BAB 16

1.6K 143 1
                                    


SERIUS, aku rasa macam nak terkucil aje bila Cazran dah start ajak aku makan. Perasaan yang berbeza-beza asyik bermain-main dalam diriku. Terharu dengan setiap layanannya sekarang. Tapi aku tak tunjuk dari reaksi muka. Sekadar tersenyum janggal sambil menyambut pinggan yang dihulurkannya.



"Makan aje semua ni. Saya belanja dan awak tak perlu bayar balik."


Rasanya, semua jenis lauk yang ada dah dikauknya masuk ke dalam pingganku. Semakin berbahang wajahku bila dia hadiahkan aku senyuman manis pencair hati itu. Tapi aku buat-buat derk aje. Teguk air dalam gelas sampai licin sebab gelabah punya pasal ajelah.



"Want some refill? I can do it for you if.."



"Eh.. Tak payahlah. Saya boleh isi sendiri,"cantasku semakin segan.



Cazran terdiam sebelum mengangguk. Selepas lama membisukan diri, akhirnya kami mulai menikmati juadah di atas meja. Serius, masakan Melayu ini nampak mewah apabila disediakan di dalam restoran ini. Walaupun aku benci si tukang masak sewel a.k.a 'Gurun Sahara' tu, tetap jugak aku nak puji masakannya. Ada jugak chef yang akan harumkan nama masakan Melayu.



"Sepatutnya saya nak ajak awak pergi makan kat tempat lain lagi. Sebab saya tahu awak ni pencinta makanan. If I can, I'll bring you to the shushi's."



Terbejat kunyahan makananku tatkala menyedari yang Cazran sedang memandang tunak ke arahku. Sambil itu juga dia masukkan lagi sesudu lauk ke dalam pingganku. Lama aku statik mengenangkan semua layanannya tadi. Sehinggalah aku berdehem meminta Cazran larikan pandangannya dari aku.



"Tak apa. Saya bukannya nak sangat pun keluar hari ni. Setakat nak tenangkan hati awak supaya tak ganggu hari sibuk saya,"autaku.



Padahal aku suka bila Cazran ajak aku keluar. Tapi jauh di lubuk hati, aku cuba menolak semua perasaan ini. Berbelah bagi sebenarnya dengan keputusan aku. Kalau aku fikir banyak kali tadi, mesti aku tak akan ikut Cazran sampai ke sini.



"Oh.. Patutlah muka awak tak happy aje sejak awal lagi."



Kaku mendengar nada kecewanya. Walaupun tak ketara, tapi aku kenal Cazran. Rasanya cukup untuk aku mengenal jenis-jenis nada yang dilontarkannya.



"Eh bukan tak happy. Happy tapi malas. Awak tahulah kan saya macam mana? Tak suka jalan-jalan sangat kalau malas dah datang kacau,"balasku cuba meredakan kekecewaanya.



Dan.. Cazran tersenyum manis.



Erk. Rasanya aku dah salah cakap. Ke aku tersasul cakap?



"It's okay. Saya faham. Tak apa. Lepas ni, saya akan hantar awak balik rumah. Lagi pun, saya dah janji kat ayah yang saya akan hantar awak balik lepas Asar."



Angguk. Tapi semakin janggal yangku rasakan bila mata kami bertaut lama lagi. Rasanya tak ada sesiapa yang nak alihkan pandangan ke arah lain. Hanya mata sahaja yang berbicara ketika ini. Redup pandangan sepasang mata kelabu itu membuatkan nafasku semakin sesak. Mata mulai hangat sebab air mata yang bergenang.



"I'm sorry, Athea."



Walaupun perlahan, tetap juga sampai ke telingaku. Lantas sahaja air mataku mengalir laju. Nak sekah sebenarnya tapi terlebih dahulu Cazran sekah dengan hujung lengan baju kemejanya. Kejung aku sebab aku langsung tak sedar pun sejak bila dia datang duduk kat sebelah aku.



"Kalau semua ni mudah, saya harap dengan cara bawak awak keluar makan, semua salah saya awak akan maafkan. Tapi saya tahu, semua ni tak cukup nak buktikan kekesalan saya kan?"katanya perlahan.



Bibirku ketap kuat. Lantas berdiri menjauhinya.



"Saya nak keluar kejap. Ada orang call."



Nak tak nak sahaja aku luahkan alasan bernasku untuk mengelak itu. Mujurlah Cazran angguk. Tapi riaknya berubah dingin semula. Sehinggalah aku tinggalkan dia bersendirian di situ dan melangkah keluar dari restoran tadi. Tak sampai beberapa saat aku berdiri, terus sahaja aku tersandar di dinding. Lega.



"Jantung.. Bilalah kau nak berdamai dengan Cazran? Bukan hari-hari aku bersenam dengan basikal ke? Jadi sepatutnya jantung aku ni lebih fit dan tak berentak tak sihat macam ni!"



Hailah.. Salahkan jantung pulak aku ni. Sepatutnya, aku salahkan kalenjar adrenal aku. Bukan ke kalenjar tu yang mampu merancakkan degupan jantung aku dengan rembesan hormonya? Ye dak?



Merapu. Cukup dengan sains!



"Tak apa Indriana. Kau masuk aje dalam tu. Makan elok-elok sampai licin pinggan tu. Jangan tolak rezeki yang Cazran dah hulurkan tu. Lepas ni, barulah kau tolak ajakan lain hari. Hari ni aje, lepas tu.. Dah tak ada. Okey?"



Kata-kataku aku anggukkan. Sambil mengusap dada yang berdebar, pipi yang basah aku tepuk-tepuk perlahan. Sedang sibuk aku buat senaman muka, wajah perempuan yang aku kenal pulak menyapa mata.



"Faezah?" Dahiku berkerut sedikit.



Dua blok selepas blok bangunan restoran ni, ada sebuah bank yang dimasuki perempuan itu. Dari jauh lagi aku boleh cam wajahnya yang nampak macam tak okey itu. Terkocoh-kocoh pulak dia tolak pintu kaca tu. Sah yang samsengnya dah keluar. Haraplah dia tak berura-ura nak rompak bank tu.



"Jauhnya dia datang. Bukan ke tadi elok aje dia kerja kat home stay?"



Lupakan Cazran kat dalam restoran, kaki akhirnya melangkah mengikut kemahuan hati. Tak sampai lima minit, aku sudah pun melangkah masuk ke dalam bank yang luas itu. Hanya beberapa orang yang beratur di hadapan meja kaunter. Mungkin sebab masa ni masa bekerja, jadi bukan masa yang sesuai untuk berurusan.



"Ya.. Faez faham. Mak janganlah inform kat ayah. Sebab kalau ayah tahu, memang Faez dah tak dapat tolong mak."



Di suatu sudut yang jauh dari orang ramai, Faezah sedang sibuk menghubungi seseorang yang aku pasti ialah ibu kandungnya. Amat jelas pada pendengaranku semua bait-bait katanya kerana aku sedang berdiri di belakangnya.



"Faez faham.. Mak janganlah macam ni. Jangan balik rumah kalau ayah tengah macam tu. Nanti mak cedera, Faez tak dapat tolong."



Sayu kedengaran suara gadis itu. Untuk sekian kalinya aku nampak dia mengalirkan air mata selepas pada malam dia menumpang bilikku untuk tidur. Tersenyum nipis aku mengenangkan yang dia rupanya berhati tisu. Memang jauh beza dengan perangainya yang agak kasar selama aku kenal dia.



"Fine. I'll call you later. Mak jangan silentkan phone pulak tau."



Beberapa saat kemudian, talian akhirnya diakhiri dengan salam. Air matanya disekah perlahan sebelum dia berpaling sekali gus menghadapku. Buntang Faezah melihat aku di sini. Aku hanya mampu tersengih bila dia berkerut meminta penjelasan.



"Sorry. Cazran dengan aku makan dekat-dekat sini aje. Tu sebab aku senang nampak kau kat sini."jujurku sebelum menepuk-nepuk bahunya perlahan.



Faezah angguk. Tapi belum sempat dia nak jalan melepasi aku, terlebih dahulu aku menghalangnya.



"Ejah.. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa kau menangis?" soalku risau.



Bukannya mahu menyibuk, tapi aku betul-betul risaukan keadaannya. Sedih aku melihat wajahnya yang sembab itu. Kalau dia tak kesah, mahu sahaja aku peluk dan tenangkan dia.



"Mak aku.. Semalam dia call aku yang ayah hampir nak pukul dia. Entahlah ayah aku tu. Dia tetiba pulang dengan keadaan mabuk. Selama ni, tak pernah pun ayah ambil air haram tu.."




BUKAN MALAIKAT MAUT [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora