BAB 5|PLAY GAME

201 27 0
                                    

“Everywhere I go, I will think of you”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Everywhere I go, I will think of you

🔱🔱🔱

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Mengikut maklumat apa yang Dragon bagi ialah waktu ini lah mereka akan melakukan kerjanya.

Arya, Adrian dan Hayden sudah berada di tempat persembunyian mereka.

Mereka sedang memerhatikan ada tiga orang lelaki di atas bot itu. Seorang lelaki salah satu di atas bot itu telah turun lalu berjalan ke arah seorang lagi lelaki yang sudah menunggu di tepi pantai itu.

Manakala ada dua orang lagi sedang menunggu di tepi kereta hilux yang berada di tempat jalan tar, tidak jauh dengannya. Mereka berdua menunggu jawapan dari kawannya yang sedang berjumpa orang yang turun dari bot itu.

Arya hanya memerhatikan dari jauh melihat kerja mereka. Arya tahu siapa itu. Yang baru turun dari bot itu ialah salah seorang anak buah Joker. Yah itulah target mereka untuk di bunuh dan merampas barang yang mereka bawakan.

Manakala yang sedang menunggu kehadiran mereka itu ialah anak buah Silver Bullet.

Arya dapat pastikan yang ketua mereka tidak ikut campur menyelesaikan kerja itu.

Arya tersenyum kerana kerjanya akan mudah kerana hanya menguruskan anak buah mereka sahaja. Arya tahu yang musuh mereka sedang cuba berniaga bersama kumpulan mafia Silver Bullet itu.

Namun, Arya berfikir seketika. Sungguh jarang Silver Bullet mahu berurusan dengan musuh mereka yang tidak berkelas itu, buat kerja pun kadang-kadang tak licin. Sampai Dragon tahu yang mereka ada mencuri sebahagian barang milik Red Phoenix.

Tidak lama kemudian, beberapa anak buah Joker sedang menurunkan kotak dari bot. Beberapa kotak itu sedang dipindahkan ke kereta hilux milik anak buah Silver Bullet.

Arya dapat melihat barang yang perlu dia rampas kembali. Arya tersenyum.

"Boss bila nak gerak?" soal Hayden sambil menyentuh earpiece yang ada di telinganya. Dia berada di celah batu besar di tepi pantai itu. Tempat tiada siapa yang perasan.

Hayden sudah fokus dengan targetnya bersama sniper rifle di tangannya.

Arya dan Adrian dapat dengar yang dikatakan oleh Hayden. Awal-awal Arya sudah menyuruh mereka untuk memakai alat itu agar mudah untuk berkomunikasi.

"Kotak terakhir diaorang pindahkan, kita gerak. Ingat apa aku dah kata malam tadi. Faham?" balas Arya yang bersembunyi di belakang bot tidak jauh dengan musuh mereka. Nasib baik ada beberapa bot tersadai di tepi pantai itu, memudahkan kerjanya.

"Faham boss!" balas Adrian dan Hayden serentak.

Adrian juga bersembunyi di belakang bot selang beberapa dari tempat Arya.
Mereka ikut strategi yang sudah dibuat malam tadi.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now