one

568 57 4
                                    

"Kang Haera !"

Aku memusingkan badan ke belakang. Irene, kawan baikku. Dia datang ke hadapan aku lalu menghulurkan novel.

"Nah, terima kasih sebab pinjamkan. Nanti aku belanja kau Americano nak tak ?"

"Okey, petang ni kau boleh pergi tak ?" soalku.

"Ahh erm Haera sorry aku tak boleh ikut kau pergi café lah hari ni. Ada emergency. " katanya lalu tersengih sengih.

Aku mengangguk. "Hm tak apalah. Lain kali je lah. " Selalunya selepas habis kuliah kami berdua akan lepak dekat café. And yang bagusnya esok start cuti jadi bolehlah aku rest secukupnya .

"Okey lah, aku balik dulu. " katanya lalu pergi.

Aku pula macam biasalah, balik seorang diri. Tapi sebelum balik aku nak pergi café dulu.

Kini, aku berjalan menuju ke café. Nasiblah café nya dekat. Lagipun malas nak tunggu teksi datang, sampai esok pun tak sampai kalau menunggu.

Aku masuk ke café lalu duduk di tempat biasaku. Beberapa minit kemudian waiter datang untuk mengambil order.

"Cik nak order apa ya ?"

"Iced latte. " kataku. Memang biasanya aku akan order iced latte kalau datang ke café ini , ya memang sedap diorang punya kopi.

"Makan ?"

Aku menggeleng. Sebenarnya aku masih kenyang lagi dari tadi. Waiter itu mengangguk lalu pergi.

Aku membuka aplikasi Instagram di telefon ku. Biasalah nak selfie nak update ig story. Setelah beberapa minit berselfie, aku mengepost gambarku lalu aku menangkap gambar permandangan diluar tingkap.

Dan tanpa disedari aku telah menangkap gambar seorang lelaki yang duduk di meja depanku. Aku klik gambar itu.

"Eh, dia tenung aku ke ?" bisikku perlahan sambil mengezoom. Dalam gambar tu, dia macam merenung aku. Aku lantas meletakkan telefon ke tepi lalu memandangnya.

Lelaki itu melihatku— tapi aku rasa tak kot. Sebab dia tengah pakai earphone. Mungkin menghayati lagu, dan jangan nak perasan lah dia tengok kau Haera—

Aku pun cepat cepat mengalihkan pandangan. Aku takut dia perasan hehe. Beberapa minit kemudian air yang ku pesan sampai di depanku.

Aku pun mulalah meminumnya. Dan mata aku ni gatal sangat nak pandang lelaki depan aku ni— apa yang kau buat ni Haera?

Dia sedang menulis sesuatu di buku- entah manalah aku tahu dia tulis apa.

"Eih Haera, alihkan pandangan kau dari dia. Nanti dia perasan karang" kataku perlahan lalu mencubit peha kanan.

"Aduhh- Haera bengap !"

Dan lagi sekali aku pandang ke arah dia. Dia yang sedang berdiri sambil mengeluarkan duit dari poket seluarnya, mungkin dia mahu balik.

Aku cepat cepat mengalihkan pandangan- dan laju pergi ke tandas sebab iced latte tertumpah pada seluar aku.

💗

Aku keluar dari tandas dan balik semula ke tempat dudukku. Aku memerhati sekeliling lalu memandang ke arah meja lelaki tadi.

"Lah hilang ? Mungkin dia dah balik kot."

Beberapa minit kemudian aku pun bangun untuk meninggalkan tempat tu i mean nak balik lah, dan tiba tiba sahaja mata ini terarah kepada benda yang berada di meja.

"Eh ini bukan ke—"

Aku mengambil buku diatas meja itu. "Oh iyalah, ini buku lelaki tadi. Boleh pula tertinggal kat sini."

Aku memandang sekeliling ruang café ini , memang dah tak ada. Dia dah pergi. Lalu aku laju keluar dari café dan memandang kanan kiri.

"Confirm dah balik dah ni, lepastu lupa ambil dia punya buku. Heih, aku kena pulangkan kat dia lah ni ?" .

So how? Unpub or next? Vote + comment  🤍Stay safe luv <33

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


So how? Unpub or next?
Vote + comment  🤍
Stay safe luv <33

diary | kim doyoung Where stories live. Discover now