JAZZ merah gelap yang dipandu sedikit laju akhirnya berhenti di sebuah perkarangan sunyi. Bangunan bercat putih di hadapan aku pandang tunak. Sesekali keluhan berat Armizan terhelah. Mungkin menyesali keputusannya membawaku ke sini. Tapi aku tak hiraukan semua benda tu. Tak sempat dia mengahalang, kaki aku dah melangkah keluar dari kereta.
"Indriana.. Awak jangan.."
"Cazran ada dalam tu ke?"cantasku untuk kali yang aku tak tahu ke berapa. Pandanganku masih tegas macam tadi. Teragak-agak Armizan mengangguk.
"Bos ada dalam tu. Tapi ada orang yang dia jumpa. Dia tak nak saya ganggu. Dia tak nak sesiapa pun ganggu,"tekan Armizan.
Mataku terjuling ke atas. Selamba sahaja aku melangkah ke arah pintu masuk. Rasanya bangunan di hadapan ini adalah pejabat. Cuma yang peliknya bila ia kelihatan sunyi. Lampu terbuka tapi macam tak ada manusia kat sini. Sesekali bunyi kereta di jalan raya membuat bunyi bising. Taklah sunyi sangat.
Ting.
Meremang bulu romaku mendengar bunyi sesuatu yang jatuh. Macam bunyi besi tapi rasanya saiznya kecil. Dan begitulah aku terkejut melihat kehadiran ramai lelaki yang berjaga di hadapanku. Masing-masing menayangkan riak berbeza. Ada yang berkerut, ada yang mencerlung. Mata membulat dan terkejut pun ada.
"Kau siapa ha? Kenapa masuk sini?"
"Saya.."
Terundur setapak aku tatkala seorang lelaki ingin meluruh ke arahku. Nasiblah Armizan laju menghalang. Tubuh lelaki itu ditolaknya kasar sedikit sebelum jelingan tajam diarahkan kepadaku. Aku jeling Armizan tajam balik.
"Dia isteri bos. Tak payah nak risau apa-apa."
Buntang lelaki yang ditolak Armizan tadi. Kesemuanya buntang. Aku teguk liur. Tiba-tiba rasa merinding. Nak menyesal? Rasanya sudah terlambat. Aku sudah pun menjejakkan kaki ke sini. Lagi pun tujuanku memang ingin menarik Cazran keluar dari sini.
"Cazran mana?" Soalanku dijawab dengan diam. Tak ada sesiapa yang memberi jawapan. Bila aku cuba melangkah, ada seorang lagi yang cuba mengahalangku. Tapi dengan cara yang baik.
"Sorry, bos tidak mau ada orang yang kacau dia. Dia sibuk."
Pelat Sabahnya membuatkan aku yakin dia ialah lelaki tempatan kat sini.
"Tapi saya risaukan suami saya. Kalau dia apa-apa nanti macam mana?"
"Aku lagi risau kalau kau yang apa-apa di sini. Kau tu perempuan. Tidak takut kah kalau kena serbu orang jahat?"
Lelaki yang menghalangku awal-awal tadi memandangku jengkel. Tapi lantas tertunduk bila Armizan jeling dia tajam. Aku hanya menahan senyum sinis. Sehinggalah bunyi sesuatu yang jatuh mengejutkan kami semua. Rasanya dari tingkat atas.
"Cazran ke tu?" Nadaku berubah risau.Tak sempat Armizan menghalangku, kakiku sudah pun laju mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Ada lima buah bilik kat atas tapi cuma satu yang terkuak luas. Naluriku mengatakan yang itu adalah tempat Cazran berada. Kaki melangkah laju ke sana.
"Kau ingat kau siapa yang berani-berani ugut aku?"
Suara garau yang penuh tegas itu mula menyapa telinga. Sekali lagi ada objek berat terjatuh di lantai. Aku lihat ada seorang lelaki yang dicengkam lehernya oleh Cazran. Aku sendiri menggigil melihat muka dingin itu.
"Aku? Takkan kau tak kenal kut? Akulah orang yang selalu bantu kau dulu Cazran. Cuma sekarang entah kenap selera aku tak ikut selera kau. Aku tak suka jadi malaikat. Tapi kalau malaikat maut, rasanya ya." Nadanya sinis sama. Cuba bertentang mata dengan mata kelabu itu.

STAI LEGGENDO
BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
Storie d'amoreSyed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali mengha...