BAB 9|SILENCE

158 22 1
                                    

“I protect you quietly”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I protect you quietly”

🔱🔱🔱

Siang berganti malam. Hayden dan Adrian berada di ruang tamu. Mereka berdua sedang mencari maklumat. Skrin laptop di tatap lama oleh mereka.

Beberapa puluh minit kemudian, Arya turun dari tangga bersama kunci motor di tangannya. Arya menuju ke arah rak kasut dan mengambil kasut boots hitam miliknya. Kemudian helmet di capai pada atas rak kasut itu.

"Boss! " Hayden memanggil Arya laju. Arya yang hendak keluar rumah itu terhenti seketika.

"Apa? " jawab Arya.

"Aku dah jumpa orangnya" balas Hayden sambil membawa laptop itu ke arah Arya yang berdiri di pintu utama itu. Adrian mengikuti Hayden.

"Look" Hayden memusingkan laptop ke arah Arya. Sebuah rakaman cctv yang diambil dari luar rumahnya itu. Arya berkerut dahi seketika melihat itu sebelum ada dua orang lelaki yang berlari keluar dari rumahnya itu.

Kebetulan saat mereka berdua berlari keluar, dua orang lelaki itu membuka topeng muka saat ingin masuk ke dalam kereta mereka yang di parking di luar garaj.

"Ada cctv ?" soal Arya hairan. Rasanya tak ada pasang cctv dekat rumahnya sebelum ni.

"Ahh lupa nak bagi tahu boss. Sebelum boss dengan arwah Makcik Ejah datang sini, kami sempat pasang cctv dekat rumah ni. Cuma ada dua je, satu dekat depan pintu utama ni dan satu lagi dekat pintu belakang" jelas Adrian.

Arya menangguk mengerti.

"Dan ni pula maklumat diaorang. Aku dengan Hayden dah tahu identiti dua orang lelaki tu" ujar Adrian sambil menghulurkan telefon pada Arya.

Arya diam membaca maklumat lelaki itu. Dia mengetap rahangnya. Kedua matanya menatap tajam pada skrin telefon itu.

Mana dapat maklumat tu? Serah saja pada Hayden dan Adrian, pakar hacker katakan.

"Boss nak pergi mana nih? " soal Hayden menilik atas hingga ke bawah tubuh Arya.

"Keluar" balas Arya. Telefon diberikan semula pada Adrian.

"Pergi mana? Nak ikut lah" pinta Hayden yang sudah pun menutup laptop itu.

"Tak boleh. Nak jumpa orang kejap. Korang jaga rumah. Apa-apa bagi tahu aku" balas Arya kemudian membuka pintu dan berlalu pergi.

"Eleh, mesti nak jumpa lelaki tu. Siapa namanya tu—" ujar Hayden sambil mengetuk-getuk dahinya untuk ingat semula nama itu.

"Kata Leo haritu, Mika— Mikael!  Ha Mikael! " sambung Adrian.

"Ha Mikael namanya! " balas Hayden laju.

Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Senyuman senget terukir di bibir mereka. Mereka ada kerja perlu dilakukan sekarang ini.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now