SELESA sangat sewaktu aku cuba menukar posisi ke kiri dan ke kanan. Tangan cuba pulak meraba kawasan di sebelahku. Kosong. Mata terus celik sebelum aku duduk bersila di atas tilam berbentuk bulat ini. Sel-sel otak mulai berhubung. Segenap penjuru menjadi sasaran pandanganku sehinggalah pintu kaca lut sinar yang ditutup dengan sehelai cadar kuning itu membuatkan rahangku terjatuh sedikit."Aku kat mana ni? Sejak bila aku kat sini?"
Gigit kuku. Neuron laju menerima impuls. Segar semula perkara yang berlaku sepanjang kelmarin. Pemanduan kami ke Kota Kinabalu amatlah memenatkan disebabkan kesesakan yang berlaku secara tak dirancang. Cazran kata, bukan selalu pagi-pagi sesak tapi entah kenapa pulak sesak pagi tu. Hampir lima jam kami menunggu, akhirnya kami sampai juga ke ibu negeri Sabah ini. Parasnya seperti Kuala Lumpur cuma kurang sibuk.
Hampir sejam lebih Cazran round kawasan tu sebab nak pergi resort yang dia kata milik mak ciknya itu. Tapi tiba-tiba sahaja ada orang call dia dan rasanya hal kerja. Dengan penat yang tak surut lagi, Cazran bawak aku sekali pergi tempat tu. Katanya kawasan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).
Dari nama sahaja pun, aku dah tahu yang kawasan tu akan penuh dengan kilang. Boom! Tekaan aku betul. Banyak kilang kat kawasan itu. Berhampiran sahaja dengan daerah lain yang Cazran kata Tuaran. Ada beberapa bangunan pejabat yang baru didirikan di situ dan ada jugak yang sudah siap sepenuhnya.
Sampai sahaja ke sana, Cazran terus melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan pejabat yang ada. Rasanya dia berjumpa pekerjanya. Sambil itu juga aku sempat ushar beberapa kawasan berhampiran. Jujur aku kata yang orang Sabah memang mesra. Masyarakatnya tidak kesah berkawan dengan kaum pelbagai.
Ada satu sekolah ni yang aku nampak, pelajar-pelajarnya asyik bergelak sakan dengan rakan masing-masing. Walaupun lain kaum, lain agama, still mereka boleh berhubungan mesra. Bahkan sempat lagi aku dengar rakan mereka yang beragama Kristian mengingatkan rakan-rakannya yang Islam untuk solat. Serius, aku terharu.
"Dah bangun?"
"Abang.."
Tak sempat Cazran nak mengelak, aku dah berlari-lari anak ke arahnya. Tubuhnya yang masih basah sebab baru habis mandi itu aku peluk erat.
"Sejak bila kita sampai kat sini?"
Tuala yang tersangkut di bahunya aku tarik. Cuba membantunya mengelap tubuhnya yang basah. Rambutnya turut aku keringkan dengan tuala. Senyum manis Cazran bila aku melayannya bagaikan raja pagi ni.
"Pukul dua belas semalam. Sorry sebab dah susahkan Thea ikut abang ke hulu ke hilir kelmarin. Banyak sangat yang nak kena buat. Ayah abang tu, sengaja bagi abang urus kerja ni banyak-banyak. Sepatutnya, abang kejutkan Thea semalam tapi tak sanggup sebab Thea dah tidur berdengkur sambil meleleh air liur basi kat dalam kereta."
Tergelak kecil aku selajur menumbuk bahunya. Aku tahu dia sekadar bercanda. Lama dia berjeda sebelum dahiku dikucupnya.
"Dahlah. Pergi mandi dulu. Lepas solat, kita jumpa kat restoran depan tu."
Berkerut dahiku.
"Abang nak pergi mana?"
"Nak solat kat masjid. Pak cik abang tu dah lama nak jumpa abang. Jadi ada baiknya kalau abang solat kat masjid. Bukan ke lelaki pahalanya lebih banyak kalau berjemaah kat masjid?"
Angguk. Tapi entah kenapa hatiku terasa sesuatu bila Cazran cuba nak berenggang sekejap dengan aku pagi ni. Kenapa dengan aku ni? Aku risau ada bahaya akan sapa Cazran ke?
"Dan kaum Hawa pulak.. Lebih baik solat di rumah. Sebab dulu Rasullah saw dah keluarkan hadis agar kaum wanita solat di rumah dan bukannya di masjid. Wanita pahalanya lebih banyak kalau solat kat rumah. Sebabnya, makin korang tersembunyi, makin korang dekat dengan Allah swt. Betul tak?"
Sekilas dahiku dikucupnya membuatkan aku terkebil-kebil sejenak. Akhirnya senyumanku berputik. Mengangguk faham.
"Tapi abang jangan buat sesuatu yang bahaya tau. Kalau tak, siap abang Thea sekeh."
Dia tergelak halus.
"As you wish, sugar."

ESTÁS LEYENDO
BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
RomanceSyed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali mengha...