dirinya merasakan tidak adil kerana dia sorang sahaja yang merasakan cinta gila itu dan tidak bagi perempuan yang dia cintai itu.

Dia harus membuatkan Arya Qalisha benar-benar jatuh cinta kepadanya seperti apa yang dia rasakan selalu.

Rambut yang sedikit tertutup di wajah Arya, di selaknya ketepi. Mikael menyentuh perlahan kulit wajah Arya. Dia tersenyum nipis.

Dia lega yang Arya tidak cedera teruk sangat. Balutan di kepala Arya di pandang seketika.

Doktor peribadinya kata tidak apa yang teruk. Hanya perlu tunggu dia sedar dari pengsan sahaja. Jam tangan di pandang sekali. Sudah pukul 1 pagi. Arya masih tidak sedar. Mikael merasakan badannya melekit dan ada kesan darah semasa dia mengangkat Arya.

Mikael bangun dari sebelah Arya yang ada di atas katilnya itu. Butang baju kemaja putihnya di buka satu persatu. Dia perlu mandi dah bersihkan diri. Baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik air, pintu biliknya di ketuk dari luar.

"Tuan Mikael? " panggil Leo yang ada di luar biliknya. Mikael menapak ke arah pintu biliknya dan pintu di kuak sikit.

"Nak apa? " soal Mikael dengan nada mendatar.

"Dua orang tu dah sedar. Nak biarkan dulu ke? " soal Leo.

Mikael diam seketika. Dia menoleh ke belakang semula melihat Arya yang masih belum sedar di atas katilnya. Kemudian wajah Leo di pandang semula.

"Kau uruskan dulu, kejap lagi aku datang" balas Mikael lalu pintu biliknya di tutup semula. Leo tanpa banyak bunyi terus pergi dari situ.

Mikael membutang bajunya semula. Kakinya melangkah ke arah singki untuk membasuh wajahnya dahulu. Kain di ambil lalu di lap pada wajahnya.

Perbuatannya terhenti saat mendengar sesuatu berbunyi. Mikael mencari arah bunyi itu. Sampailah dia berdiri di hadapan bakul pakaian kotor.

Jacket kulit Arya di ambilnya lalu tangannya mengambil sesuatu di dalam pocket itu. Telefon milik Arya.

Mikael mengetuk dahi. Dia lupa mahu mengeluarkannya.

Skrin telefon di hidupkan lalu melihat notification itu. Banyak pesanan dari Hayden dan Adrian yang ingin tahu keberadaan Arya sekarang ini.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now