BAB 7|DIRGAHAYU

188 23 3
                                    

“One day, our destiny will be together”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“One day, our destiny will be together”

🔱🔱🔱

Arya membuka helmet setelah turun dari motosikal. Rambutnya seperti biasa di ikat semula agar kelihatan kemas. Nafas di tarik dalam kemudian ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Helmet di bawa masuk sekali. Takut hilang pula kalau letak di luar rumah.

Namun kakinya berhenti di hadapan pintu rumah itu. Dahi Arya mula berkerut saat melihat pintu rumah itu terbuka besar tidak tertutup, pelik.

"Makcik Ejah? " Arya mula memanggil Makcik Ejah namun hanya senyap sahaja. Arya menutup pintu setelah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu itu tiada orang. Biasanya mereka akan lepak di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Jam di dinding dilihat dan ianya menunjukkan pukul 7.20. Mungkin Makcik Ejah sedang solat maghrib di biliknya.

Arya terus melangkah laju ke tingkat atas biliknya berada. Kaki melangkah laju menaiki tangga itu. Baru sahaja Arya ingin belok ke arah biliknya,kedua mata Arya membulat besar.

"Boss—" kelihatan Adrian sedang berjalan lambat sambil tangannya memegang dinding untuk elakkan dirinya jatuh. Mulutnya sedikit luka seakan baru lepas kena tumbuk. Ada darah keluar dari tepi perutnya, sebelah tangannya menutup luka di tepi perut itu.

"Adrian! Kau kenapa? " Arya menuju laju sambil mendekati Adrian. Tidak pernah-pernah melihatnya seperti itu. Gaduh dengan Hayden ke?

Arya menyentuh wajah Adrian untuk melihat luka itu. Kemudian melihat kawasan di tepi perutnya itu yang banyak darah keluar. Baju putihnya jelas ada kesan darah.

"Aku okey boss, sikit je ni" ujar Adrian sambil menolak tangan Arya perlahan.

"Boss nampak Makcik Ejah? " soal Adrian laju.

"Kenapa Adrian? " balas Arya cemas melihat wajah Adrian yang serius sambil menahan sakit.

"Cari Makcik Ejah dulu, cepat" arah Adrian sambil berjalan semula ingin mencari Makcik Ejah.

"Huh? Kenapa ni Adrian? " soal Arya sambil membantu Adrian untuk berjalan. Adrian tidak menolak.

"Tadi aku dekat bilik, ada dengar bising-bising dekat luar. Jadi aku keluar bilik nak tengok apa yang dah jadi—" balas Adrian.

"Lepastu? " soal Arya laju sambil membantu Adrian untuk turun dari tangga dengan berhati-hati.

"Lepastu, ada dua orang pakai topeng hitam dekat tingkat dua tadi. Diaorang mungkin perompak jadi aku nak tangkap diaorang. Tapi diaorang lincah dan ada pisau. Diaorang sempat larikan diri. Aku tak tahu diaorang sempat curi apa lagi" jelas Adrian. Kini aku dan Adrian sudah tiba di bawah.

"Mana Hayden? " soal Arya kerana tidak nampak kelibatnya.

"Hayden keluar kejap, aku tak tahu dia pergi mana" jawab Adrian.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now