BAB 3|HEARTBEAT

265 29 0
                                    

“Your name is written in my heart”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Your name is written in my heart”

🔱🔱🔱

Mikael memandu kereta dalam keadaan tidak tenang. Air liur di telan.

Arya masih merenung tajam ke arah lelaki itu. Entah lelaki mana yang angkut dia sekarang ini.

"Encik ni siapa? Baik bagi tahu sebelum saya berkasar nanti" soal Arya geram. Banyak kali dia tanya dekat lelaki itu, lelaki itu hanya diam sahaja sehingga sekarang.

"Kau tak kenal aku, Arya? " soal Mikael Dameer.

"Tak pernah kenal langsung. Kita pernah berjumpa ke? " soal Arya pula.

"Pernah" balas Mikael ringkas.

"Bila tu wahai encik? " soal Arya yang sudah memusingkan badannya ke arah Mikael. Mikael yang perasan itu terus berdehem kecil. Dalam fikirannya pula, mereka berjumpa waktu kecil dulu. Mustahil kalau Arya masih ingat kecuali dirinya sahaja kerana waktu itulah dia jatuh suka pada Arya.

"Stop calling me encik, nama aku Mikael. Panggil sayang pun boleh" balas Mikael sedikit mengusik. Mata sebelahnya sempat dikenyitkan kepada Arya.

Krikk—

Krikk—

Kedengaran cengkerik berbunyi.

"Aaaa okey" balas Arya sambil membetulkan tubuhnya menghadap ke hadapan semula selepas melihat wink dari Mikael. Kenapa dia rasa seram sekarang ini?

"Boleh tak hantar saya tempat asal semula? Luka ni saya boleh rawat sendiri. Sikit je ni tak teruk pun" ujar Arya.

"Tak boleh. Lagipun dah nak sampai" balas Mikael mendatar. Dia kembali fokus memandu setelah Arya tidak menanyakan apa-apa soalan.

Setelah beberapa minit dalam perjalanan, akhirnya mereka telah sampai. Arya memandang di sekelilingnya. Kedua matanya tak henti melihat. Sekarang dia berada di hadapan sebuah rumah agam atau mansion milik lelaki itu. Kelihatan juga ada beberapa orang lelaki berpakaian suit hitam menjaga di sekeliling kawasan mansion ini.

Mikael sudah keluar dari kereta. Dia menuju ke arah Arya untuk membuka pintu kereta itu. Namun, Arya masih tidak sedar pintu kereta sudah dibuka untuknya. Mikael menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Arya. Wajah di dekatkan pada tepi wajah Arya yang masih memandang ke arah lain itu.

"Sayang? " bisik Mikael.

"Huh? " Arya terus memusingkan kepalanya dan tanpa sengaja, bibirnya terkena pada bibir Mikael. Kedua mata Arya membulat besar dan terus menjauhkan wajahnya kebelakang. Kini wajah Arya sudah memerah.

"Want to kiss me more? Boleh sambung dekat dalam" soal Mikael yang sudah tersenyum nakal. Dirinya juga sedikit terkejut apa yang terjadi. Tidak menyangka pula berlaku.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now