three

276 44 9
                                    


Betullah, itu lelaki semalam.

"Halah hero sampai pula, nyemak betul ." kata Lee lalu menumbuk ke arah lelaki itu tapi sempat dielak.

Lelaki itu laju menyepak Lee hingga tersungkur ke tanah. Sempat juga dia menyepak kemaluan lelaki itu.

Lelaki bertopi yang melihat itu lantas menoleh ke arah aku lalu menarik beg tangan aku. Sial betul.

"Cepat, lepas !" arahnya.

Aku menggeleng lalu menarik beg aku semula yang hampir digenggam oleh tangannya.

"Siallah !" teriaknya lalu menolak aku hingga jatuh. Dia merampas beg aku lalu lari.

"Eh babinya, aduh."

Lelaki semalam yang perasan orang itu lari laju mengejarnya lalu menyepak orang itu dari belakang. Mereka pun mula bertumbuk.

Tiba tiba lelaki bertopi itu mengeluarkan pisau lipat dari koceknya dan menghalakan pada lengan lelaki semalam.

"Shit."

Lelaki semalam itu cepat menyepak muka lelaki itu lalu merampas beg dari tangannya. "Baik korang pergi sebelum aku call polis ."

"Joe, marilah. Kau nak meringkup dalam penjara ke?" soal Lee yang datang dari mana entah.

Tidak lama kemudian mereka berdua pergi.

"Aih, baguslah ." kataku lalu cuba untuk bangun. Bangang, kaki aku terseliuh.

"Hai, cik okey ?"

Aku menoleh. Lelaki ini, hensem. Dia menghulurkan tangannya. Aku mencapai lalu bangun perlahan lahan.

"Aduh, t-terima kasih ." ucapku lalu senyum ke arahnya.

Dia menghulurkan beg ke arahku. "Nak saya bawa pergi klinik tak ?" soalnya.

Aku menggeleng. Tak apa sikit je ni, nanti baiklah huehue. "Erh, awak okey tak ni ?" soalku yang baru perasan yang bibirnya berdarah.

"Akh, okey je. "

Otak dia je okey, bibir dia berdarah lepastu lengan dia luka. Okey ke macam tu ?

"Betul ni ?"

Dia mengangguk. Jap muka dia pucat ke ni ? "Hei, muka awak pucat ." Aku pula yang risau tengok dia, yalah mana tahu tiba tiba dia pengsan kat sini .

"Jom lah saya bawa pergi klinik ." ajakku lalu mengeluarkan telefon.

♡♡♡

Kini aku berada di dalam klinik. Menunggu lelaki itu keluar dari bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sambil membawa ubat. Aku bangun lalu pergi ke arahnya.

"Macam mana ?"

"Okey je, nanti lepas sapu ubat baiklah ." balasnya.

Aku mengangguk. "Jom saya belanja awak minum, sebagai tanda terima kasih?"

Dia menoleh ke arahku lalu senyum. "Okey ."

Sesampai di café. Kami berdua duduk di meja bersebelah dengan tingkap.

"Oh- lupa pula. Saya Haera, Kang Haera ." kataku sambil senyum.

"Kim Doyoung ." balasnya.

"Panggil Doyoung je. Kalau nak panggil Dobby pun boleh ." sambungnya lagi.

Aku hanya mengangguk. Oh lupa pula diari dia- aku mengeluarkan diari dari beg.

"Em D-doyoung, ni awak punya ke ?" soal aku sambil menghulurkan diari itu ke arahnya. Doyoung memandang diari itu tanpa reaksi apa apa.

"Haah, ni saya punya. Macam mana boleh ada kat awak eh ?"

Lah mamat ni lupakah ? Dia yang tak ambil benda ni semalam.

"Semalam. Awak tinggal atas meja. Saya nampak saya ambillah, then today saya datang café nak pulang pada awak." terang aku .

Dia mengangguk faham lalu berkata, "Awak, ada baca isinya ?" soal dia sambil memandang mata aku tepat.

Aku langsung menggeleng.

"Tak."

"Oh- baguslah." katanya sambil senyum menampakkan giginya.

Eh comel pula laki ni.

"Tapi suatu hari nanti awak pasti akan baca semua yang saya tulis dalam ni ." katanya serius sambil menatap diari itu.

"O-okey....."

stay safe and healthy readers <33

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

stay safe and healthy readers <33

diary | kim doyoung Where stories live. Discover now