KUKU aku gigit dengan perasaan yang mulai gelabah. Selepas lima tahun, ini dah kali kedua Cazran ajak aku keluar. Hari pertama hari tu, rasanya semuanya janggal.
Aku lebih rela makan kat rumah dengan adik menyusahkan aku daripada makan sambil biar Cazran tatap wajahku dengan penuh minat. Buka setakat itu sahaja, hari pertama kami makan bersama itu pun dah macam-macam hal aku lalui. Siap berhadapan dengan perompak bank tak berjemput pulak tu!
"Pink ke biru akak?"soalku sengaja nak buang kegusaran bila Akak Haninah mulai melangkah ke arahku. Tudung bawal merah jambu dan biru aku tayangkan di hadapannya.
Spontan sahaja wanita itu menarik keluar tudung lilit warna maroonku. Dengan corak abstrak yang aku berkenan sangat tu, terus hati rasa berbelah bagi sama ada nak terima atau tidak dengan pilihan kakak iparku itu.
"Pakai yang colour ni. In lebih sesuai pakai tudung ni."
Rambut yang tersanggul kemas aku garu. Gigit bibir aku bila teringatkan yang tudung itu sudah lama tidak aku sarungkan. Sebab itu merupakan hadiah Cazran kat aku dulu. Dengan kain takkan kusut sebegitu, memang aku tak perlu gosok pun.
"Tapi.."
"Alah.. In pakai aje tudung ni. Cantik kut kat In. Rasanya akak tak pernah nampak lagi In pakai tudung ni. Lagi pun tak payah gosok. Berbanding dengan yang dua tu, In kena gosok dulu. Dengan masa sekarang ni, rasanya In tak sempat nak gosok tudung lagi."
Jam sudah menunjukkan pukul 1:53 petang. Aku masih punya tujuh minit untuk bersiap. Kalau aku ingat yang Cazran nak ajak aku keluar hari ni, memang awal-awal lagi aku akan gosok tudungku. Tapi kalau aku ni spesies manusia yang tak berhati perut, memang aku tolak bulat-bulat aje ajakan Cazran.. Tapi.. Entah kenapa aku rasa tak senang kalau tolak ajakannya itu. Hmm.. Ada something wrong ni.
"Haahlah.. Kalau macam tu.. In pakai yang nilah!"
Tudung maroon di tangan Akak Haninah itu aku tarik lembut. Lantas sahaja aku gayakan di kepala. Sempat terjerit kecil bila peniti tudung sesekali tercucuk di kepala. Memang lumrah orang kalut macam ni.
"Dah.. Sekarang keluar. Lebih baik kalau kita yang menunggu daripada biar orang lain yang menunggu,"nasihat Akak Haninah sambil menolakku keluar dari bilik.
"Ayah mana akak? In nak salam.."
"Ayah dah keluar awal pagi tadi. Terburu-buru tadi. Katanya ada hal urgent. Akak pun tak berani nak tanya bila nampak muka tegas ayah tadi."
Tergamam sejenak aku. Akhirnya keluhan berat aku helahkan. Ayah baru aje janji nak tonton tv sama-sama dengan aku malam ni. Katanya minggu ni dia free sebab Tuan Mikhail bagi rehat. Tapi bila ayah cakap yang dia ada hal urgent macam tu.. Aku yakin yang dia akan balik esok atau lusa.
"Tak apalah kalau macam tu. Akak jaga kandungan akak elok-elok tau. Kalau nak apa-apa, mintak Abang Han yang buat." Perut boyot Akak Haninah aku usap lembut. Tak sabar rasanya jadi auntie.
"Yalah.. In pergilah. Tu ha kereta Cazran tu dah masuk perkarangan."
Kaku terus aku jadinya. Nak sahaja aku paut lengan Akak Haninah agar tak lari dari sisiku. Tapi akak aku sorang tu laju sahaja melesapkan diri. Memang sengaja biarkan aku menggabra seorang diri kat sini.
Dari dia buka pintu, hinggalah dia keluar menuju ke arahku, aku bagaikan diserang sindrom pernafasan akut. Entah aura saka dari mana pulak si Cazran ni bawak ikut sama.
"Assalamualaikum.. Hai awak."
Sapaan awal dari Cazran membuatkan aku semakin kaku. Kepala sahaja yang rajin ushar dia dari atas sampai bawah, dan dari bawah sampai atas. Bergaya aje dia petang ni. Dengan rambut terpacak kemas, kemeja putih, jeans hitam dan sneaker merah kegemarannya itu, aku jadi berbelah bagi sama ada nak balas senyumannya atau tidak.

ESTÁS LEYENDO
BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
RomanceSyed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali mengha...