BAB 13|BROKEN HEART

146 16 1
                                    

"It hurts the most when you can actually feel your heart breaking"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"It hurts the most when you can actually feel your heart breaking"

🔱🔱🔱

Mata antara mereka memandang antara satu sama lain.

Mikael yang mahu hilangkan rasa awkward mula menukar topik.

"Baca buku apa tadi? " soal Mikael ingin tahu sambil memandang Arya.

"Huh? Mana ada baca buku" balas Arya sambil menyandarkan tubuhnya ke rak yang dia simpan buku tadi.

Mikael tersenyum senget. Tangan kanan milik Mikael mula mendekati ke arah Arya.

"Jangan gerak! Awak nak buat apa lagi? " soal Arya laju yang seakan tahu Mikael ingin mengambil buku yang dia baca tadi.

"Ada something dekat rambut kau" balas Mikael sambil datang mendekat. Wajah mereka mula merapat.

Arya yang ingin bertindak sudah terbatal niatnya kerana tatapan mata hazel lelaki itu sungguh membuat dirinya terpaku. Arya tidak bergerak.

Jemari Mikael di bawa ke arah rambut di tepi telinga Arya. Rambut Arya di selitkan pada belakang telinga Arya. Rambut panjang itu di tatap lama oleh Mikael.

Arya seakan terbuai dengan sentuhan itu. Adakah dia sedang berada di alam fantasi?

"You are so beautiful, sweetheart " bisik Mikael dengan suara serak basahnya.

Arya sudah tergamam lalu menelan air liurnya dengan kelat.

Arya mengumpul tenaganya semula.

"Don't touch me" Arya yang ingin menolak Mikael jauh dengannya tidak jadi saat Mikael menghalangnya.

"Don't move sweetheart " bisik Mikael lagi.

Arya seakan terpinga-pinga.

Mikael memetik jarinya di telinga Arya lalu di bawa ke hadapan Arya. Jarak di jauhkan sedikit.

"For you" ujar Mikael sambil memegang bunga ros.

"Untuk apa? Saya taknak lah" balas Arya sambil melangkah menjauhi Mikael.

Mikael pula memandang bunga ros merah di tangannya. Terasa sedih pula di hati bila ditolaknya. Dia meletakkan pada rak buku itu.

Magic yang dibuatnya tidak berjaya memikat hati perempuan itu. Nampaknya dia kena buat lebih gempak lagi dari yang ini.

"Mikael, saya nak balik rumah dengan Adrian dan Hayden. Saya ada kerja nak buat" pinta Arya.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now