HAMPIR sebulan aku tak dengar khabar tentang Cazran. Walaupun pun mulut mengatakan tidak, hakikatnya separuh hati masih merontah untuk bertemunya. Manakala separuh lagi lebih suka bertindak seperti tak ada apa-apa yang pernah berlaku antara kami. Ya.. Indriana Athea memang macam ni. Kekadang aku rasa apa yang aku buat ni betul. Adakala pulak aku rasa aku ni keterlaluan. Sebab itulah aku cuba muhasabah diri.
"Lama dia outstation. Indriana.. Tak pernah terdetik ke kat hati kau untuk rindu sugar husband kau tu? Tak pernah ke tangan kau gatal nak merayap call dia?"
Tak angguk. Tak jugak geleng.
"Entah. Tak tahu."
Tercengang Faezah dibuatnya. Aku buat-buat selamba bila dia cerlungkan mata ke arahku. Jigsaw puzzle yang hampir aku siapkan ditariknya menjauhiku. Berkerut dahiku tatkala mata kami bertaut.
"Seriuslah In? Kau memang tak ada feeling kat suami kau ke? Aku rasa dalam tahap ni, problem korang sepatutnya dah selesai. Lagi pun, aku tak pernah nampak pun korang bertengkar sebab hari-hari aku datang jenguk kau kat home stay walaupun aku tak ada kerja."
Aku jeling dia tajam.
"Haah. Asyik menyusahkan aku aje kan? Dah berapa botol Dutch Lady milk aku yang kau dah habiskan? Apasal kau tak beli aje kilang susu tu?"
Faezah sengih kambing. Cuma sejenak sebelum riaknya berubah serius semula.
"Tu bukan topik utama yang aku nak sentuh. Aku cuma nak cakap yang.. Apa yang kau buat ni tak betul. Walaupun aku tak kahwin lagi, still aku kena nasihatkan kau pasal ni. Indriana.. Walaupun usia perkenalan kita belum masuk bertahun lagi, tapi aku dah tahu dalam luar kau.."
"Kalau macam tu.. Berapa isipadu oksigen dalam alveolus aku sekarang? Kau kata kau tahu dalam luar aku kan?"soalku sengaja meloyar buruk.
Pap
Sendu sejenak bila Faezah hempap bahuku pakai papan puzzle aku. Keras kut!
"Aku cakap seriuslah In.. Jangan main-main boleh tak?!"
Aku mendengus halus.
"Mana ada aku main-main. Kan aku tengah buat puzzle ni?"
"Indriana Athea!"
"Ha yalah-yalah! Bising aje mak nenek ni."komenku lalu menarik muncung. Faezah julingkan mata ke atas seraya menyilangkan tangannya ke dada.
"Berbalik kepada kata-kata aku tadi.. Aku cuma nak nasihat yang kau tak patut terus-terus jadi macam ni. Kau dah pernah cerita semuanya kat aku. Lima tahun kut kau pendam rasa. Sekarang suami kau dah ada depan mata, sepatutnya kau bertindak lebih jauh lagi. Soal dia ke.. Tak pun kembalikan hubungan korang macam dulu."
Ya. Sebab aku dah percayakan Faezah seratus peratus, memang aku dah pernah ceritakan masalah aku kat dia. Malam tu, aku terbawa-bawa sikit dengan emosiku. Menangis sambil kayuh basikal. Faezah ajelah tempat aku mengaduh bila aku rasa hati aku dah terlalu berat untuk tanggung semua ni.
"Ayah dan mak aku.. Walaupun tak rapat sangat lagi, still aku boleh nampak perubahan pada mereka. Alhamdulillah.. Ayah dah mulai berubah. Mak pun dah pandai ambil hati ayah. Tengok? Kita boleh lihat yang persehaman dan perbincangan secara baik itu penting kalau nak selesaikan sesebuah masalah. Nak mengelak? Tu bukan penyelesaian bagi segala masalah In. Percaya cakap aku.. Kau akan menyesal kalau terus menerus pulau suami kau macam ni."
Terkedu aku. Aku pulaukan Cazran ke? Rasanya tak. Cuma layanan aku tak mesra macam dulu. Tapi serius.. Kata-kata Faezah buat darah aku berderau sedikit. Aku mulai rasa tak sedap hati.
MENGGIGIL tanganku saat ini. Banyak kali aku raup wajah yang terasa sembab. Acap kali aku mengalirkan air mata, tapi tak ada sesiapa pun di sampingku ketika ini. Gebar putih aku cengkam kuat. Menunggu kehadiran seorang doktor yang tadinya merawatku.
Sehinggalah aku dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi. Automatik kepada beralih ke kiri. Melihat pasangan suami isteri sedang bergembira menyambut kelahiran anak mereka. Dahi si isteri dikucup banyak kali oleh suaminya. Timbul cemburu dalam diriku. Lantas aku alihkan pandangan ke arah lain. Tak sanggup lagi melihat keintiman mereka.
"Puan Indriana Athea?"
Kepala mendongak memandang seorang doktor wanita di hadapanku. Jururawatnya membantuku duduk tegak. Ada sesuatu juga yang dicatat pada kertas yang tersangkut di katilku tadi.
"Puan dah cuba call sesiapa ke untuk teman puan kat sini?"soal doktor itu tampak risau.
Aku menggeleng perlahan.
"Abang dengan kakak ipar saya tengah honeymoon sekarang. Ayah pulak.. Outstation.."
"Suami?"
Terkedu aku dengan soalan doktor itu. Senyuman tawar aku lontarkan. Air mata yang entah sejak bila mengalir aku sekah perlahan. Berubah terus riak wajah doktor itu. Lantas bahuku ditepuknya perlahan.
"It's okay. Kalau macam tu, saya akan explain kat puan seorang aje."
Angguk faham aku.
Belum sempat doktor tu nak jelaskan hal sebenar, wajah Armizan sudah pun berada di sini. Berlari-lari anak dia mendekati katil pesakitku. Terkebil-kebil doktor itu dibuatnya.
"Indriana.."katanya dengan senyuman yang kelihatan teragak-agak.
Kepalaku melilau dengan mata yang terbeliak sedikit. Hampir sahaja aku melangkah turun dari katil tapi dihalang jururawat dan doktor itu.
"Encik ni.."
"Saya suami dia."
Sekali lagi mataku buntang. Tatkala mata merenung tunak ke wajah Armizan, tahulah aku yang Cazran tak dapat datang. Dapatku baca dari riak wajahnya.
"Oh.. Kalau macam tu.."
Aku mengangguk bila doktor itu kelihatan teragak-agak. Armizan duduk di kerusi kat sebelahku. Kami berbalas pandangan sebelum sama-sama memandang doktor di hadapan. Mendengar penjelasan yang aku rasa aku susah nak terima.
Ya. Hari yang perit buatku.

ESTÁS LEYENDO
BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
RomanceSyed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali mengha...