BAB 17|MIDNIGHT

182 13 0
                                    

“The moon is beautiful, isn't it sweetheart? ”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“The moon is beautiful, isn't it sweetheart? ”

🔱🔱🔱

Arya terjaga dari tidurnya. Dahi Arya mula berkerut saat melihat sekeliling. Kemudian kedua anak matanya dapat meneka di mana dirinya sekarang ini.

Bilik ini.

Bilik yang membuatkan dirinya mengimbau kejadian lalu.

Arya bangun dari baring dan duduk di atas katil milik Mikael.

Yah, lelaki itu membawanya ke mansion ketika dia tertidur di dalam kereta.

Arya memandang kaki kanannya yang sudah di balut dengan perban elastis.

Arya mengeluh perlahan.

"Hilman—" bibir Arya menyebut nama lelaki itu. Fikirannya masih sedikit terganggu dengan kata-kata dari Mr. Zhao.

Apa yang perlu dia lalukan sekarang ini?

Dia perlu dapatkan jawapan yang kukuh untuk memuaskan hatinya dan untuk Hilman. Dia perlu balas dendam untuk Hilman, cinta lamanya yang sudah pun berakhir.

Suuurr–

Hembusan angin yang masuk ke dalam melalui ruang balkoni terus menyapa rambutnya.

Arya menyelak rambutnya ke belakang telinga lalu menoleh ke arah pintu yang terbuka itu. Langsir putih itu sudah berkibar perlahan.

Mata Arya mula mengecil memandang susuk tubuh seseorang di luar balkoni itu.

Dan jelaslah Mikael sedang berdiri di luar sambil merokok. Arya dapat lihat asap rokok saat Mikael menghembus perlahan.

Arya menoleh ke arah lain semula. Dia perlu tidur semula kerana tidak mahu berjumpa lelaki itu sekarang ini. Jam di dinding di pandang. Sudah pukul satu pagi.

"Dia masih tak tidur? " ujar Arya perlahan.

Arya tidak mahu berfikir banyak dan terus baring semula. Selimut di tarik menutup tubuhnya. Mata di pejam.

Tidak lama kemudian Arya membuka kelopak matanya. Hembusan nafas di keluarkan saat mendengar Mikael batuk kecil di luar balkoni itu.

Arya bangkit dari baring lalu turun dari katil. Dia berdiri perlahan dan cuba berjalan perlahan untuk pergi ke arah balkoni itu. Kakinya hanya terseliuh biasa dan tidak lah teruk sangat, jadi jangan risau.

Arya berjalan dengan terenjut-enjut.

Kini Arya sudah berada di sebelah Mikael, tidak terlalu jauh dan tidaklah terlalu rapat. Mikael yang sedang batuk kecil itu tidak sedar akan kehadiran Arya.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now