BAB 11|NIKAH

147 19 0
                                    

“Your voice runs through my whole body”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Your voice runs through my whole body”

🔱🔱🔱

Pada petang itu, Mikael membawa Arya ke butik pengantin untuk mencari baju nikah mereka. Arya hanya banyak diam di sebelah Mikael sementara lelaki itu sedang berbicara dengan pekerja butik itu.

Leo, Adrian dan Hayden tidak mengikuti mereka kerana Mikael hanya mahu pergi dengan Arya sahaja. Jadi Mikael lah yang memandu keretanya itu.

Setelah selesai perbualan mereka, Mikael memandang Arya yang duduk di sebelahnya.

"Tak nak pilih baju? " soal Mikael setelah pekerja butik itu pergi menguruskan sesuatu.

Arya memandang wajah Mikael yang ada di sebelahnya. Tidak terlalu rapat dan tidak pula terlalu jauh duduknya.

Arya sebenarnya tidak mahu dekat dengan lelaki itu, tapi setelah di paksa oleh lelaki itu terpaksa dia ikut.

Arya mengeluh perlahan. Dia bangun dari duduk dan terus pergi ke bahagian baju pengantin. Arya memandang baju bewarna putih itu. Sungguh dia tidak berkenan di hati dan seperti dia tidak rela ingin kahwin dengan lelaki itu.

Tapi dia terpaksa.

Arya berjalan perlahan sambil mata mencari baju yang simple untuk akad nikah esok. Yah, mereka berdua bersetuju untuk nikah esok hari dan hal yang lain Mikael yang uruskan.

Langkah Arya terhenti pada baju nikah yang dia pandang itu. Dia menyentuh perlahan pada kain itu. Lembut dan cantik di matannya. Simple dan ringkas sahaja corak manik di atas permukaan kain itu.

"Nak yang itu? " soal Mikael yang sudah berada di belakang Arya. Mana tidaknya, lagi tadi dia mengikuti Arya dari belakang secara senyap.

Arya tersentak kecil. Dia menoleh ke belakang memandang Mikael. Arya angguk perlahan kemudian menjauh sedikit dirinya dari Mikael.

Mikael mengecilkan kedua matanya memandang Arya yang seperti tidak mahu melayannya sahaja. Sedangkan, permintaan untuk bernikah dengannya adalah dari perempuan itu.

"Kenapa jadi bisu pula sekarang ni? Kau sakit gigi ke? " soal Mikael kemudian tangannya ingin menyentuh wajah Arya. Dengan pantas Arya menepis tangan itu.

"Jangan sentuh aku, kau dah lupa ke syarat aku cakap dekat kereta tadi? " marah Arya dengan nada sedikit perlahan agar tidak di dengari oleh orang lain.

"Syarat apa? " soal Mikael buat tak tahu. Arya memandang tajam ke arah Mikael.

"Biar aku ingatkan lagi sekali. Satu, kau tak boleh sentuh aku tanpa izin aku. Kedua, ceraikan aku dalam masa satu atau dua bulan nanti" jelas Arya. Itulah caranya untuk mengetahui bahawa dia tidak mengandung anak lelaki itu. Semoga itu tidak terjadi lah!

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now