BAB 79

1.1K 99 0
                                    

BERKALI-KALI aku mengubah posisi tidurku. Tak lena sebenarnya memandangkan aku asyik mengigil. Kepala pening dan tubuh rasa lemah. Air-cond tak pasang pun aku masih rasa sejuk. Gebar dah aku tarik hingga menutupi kepala. Tapi entah kenapa aku rasa tak selesa baring. Rasa macam nak tidur duduk aje. Haisyh.. Pelik!

"Athea.."

Dalam keadaan mamai, aku lihat Cazran sedang keluar dari bilik mandi. Terkejut sedikit aku tatkala melihatnya hanya bertuala yang dililit sekeliling pinggang. Tubuhnya yang terdedah masih dibasahi air. Air turut menitik jatuh dari rambutnya yang kelihatan serabai dek basah itu. Alahai.. Seksi.

What?!

"Rasa makin teruk ke atau rasa makin sihat lepas makan ubat tadi?"

Aku mulai duduk dan menyandarkan belakang tubuh di penyandar katil. Selimut aku tarik hingga ke menutupi leher. Cazran sudah pun datang mendekati. Duduk di birai katil sebelum tangannya itu menekap dahi, pipi dan leherku.

"Still demam." Dia mengeluh halus.

Ekspresi risaunya membuatkan aku terharu. Dah lama aku tak nampak wajah overcaringnya itu. Tadi pun dia masak segala makanan untuk aku jamah. Bila aku cakap aku tak ada selera, elok aje pandangan tegasku mendarat kat aku. Nak tak nak, terpaksa jugak aku jamah walaupun seciput aje. Tak tahan aku nak tatap muka serigala tu.

"Dah. Sekarang pergi mandi. Turunkan sikit suhu badan tu."

Tanganku yang ditariknya lembut aku leraikan. Kepala menggeleng perlahan. Aku berbaring semula sambil peluk bantal. Betul-betul aku tak larat nak berdiri sekarang.

"Tak nak. Thea malas nak mandi. Lagi pun.. Sejuklah.." Bagi alasan. Malaslah aku nak bergerak. Ada baiknya kalau aku tidur aje. Esok-esok, eloklah ni.

"Athea.. You need to take some shower. Kalau tak, abang sendiri yang mandikan Thea. Nak?"

Berbahang pipiku. Laju sahaja aku menggeleng sambil menekup wajah ke bantal. Tawa indah di belakang berderai halus. Dahiku terasa dikucup dari sisi. Tak sampai beberapa saat, tubuhku sudah pun berada dalam dukungannya. Tak larat aku nak menjerit lagi hanya mampu mengeluh berat.

"Abang... Tak nak. Thea tak nak mandi.." Dah meleret aku ni. Janganlah bagi aku mandi sekarang! Aku tengah sejuk ni!

"Mandi. Lepas tu, makan. Abang pergi sediakan makanan dulu. Even tak sedap, still Thea kena makan."

Tubuhku diturunkannya ke atas lantai bilik air. Baru pijak mozek pun dah menggigil. Macam mana kalau aku air dah menitik membasahi tubuh aku nanti. Mesti haru!

"Dengar tak ni sugar?" Cazran pandang aku tunak. Perlahan-lahan aku mengangguk akur. Dia tersenyum manis. Sekejap sahaja dia dah hilang di sebalik pintu bilik mandi. Mendengus kecil aku dibuatnya.




BUKAN MALAIKAT MAUT [C]Where stories live. Discover now