BAB 43

1.3K 114 1
                                    


DAHI yang merenik peluh itu dikesatnya dengan belakang tangan. Selamba sahaja Faezah tarik botol susu Dutch Lady dari tanganku. Terencat mood aku nak teguk air tu bila lihat dia minum air tu dengan rakusnya. Macam tak cukup nafas sahaja aku tengok.

"Dia tu.. Memang betul-betul suka mencabar kesabaran aku! Aku dah nasihat dia elok-elok. Lembut plus ayu lagi. Tapi dia? Macam tak masuk pun ceramah sepuluh minit tanpa henti aku tu! Siap terjeling-jeling ke siling. Apa dia ingat, siling dapur tu punya solusi untuk semua masalah yang dia dah buat tu ke?!"

Terganggu tidur Akak Haninah dibuatnya dengan suara yang besar macam suara singa lahirkan anak tu. Nasiblah akak aku tu tak kesah sangat. Dengan televisyen yang masih terpasang, dia sambung tidur balik di atas katil. Sempat aku selimutkan dia dengan gebar tebal.

"Ejah oi.. Kalau kau nak mengaduh pun, tak payahlah sampai nak terpekik segala. Tak ada maknanya. Dah berlaku pun masalah tu. Yang kita perlu sekarang adalah reda,"kataku pasrah.

Faezah tercengang. Ditepuknya belakangku kuat.

"Reda kau cakap? Kau tak malu ke dengan semua yang terjadi tadi? Tak malu bila Aisahara viralkan muka tersembam kau tu depan semua rakyat jelata dalam restoran tu?!"

Aku mendengus halus. Kalau ada kapas, nak sahaja aku sumbat kat telingan Akak Haninah supaya dia tak dengar bebelan perempuan ni. Aku sumbat kapas tu sekali dalam mulut Faezah!

"Tak. Aku reda. Lantak dialah nak fikir apa sekarang. Dia yang buat, mesti dia puas hati. Baguslah tu dia puas. Kalau dah puas hati balas dendam kat aku, tak jugak aku merana kalau dia nak balas dendam balik,"jawabku selamba.

Betul-betul kata-kata Cazran tadi membuatkan aku reda dengan semua ni. Aku dah bertekad untuk tidak mengendahkan hal tadi. Cuma, aku tak akan berdiam diri lagi lepas ni. Kalau Aisahara buat hal lagi, memang aku akan tarik tudung Yuna dia tu terus!

"Macam mana kalau dia ulang balik hal yang boleh memalukan kau? Macam mana kalau lepas ni dia tolak kau masuk longkang? Macam mana kalau dia tetiba simbah kau pakai kuah dal masa kau tengah sibuk duduk kat kaunter home stay? Tak pun.."

"Dah cukup! Tak payah lagi kau mention nenek sihir tu kat aku. Aku tak nak sakit hati sebab fikir hal tu lagi. Ada faham?"soalku tegas.

Faezah mengeluh perlahan.

"Ya... Faham."

Senyum puas hati aku. Akhirnya mampu jugak sepupu nenek sihir ni akur dengan pintaku. Waktu menunjukkan yang aku perlu makan sekarang ni. Perut memang dah berkeriuk sebab tak jamah banyak makanan yang Dr Taha sponser tadi.

"Kau nak ke mana In?"

"Aku nak turun bawah. Nak makan. Kau nak ikut tak?"

Faezah tiba-tiba sengih. Lantas dia mengambil sesuatu dari meja solek. Rasanya itu ialah beg kertas yang dia bawa balik tadi. Pelik aku dia ni. Sanggup dia datang sini semata-mata nak inform hal tu kat aku. Tak boleh ke dia balik rumah dia dan call aku aje?

"Ni ha. Tadi masa kat restoran, sugar husband kau sempatkan kirimkan benda ni kat aku. Katanya, untuk kau."

Kaku.

Lama aku pandang beg kertas itu sebelum Faezah berikannya kepadaku. Aroma yang menyelerakan mula berebut-rebut memenuhi rongga hidung. Sehinggalah senyumanku terbit apabila melihat bekas yang mengandungi makanan beraneka di dalam. Semuanya ialah makanan favouriteku yang memang jarang orang ambil tahu kecuali Cazran dan keluarga aku.

"Nak join aku tak?"soalku kepada Faezah.

Laju sahaja dia angguk. Memang tak tolak rezeki dia ni. Bersyukur jugak aku ada kawan ajak makan sekali. Sebab kalau aku sorang, rasanya tak habis makanan ni.

"Akak pun nak makan jugak! Ada bau rumpai laut tadi kan?"

Dalam keadaan mamai, sempat lagi Akak Haninah angkat tangan sebab nak ikut kami berdua makan. Tergelak halus aku menganggukkan soalannya. Memag ada shushi pun dalam salah satu bekas makanan ni. Tu yang ada rumpai laut tu.

Kuat benar deria orang mengidam ni eh?

"Dah. Jom."

Faezah dan aku serentak membantu Akak Haninah bangun dari katil. Kalau dah perut besar macam tu, agak payah untuk Akak Haninah bergerak. Kalau dah datang rumah ni, memang makanan dan tidur ajelah yang kerap dilayannya. Maklumlah.. Aku kan tukang masak handal dalam rumah ni.

Sempat lagi kau meriyak Indriana!

"Makan banyak-banyak eh akak. Biar tembam sikit baby yang lahir nanti. Ejah pun nak jadi mak cik jugak."

"Ha yalah.."

Telefon bimbitku berbunyi saat ini. Akak Haninah dan Faezah sudah terlebih dahulu melangkah turun.

Makan elok-elok. Jangan lupa baca doa. Haraplah awak suka semua yang saya belikan tu. Hope you'll enjoy your meal.

-Mr Dreamy.

Cazran ni.. Asal hantar mesej memang wajib ada sticker ke? Kali ni dia send sticker enime lelaki senyum manis kat aku. Untuk pertama kalinya, hati aku terdetik untuk membalas mesejnya dengan balasan yang baik. Tak menaip apa-apa sebaliknya tangan menskrol stiker-stiker yang ada pada pilihan.

Mata tertacap pada sticker beruang coklat dengan dialog 'Thank you'. Lancar sahaja jari menekan.

Apakah?

Buntang!

Entah mana silapnya, stiker yang aku hantar tu ialah bekas gincu bibir merah siap dengan tag 'I love you' kat situ. Bila aku skrol balik, rupa-rupanya stiker tu hanya bersebelahan dengan stiker beruang coklat tadi.

"Allahuakbar.."

Tak ada jalan nak patah balik. Dah blue tick dah pun. Hanya mampu menahan sendu yang membuak-buak di dada. Meratapi kecuaian diri sendiri sambil tekap mulut.

Typing dari Cazran. Mesti yang pelik-pelik lagi ni!

I love you too, sugar.

-Mr Dreamy.

Hantuk kepala kat dinding ajelah. Dah terlanjur tekan stiker tak guna tadi tu. Argh!

Salah hantar stiker tadi. Sorry!

Mengharapkan yang Cazran bakal faham supaya tahap malu aku tak mencanak lagi.

I know. But.. Seriously you don't mean it? Kenapa aura awak mengatakan ya eh? Ke awak memang maksudkan pun sebab tulah kata hati ikut aje tekan stiker tu?

-Mr Dreamy.

Sendu. Pasrah. Reda?

Bertambah sendu bila stiker anime lelaki dengan senyuman mengusik dihantarnya. Dia send banyak-banyak pulak tu!

Argh!

Memang Cazran sengaja usik aku. Akhirnya aku mematikan hasrat untuk membalas mesejnya. Seram nak pegang telefon sendiri, telefon sudah pun selamat landing di atas katil. Memang aku tak akan bukak sampai esok pagi!

BUKAN MALAIKAT MAUT [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora