four

270 39 6
                                    

Doyoung memandangku lalu bertanya, "Eh Haera, awak masih belajar ke ? Nampak ciri ciri macam budak lagi."

Dia ketawa kecil.

"Ya, saya masih belajar. Umur 19 begini nampak macam budak ke ?"

Dia menggeleng sambil ketawa. Eh dia ni asyik nak ketawakan aku je, dah kenapa.

"Awak ni pendek sangat. Betul ke 19 ? Haha. Saya 21 , bulan 12 ni masuk 22. Itu pun kalau sempat hidup lagi , haha."

Kata pemuda Kim itu sambil tersenyum palsu.

Aku hanya membuat muka biasa lalu menyedut minumanku.

"Tinggal beberapa hari sahaja lagi, untuk saya hidup." ucap Doyoung.

Katanya itu membuatkan aku blur seketika. "A-apa maksud awak ?" tanya aku sambil memandang wajah Doyoung.

"Ah tak ada apa lah. Awak boleh teman saya balik hospital ?" soal pemuda Kim itu sambil senyum.

"A-awak sakit ke Doyoung ?" soal aku lalu memeriksa lengannya yang berbalut.

"Boleh tak ?"

Dia memandang aku penuh harapan. Akhirnya aku pun mengangguk, walaupun tak faham apa yang dia maksudkan.

Kini aku dan Doyoung telah memasuki hospital, tapi ini bukan hospital biasa biasa. Ini hospital untuk orang yang menghidap penyakit mental.

Aku memandang Doyoung pelik sambil mengikutinya dari belakang. "Dia ni nak pergi mana ?" bisik hati aku.

Tak- aku still tak faham dengan dia ni, dia sakit apa sebenarnya ?

Doyoung memasuki wad. Wad privasi. "Masuklah." ujarnya.

Aku pun masuk lalu memandang ruang wad milik Kim Doyoung ini. Dia pula duduk di atas katilnya.

"A-awak....."

Dia memandang ke arahku.

"Saya tak fahamlah-"

"Boleh tolong panggilkan Doktor Lee ?" potongnya terlebih dahulu. Aku berkerut dahi. Doktor mana pula ni? Aku manalah tahu apa apa.

"O-okey.."

Aku membuka pintu untuk keluar tetapi terhenti apabila seorang doktor yang berdiri dihadapan aku mahu masuk ke dalam wad ini.

Mungkin ni doktor yang dia maksudkan ?

"Doktor Lee...." ucap aku perlahan sambil melihat nametag yang tertulis Lee Junkyu pada bajunya itu.

Dia senyum melihatku lalu masuk pergi ke arah Doyoung. Aku menutup pintu lalu duduk kembali di kerusi.

"Hai Doyoung, macam mana dengan kamu hari ini ? Kenapa tetiba balik hospital ? Bukankah esok ?" soal Junkyu sambil memegang bahu pemuda Kim itu.

"Entahlah, aku rasa nak balik. So balik je lah. Tolong beri aku ubat, hyung." pintanya sambil menatap muka Junkyu.

Lah, asal dia panggil doktor tu hyung ? Doyoung ni lelaki yang pelik...

Kemudian Junkyu mengangguk lalu memberikan Doyoung ubat. Tak masalahnya sekarang ni lelaki tu sakit apa ? Aku— blur.

Aku hanya memerhatikan Junkyu yang mahu membaringkan Doyoung ke atas katil selepas memberikan ubat.

Tidak lama kemudian Junkyu pun datang ke arah aku lalu berkata, "Jumpa saya kejap."

Aku mengangguk perlahan walaupun tak faham apa apa. Bodoh ke aku ni?

Sekarang, aku duduk di hadapan doktor ini. Dia memandang aku lama dan tak lama selepas itu dia mula bersuara.

"Boleh saya tahu awak ni siapa ?"

"Haera....kawan Doyoung." jawab aku tanpa berfikir panjang.

"Oh- setahu saya Doyoung tak ada kawan perempuan. Ah tapi tak apalah." katanya.

"Doc, er Doyoung ni sakit apa ?" soal aku nak tahu sangat. Risau tengok dia berubah sekelip mata jadi pendiam.

"Awak tak tahu ke, dia penghidap bipolar ?"

Bipolar ? Apa benda pula ni ? Lepas satu benda pelik ada lagi. Hari ni memang hari malang aku ke ?

"Maksud doktor  ?"

Junkyu memandang aku lalu mengeluh. Secara tiba-tiba dia mengukir senyuman, tapi itu senyuman pahit.

stayy safee <3

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

stayy safee <3

happy jeongwoo dayyy ❣️ !


Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.


♡♡♡♡♡

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.


♡♡♡♡♡

diary | kim doyoung Där berättelser lever. Upptäck nu