PENGALAMAN yang amat manis untuk dikenang. Misi aku dan Cazran ingin menjejak makanan yang sedap-sedap kat sini menjadi. Lepas sahaja jamakkan solat Zohor dan Asar tadi, Cazran terus bawa aku makan kat sebuah restoran yang menyediakan makanan tempatan.
Pertama kali aku merasai ikan mentah yang dijeruk dengan perahan limau dan cuka. Orang Dusun gelarnya hinava manakala orang Bajau dan Suluk menggelarnya kinilau. Unik dan amat memenuhi citarasaku sebagai penggemar makanan. Ala-ala shashimi, cuma yang ini lebih padat isinya dengan campuran dan perasa lain.
Lepas tu, aku ada cuba ikan baulu goreng yang dicecah dengan sambal. Sejak itu, aku terus jadikan ikan baulu yang berlemak itu sebagai ikan kegemaran aku. Tapi sebab banyak tulang, jadi Cazranlah yang jadi tukang buang tulang untuk aku. Saja nak dera-dera manja dia. Haha!
Ada jugak aku cuba ambuyat. Sagu kosong yang dipanaskan hingga membentuk seperti cecair jernih yang pekat. Tak ada rasa sebab tu aku tak layan sangat. Tapi tadi tetiba sahaja Cazran tegur cara makan aku. Katanya ambuyat bukan dimakan begitu. Kena dicecah dengan lauk. Suami aku tu ajar aku makan benda ala tu dengan lauk ikan ampap. Jujur aku kata yang itu memang wow. Makan dengan rumpai laut yang digelar agar-agar dan latok. Pelik tapi unik. Kalau dah memang gadis mesra makanan macam aku ni, memang semua aku culik masuk perut aku.
Dah macam rancangan jalan-jalan cari makan pulak. Lepas tamat rancangan yang satu tu, Cazran heret pulak aku masuk rancangan jalan-jalan makan anginnya. Dia ni macam tak ada kerja lain pulak selain nak ajak aku jalan-jalan. Serius, aku memang dah bersedia awal-awal kalau nak ditinggalkannya satu orang kat mana-mana bilik penginapan sebab aku tak suka ganggu urusan kerja dia. Tapi dia..
"Abang kan bos, jadi bila-bila masa boleh datang."
Ya. Selamba sahaja dia bagi jawapan tu. Bingung tapi dalam hati aku suka bila diberi peluang untuk bersiar-siar dengan Cazran. Dah lima tahun kut aku missed saat-saat indah bersamanya. Jadi Sabahlah yang menjadi saksi kami pada hari ini dan beberapa hari yang berikutnya.
Hasrat nak daki gunung tak kesampaian sebab esoknya kami terpaksa bergegas ke daerah lain pulak. Sebab kalau ikut masa, pendakian sepatutnya dimulakan selepas Subuh. Jadi.. Mengeluh. Tapi tak apalah, dapat lalu kawasan gunung tu pun dah jadi. Ada banyak kafe dan kedai cenderahati kat sana. Sempat Cazran bawak aku jelajah kedai kopi yang menyediakan minuman panas.
"Sejuk tak?"
"Sikit."
Angin dingin yang menyapa tubuh membuatkan aku menggigil. Di tepi kawasan yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu ini, pemandangan landskap yang indah membuatkan aku tersenyum ceria. Kabus tebal menunjukkan suhu di sini adalah rendah dan sesuai untuk banyak jenis tanaman sayuran dan buah-buahan.
Sepanjang perjalanan tadi, ada beberapa pondok kayu mini yang menjual sayuran segar bersadai kat tepi jalan. Pelik lagi aku bila Cazran tiba-tiba berhenti untuk membeli cendawan dan kubis panjang. Bila aku tanya sama ada dia nak aku masak ke tak, dia bagi aku senyuman manis aje.
"Look at me."
Tubuhku dipusingkan menghadapnya. Sweater hitam miliknya disarungkan ke tubuhku. Kemudian ada sehelai selendang merah jambu dililitkan di leherku. Tergelak kecil aku. Bukannya sejuk sangat macam kat gunung salji pun kat sini. Yang dia bungkus aku macam burito ni dah kenapa?
"Abang tahu yang Thea ni cepat selsema dengan udara sejuk. Jadi ada baiknya kalau kita bersedia dari awal kan? Nanti kalau Thea jatuh sakit, tak adalah teman abang nak bersiar-siar kat sini,"bisiknya lembut sebelum menarik hood jaket untuk menutup kepalaku yang berhijab.
"Kalau Thea sakit, kita kat dalam rumah ajelah. Tak payah keluar rumah. Thea lagi suka kalau dapat dera abang jaga Thea. Nanti semua pun abang yang kena buat." Saja aku nak meloyar buruk.
"Haah. Termasuk masak kari hangus kan? Thea 'suka' sangatkan masakan abang tu." Dia bagi aku jelingan membuatkan tawaku meletus sekali lagi. Bahunya aku tumbuk perlahan.
"Bila abang nak start berurusan?"
"Wait a second."
Klik. Pantas tangannya mengambil gambar kami berdua. Patutlah sejak tadi tangan tu tak lari dari merangkul pinggangku dari sisi. Rupanya ada hajat nak tangkap gambar candid aku rupanya. Ceh. Haraplah time tu mata aku tak terpejam. Mahu dijadikan bahan gelak oleh Cazran and the other pulak kalau macam tu.
"Esok. Armizan pun baru rush hari ni untuk datang Sabah. Hal Hanz tu.. Naim tengah settlekan. Sekarang abang tak nak Thea terbeban dengan perkara tu. So back to the main point, Armizan will be here to settle the job with me. Abang akan pandu selama berjam-jam lepas Subuh esok sebab tempat tu jauh dari Kundasang. Sebab tulah abang bawak Thea kat sini dulu."
Baru aku faham. Patutlah rajin aje dia heret aku ke hulu ke hilir sebab esok pagi kami dah nak tinggalkan Kundasang. Sedihnya.. Maksudnya aku dah tak dapat tatap Gunung Kinabalu lepas ni.
"Kalau Thea tak kesah, nanti abang bawak Thea lawat Kinabalu Park dan Dairy Farm okey?"
Taman Kinabalu dengan ladang ternakan lembu tu ke?
"Setuju!"
Terhinjut bahu Cazran sedikit sebab terkejut bila aku jawab dengan nada tinggi. Sengaja aje aku buat dia terkejut. Tetiba pulak lelaki tegap ni nampak comel bila terkejut. Siap usap dada lagi.
"Thea sengaja ke ni?"
"Haah. Sengaja." Sesaat lepas aku kenyit mata, telinga aku dah jadi mangsa cubitannya. Dia pulak yang ganti kenyit mata kat aku tapi dengan cara yang paling sinis. Ehe.. Apa orang kata? Dapat pulangan paku buah keras? Padan muka aku. Huhu.
"Jangan nakal sangat. Jangan sampai abang bagi Thea tinggal kat Sepilok kat Sandakan nanti."
"Sepilok?" Dahiku berkerut.
Dia heret bibir sinis.
"Tu ialah Pusat Perlindungan Orang Utan. Kalau Thea nakal-nakal, abang bagi Thea tinggal dengan makhluk berbulu perang tu. Mesti best kan kalau kena culik oleh orang utan?"
"Abang!"
Cazran tertawa bebas. Suka melihat wajahku mencemberut. Tapi laju sahaja dia pujuk aku dengan manisan stroberi bersalut coklat putih dan hitam. Antara marah dan makanan? Confirmlah aku pilih makanan!

ESTÁS LEYENDO
BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
RomanceSyed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali mengha...