twelve

213 35 0
                                    

Junkyu menatap ke arah aku lalu mengeluh, mengeluh lagi.

"Awak betul betul nak tahu?" soalnya kepada aku. Aku mengangguk, ye lah benda ni penting kot.

"Okey, tapi awak kena janji. Jangan beritahu sesiapa tentang hal ini. Walaupun dengan Doyoung sekalipun, boleh?"

"Saya janji , tapi kenapa-?"

"Haih, tak payah banyak tanya boleh tak?" suara Junkyu berubah.

"Honestly, saya abang kandung Doyoung."

Deg!

"For real?! Doktor abang dia?" tanya aku terkejut .

Junkyu mengangguk.

"But how? Bukankah abang dia sudah mati-"

"Stop Haera, let me explain satu persatu." tiba tiba tangannya menggenggam tangan aku.

Aku memandang ke arah matanya. Sekaligus mata kami bertembung. Junkyu mengambil nafas berat lalu melepaskan tangan aku kembali.

"Sebelum kejadian itu..."

Flashback.

4 Disember, pada hari itu satu kejadian hitam telah berlaku. Dan pada hari itu jugalah hari lahir Kim Doyoung yang ke 6 tahun .

"Doyoung-ahh sinilah! Abang ada benda nak bagi ni" panggil abangnya, Kim Junkyu yang berumur 13 ketika itu.

Doyoung lantas sahaja berlari ke arah abangnya itu. "Apa tu?" soalnya apabila melihat bungkusan hadiah di tangan Junkyu.

"Hehe nah." hulurnya.

"Apa ni? Doyoung bukak eh-"

"Eh janganlah buka dulu. Ada syarat kalau nak buka hadiah tu."

"Syarat apa ?"

Junkyu tersenyum melihat gelagat adiknya itu, "Kalau nak buka hadiah ni umur Doyoung kena cukup 12 tahun baru boleh buka."

"12 tahun? Lamanya. Alah, nak buka sekarang."

Junkyu menggeleng.

"Kalau Doyoung buka juga maksudnya Doyoung tak sayangkan abang, huh."

"Alaaa~"

"Junkyu, Doyoung dah siap ke? Appa dengan eomma dah tunggu dekat bawah ni, cepat sikit!" panggil eommanya.

"Ye eomma kejap"

Doyoung menyimpan hadiah tadi lalu turun ke bawah bersama Junkyu.

-

"Doyoung dekat sit belakang tu ada hadiah. Ambillah, ikhlas dari appa dan eomma." kata appanya sambil memandu kereta.

Doyoung apalagi, dia terus bangun berdiri lalu mengambil hadiah tersebut.

"Yah hati hati nanti terhantuk."

"Taklah abang ni."

Junkyu mengrollkan matanya.

Dringg Dringg

Telefon milik appa mereka berdering.

"Appa angkatlah, ada orang call." arah Doyoung sambil menghulurkan telefon kearah appanya.

"Nanti lah, appa tengah drive ni!"

"Angkatlah appa, mana tahu ni panggilan penting ke..."

"Yelah yelah."

Appa memusingkan badannya kebelakang lalu mencapai telefonnya serta merta menjawab panggilan itu. Dan secara tidak sengaja dia kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terlanggar sebuah lori .

-

"A-apa jadi selepas itu?" soal aku tidak percaya tragedi yang berlaku kepada mereka.

Junkyu lantas menyambung, "Lepas tu, saya...."

Junkyu keluar dari perut kereta. Dia memegang kepalanya yang berdarah akibat hentakan yang kuat. Lelaki itu jalan terhuyung - hayang sambil memegang kepala. Lalu, tiba tiba sahaja dia rebah berdekatan kedai runcit.

"K-kamu okey?- chagiyaaa dia pingsan, kepalanya berdarah!" terkejut seorang wanita yang baru sahaja keluar dari kedai itu.

"Bawaknya ke hospital."

-

Mata Junkyu bergerak, tidak lama itu dia tersedar.

"K-kyu kat mana?" soalnya sambil memegang kepalanya yang dibalut kemas.

Wanita yang duduk di sebelahnya terkejut, "Syukur kamu dah sedar."

"Aunty ni siapa? Kenapa kepala kyu sakit-"

"Saya Lee Jihyun, berehatlah kamu kemalangan tempoh hari."

"K-kyu kemalangan?"

Jihyun mengangguk.

Sementara itu..

"Budak itu amnesia ?" soal suami kepada Jihyun.

Doktor mengangguk, "Ia sebab hentakan kuat pada kepalanya."

-

"Saya hilang ingatan. Saya tak ingat sesiapa walaupun diri saya sendiri. Then mereka ambil saya jadi anak angkat sebab mereka tiada anak. Dan mereka namakan saya Lee Junkyu."

"Lepas beberapa tahun saya pulih kembali lalu takdir menemukan saya dengan Doyoung semula. And tak sangka dia jadi begitu..." sambungnya lagi.

Aku memandang wajah Junkyu yang menunduk, matanya berair.

"Doktor, i feel sorry about that. Tapi saya pasti dia akan sembuh tak lama lagi."

Aku cuba memberikan kata kata semangat kepada Junkyu. Dia hanya tersenyum lemah.

-

"Doyoung, jom makan !" ajakku sambil menariknya supaya bangun.

Doyoung memandangku pelik, "Eh bukan tadi awak kata dah makan ke?" soalnya.

"Alah itu sarapanlah.. Marilah kita makan kat luar, nak?"

Dia memandang aku lalu senyum.

"Okey."

Senang hati aku apabila dia setuju. Bukannya apa, aku nak luangkan masa dengan dia. Iyalah dia pun sudah lama tak keluar dengan aku, hehe.

Kami berdua sampai di restoran makanan Jepun. Ramai orang kata makanan yang dimasak oleh chef chef restoran ni lazat. So why not?

"Awak pandang sini!"

Doyoung yang sibuk melihat pemandangan di luar itu langsung memandang ke arah aku.

1,2,3 kcakk

Lalu aku menunjukkan gambar itu kepadanya.

"Ehh, apani. Saya tak ready lagi lah Haera." dia membuat muka.

"Halah halah, dah cepat pandang sini. Senyum~"

Aku menangkap beberapa gambar bersamanya sambil menunggu makanan sampai. Hensem juga eh dia bila bergambar.

"Kenapa renung gambar tu lama? Tahulah saya ni hensem."

"Perasan."

Doyoung gelak kecil sambil memandang aku. Ada ada je dia ni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


diary | kim doyoung Where stories live. Discover now