BAB 1|CINDERELLA

326 27 3
                                    

“This is my life as fake Cinderella”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

This is my life as fake Cinderella

🔱🔱🔱


Beberapa tahun kemudian...

Tik-

Tik-

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Arya yang masih di dapur bersama Makcik Ejah sedikit berdebar. Mereka berdua tahu siapa yang mereka perlu hadap. Sarapan semua sudah siap.

"Arya pergilah berehat, biar Makcik Ejah yang basuh pinggan ni" ujar Makcik Ejah. Arya menggeleng laju.

"Tak apalah, tak banyak pun ni, jadi Makcik Ejah boleh duduk je. Okey? " balas Arya berserta senyuman.

Mereka berdua sudah sarapan dahulu sebelum menyediakan makanan untuk Ibu tiri dan adik beradik tiri Arya Qalisha.

Makcik Ejah menghembus nafas perlahan.

"Kamu ni dah banyak buat kerja dari awal pagi tadi. Tak penat ke Arya?" soal Makcik Ejah risau.

"Tak penat pun. Makcik Ejah tu ha, Arya tengok dah penat buat banyak kerja" balas Arya.

"Haihh yelah yelah-" Makcik Ejah berlalu pergi dari dapur itu. Sudah mengalah dengan kata Arya. Kini, Arya meneruskan mencuci pinggan pinggan kotor di singki itu.

"Sampai bila aku nak bertahan? " Arya berkata perlahan. Dia seakan termenung sambil tangannya bergerak melakukan kerja. Dalam fikirannya kini, dia tidak ada idea untuk keluar dari masalah yang dia sedang hadapi.

Kedua matanya merenung ke arah luar tingkap di hadapannya. Lama.

"Oi-"

"Oii? "

"Hoi? Pekak ke? " bahu Arya dicuit. Arya masih tidak memberi respon.

"Amboi! Termenung tengok babi kat luar ke tu? " tegur Rosy dengan kuat. Kedua tangannya di silang ke dada.

Arya yang sudah kembali sedar terus terperanjat dan tidak sengaja melepaskan pinggan kaca di atas lantai.

PRANGG!!

Kedua mata Rosy membulat besar. Kemarahannya semakin membuak.

"Oi! Kau ingat beli pinggan tu pakai air liur ke jahanam!? " Rosy terus menarik telinga Arya dengan kuat.

"Sakit! Rosy lepaslah sakit! " Arya menjerit kecil kerana tidak dapat menahan sakit. Rosy kalau dah mengamuk habislah dia. Bergegar satu rumah ni nanti dibuatnya.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now