BAB 14|PROMISE

110 12 0
                                    

"You are my last love forever"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You are my last love forever"

🔱🔱🔱

Beberapa hari kemudian...

Ada beberapa keping gambar di ambil secara tersembunyi dan juga beberapa maklumat pada kertas yang di pegang oleh Arya.

Laptopnya juga menyala di atas meja itu serta sebuah pendrive yang terisinya maklumat penting.

Arya menampal semua gambar itu di dinding. Wajah manusia di dalam gambar itu di tenung lama. Clan Black Lion yang terkenal dalam dunia kongsi gelap. Sudah lama dia memerhatikan pergerakan mereka. Dirinya yang menjadi ahli Red Phoenix, memudahkan kerjanya.

Kebanyakkan mereka dari kaum cina. Selebihnya kaum melayu dan kaum india. Itupun hanya sebagai orang bawahan. Kaum cina ramai menjadi orang atasan. Itu apa yang telah di siasat.

Kerja ini tiada siapa yang tahu apa yang Arya lakukan. Rahsia dan maklumat yang sudah lama di kumpul hanya dia dan dua rakannya itu, Adrian dan Hayden yang tahu.

Sudah bertahun dia mengumpul maklumat dan aktiviti harian mereka. Dia perlu mencari titik lemah dan jalan untuk mencari seseorang dalam Black Lion itu. Dia pasti orang itu masih hidup.

Arya berterima kasih kepada Adrian dan Hayden yang mampu menjadi mata-matanya untuk memerhatikan gerak geri clan itu. Rahsia ini hanya di pegang oleh mereka bertiga. Kisah lama yang hanya mereka tahu.

Sambil mereka bertiga melakukan kerja dari arahan Dragon, sambil itulah mereka bertiga melakukan kerjanya pula.

Tuk! Tuk!

Pintu di buka dari luar. Kelihatan Adrian muncul di situ sambil membawa dua cawan air milo panas.

"Minum lah dulu" ajak Adrian sambil menghulurkan satu cawan untuk Arya.

"Thanks" Arya mengambil cawan itu lalu di hirup perlahan.

Matanya jatuh pada jari manisnya. Cincin nikahnya masih elok di pakai. Teringat pula pada Mikael. Sudah beberapa hari, lelaki itu tidak datang menjumpainya. Baguslah kerana Arya masih memerlukan ruang dan waktu.

Kejadian beberapa hari yang lalu masih mengusik emosinya.

Arya memeluk tubuhnya. Dia perlu lupakan akan lelaki itu buat sementara ini.

"Jadi macam mana? " soal Adrian sambil berdiri di sebelah Arya lalu memandang ke arah dinding yang sudah di penuhi dengan gambar-gambar di ambil olehnya dan Hayden.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now