"MINTAK tolong Malik baiki tandas bilik tu dulu. Selagi belum baik, jangan bagi inap orang. And.. Hani.. Makanan untuk rumah nombor dua dah siap hantar ke?""Dah mem!"
Hani tersenyum manis sambil mengangguk. Kini dia tengah menatang makanan untuk rumah nombor lain pula. Aku pulak yang sakit kepala kalau mereka tak buat kerja. Sambil-sambil itu juga tangan lincah menyelak helaian kertas di sebuah fail.
"Ingat.. Kau masih hutang cerita kat aku."
Mata aku julingkan ke atas bila Faezah sengaja ingatkan aku. Sambil menekan-nekan keyboard, sempat lagi dia jeling dan bagi senyuman mengusik kat aku. Tak tahan dengan perangainya, akhirnya pipinya aku cubit kuat membuatkan dia mengerang sakit.
"Ha.. Cuba nak kaki busy body lagi, aku pecat kau!"
"Whatsoeverlah!"
Ewah.. Tebalnya muka minah ni!
Kerja aku teruskan lagi. Sempat lagi aku tarik lollipop yang masih baharu kat tangan Faezah. Terngaga sahaja dia bila aku buat macam tu. Tapi aku tak kesah. Janji ada manisan yang dapat tenangkan aku!
"Pss.. Akak.. Tu ha.. Abang handsome tu nak jemput akak katanya. Cepatlah. Tak baik bagi dia tunggu lama-lama. Nanti lama-lama.. Dia dirembat orang.."
Tercengang aku bila Anira pun turut sama nak mengusik aku. Lagilah sesak nafas nampak sebuah kereta hitam 'berkilat-kilut' sedang tersadai elok di hadapan kami. Belum nampak empunya lagi. Ni kalau aku nampak..
"Assalamualaikum Athea."
Hailah... Strok!
Nampak Cazran segak berkemeja hitam dan slek di sana, aku terus sakit jantung. Siap bagi salam dengan suara macho pulak tu. Siapa yang tak malu dengar?!
"Uish.. Lawalah sugar man kau tu Indriana. Patutlah kau tergila-gila.."
"Diamlah!"
Ketawa mengekek sahaja Faezah bila aku jeling dia tajam. Aku cuba meredakan kerancakan jantung yang sedang berzumba dalam ni. Langkah perlahan-lahan aku orak mendekati Cazran. Sesekali aku kerling pekerja-pekerja home stay yang tercengang melihatku melangkah ke arah Cazran.
"Lama dah tunggu saya? Sorry my lady, kerja sibuk sangat tadi."
Pandang bawah ajelah aku. Semakin tak senang hati bila dia panggil aku 'my lady' tadi. Buat-buat garu kepala aku jadinya. Tali beg silang aku usap-usap dengan jari jemari. Maklumlah you all.. Aku tengah gelabah ni!
"Awak nak ajak saya pergi mana sebenarnya?"
Finally, mata kelabu itu aku pandang. Riaknya tenang tapi dingin. Elok sahaja parasnya ketika ini walaupun dah beberapa jam tadi dia bekerja. Bila dia heret senyum nipis, terus aku gigit bibir tak selesa.
"Keluar,"jawabnya sepatah.
Mendengus aku sebab dia bagi jawapan gantung. Bila aku nak soal dengan lebih lanjut, terlebih dahulu dia dah bukakan pintu kereta untuk aku.
"Saya tak suka bagi jawapan di hadapan khalayak ramai. Nantilah dalam kereta awak soal. Banyak-banyak pun saya tak kesah."
Lama lagi mata kami bertaut. Macam faham yang aku nakkan jawapan lebih dari soalan, lantas sahaja Cazran melarikan pandangan. Tetapi masih jugak tangannya tidak berkalih dari membukakan pintu kereta untuk aku.
Rahang aku ketap perlahan. Tertunduk sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Selepas itu, Cazran juga turut sama memasuki perut kereta. Auranya betul-betul buat aku meremang kat sebelah ni. Sebab itulah aku lebih memilih untuk membuang pandang ke luar tingkap.
"Shall we?"
Angguk sahaja aku bila suara garau itu menyapa. Hati sebenarnya merontah-rontah nak serbu dia dengan macam-macam soalan. Tapi entah kenapa lidah terasa berat untuk digerakkan.
Mengeluh.
Lama kami mendiamkan diri. Membuatkan aku tersandar. Tangan pun tetiba gatal nak hidupkan radio. Cazran pun tak halang aku hidupkan lagu. Tak jugak sunyi. Tapi bila lagu romantik yang berkumandang, laju sahaja aku matikan. Kembang tekak aku nanti!
Diam lagi.
"Ask me now."
Berhenti sahaja kereta sebab lampu merah, terus kepala aku memandang Cazran. Sempat aku tangkap tangan sebelahnya meraup pergelangan tangannya yang sebelah. Berkerut dahiku. Dia tengah gusarkan apa sebenarnya?
"Kita nak pergi mana sebenarnya ni?"
Menyesal! Lain yang aku nak tanya, lain pulak yang keluar. Kalau Cazran tak ada, memang dah lama aku hempuk dahi kat dashboard. Harapanku ialah dapat menyoalnya semula. Malangnya dia dengar soalan aku, dah menjawabnya dengan lancar.
"Keluar."
Seriuslah Cazran ni. Dia nak ajak aku main-main ke apa ni?!
"Cazran! Awak pergi mana selama.."
Tersandar rapat aku di kerusi bila Cazran tiba-tiba datang menghampiriku. Pejam mata sahaja bila tangannya itu digerakkan ke arahku. Lagi berdebar bila terdengar dia buka tali pinggang keledarnya.
"Awak nak buat apa ni?"soalku menggeletar.
Pap
Pintu keretaku dibuka dan ditutup kuat. Perasaan pelik membuatkan aku membuka mataku. Bila Cazran toleh arahku, hampir sahaja hidung kami berlaga. Teguk liur lagi aku.
"Sorry sebab buat awak confuse. But pintu kereta awak tak tutup kuat,"jelasnya sebelum melakar senyum nipis. Sekali gus menjauhi aku.
Tercengang aku melihatnya. Dari dia memasangkan semula tali pinggang keledar, sehinggalah dia mulai duduk tegak. Tanpa pandang aku pulak tu!
"Tak boleh ke kalau awak mintak saya aje yang buat semua tu? Kenapa nak kena buat saya berdebar?"soalku tak puas hati.
Senyum lagi dia. Dan.. Kenapa aku tetiba jadi seram eh kalau nampak dia senyum?
"So.. Your heart was pounding so hard for me, huh?"soalnya selajur memandangku di sisi.
Hangat pipiku dibuatnya. Kalut sahaja aku halakan pandangan ke arah lain.
"Tu ha.. Lampu hijau!"
Saja nak tukar topik hangat pergi topik pemanduan berhemah di jalan raya. Syukurlah Cazran patuh. Kalau tak, mesti aku jadi tak senang duduk. Dahlah Cazran ni jenis yang sukakan jawapan tepat! Kalau jadi pemeriksa kertas peperiksaan ni, confirm banyak yang gagal!
"Blushing,"gumamnya perlahan.
Tajam jelingan aku untuk dia. Tapi dalam masa yang sama, aku jadi malu nak duduk sebelah dia.
Hailah..

STAI LEGGENDO
BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
Storie d'amoreSyed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali mengha...