fourteen

321 42 13
                                    

Sayu mata aku memandang makam Doyoung. Diarinya aku genggam erat. Mata sudah penat ingin mengalirkan lagi air mata.

Ya Tuhan, kenapa semua ini terjadi kepada aku?

Satu soalan yang bermain main difikiran aku dari tadi.

Aku menoleh ke arah Junkyu. Dia masih tidak boleh terima bahawa adiknya sudah pergi meninggalkannya. Matanya sangat sembab akibat menangis yang terlampau.

Kim Doyoung. Awak berehatlah di sana dengan tenang. Saya disini akan selalu mendoakan awak. Semoga kita berjumpa di dalam alam lain nanti ya?

"Junkyu...marilah kita balik..hari pun sudah lewat petang."

Junkyu menggeleng tidak mahu.

"Takpe esok kita lawat dia lagi. Sekarang ni kita balik dulu rehat. Awak pasti penat."

Aku membantu Junkyu bangun perlahan lahan. Iya, memang susah untuk melepaskan orang yang kita sayang. Lagi lagi kalau orang yang memang sebahagian dari kehidupan kita.

-

Aku duduk di sofa bersebelahan balkoni. Pandangan luar aku pandang. Perasaan rindu aku ke Doyoung datang kembali. Ia sudah sebulan dia meninggalkan aku.

Aku mencapai diari yang berada di atas katil lalu aku membuka untuk membacanya.

12/1

Sudah lama abang pergi. Aku rindu dia. Dia sahaja yang memahami aku. Sekarang aku dah tiada sesiapa untuk bergantung. Eomma dan appa dah benci aku, mereka dah tak anggap aku sebagai anak mereka lagi.

Abang, patut ke aku lari dari rumah ni?

Rumah ni dah bukan macam rumah. Ia bagai neraka bagi aku. Hari hari ada sahaja benda yang tak kena. Dan ia semua salah aku?

Eomma dan appa selalu bertengkar. Dan yang kena tempiasnya aku. Badan aku dah letih asyik kena pukul dengan mereka.

Abang, Doyoung penat.

27/6

Abang, kenapa tak datang dalam mimpi Doyoung? Rindu tahu tak?

Hari ini semuanya biasa sahaja. Hari hari dipukul , dicaci. Tapi yang paling sakitnya eomma sarat mengandung, dan dia gugur.

Ini semua disebabkan appa. Dia tolak eomma sebab tak puas hati, dan dia salahkan Doyoung. Lagi.

13/8

Abang... aku hampir mati harini..

Aku hampir mati dicekik appa. Appa memang gila. Dia mungkin sudah lupa aku ni anaknya ? Oh ya lupa aku ni cuma anak pembawa malang.

Tapi kenapa aku tak mati je?

Sayu hati aku membaca setiap persatu diari dia. Geram juga aku dengan orang yang hancurkan kehidupan dia.

Aku sambung membaca diarinya sehingga aku jumpa diari terakhirnya. Ianya tentang aku.

19/9

Hari ini aku luangkan masa dengan Haera. Best jugalah dapat jumpa dia dari pagi hingga malam.

Haera , Kang Haera. Seorang perempuan yang baik pernah aku jumpa. Dia sangat sayang dengan aku. Dia seorang gadis yang baik sangat, peka dalam keadaan , agak pemalu. Tapi comel.

Memang untung siapa yang dapat dia hehe. Haera, kalau awak baca ni. Saya nak awak tahu yang saya sangatlah sayangkan awak. Takde orang lain yang boleh gantikan tempat awak. Awak bagai bidadari ~

Love you Haera.

Blushing aku membacanya. Ada ada sahajalah dia ni.

Kim Doyoung, bertemu awak memang satu kebetulan. Lihatlah, saya memegang diari awak pada mulanya dan saya yang mengakhiri isinya.

-
5 bulan kemudian...

"Awak kenapa lama sangat pergi tandas? Lama tahu saya tunggu? Dahlah kaki lenguh gila ni." bebel aku setelah Junkyu datang ke arah aku.

"Eh awak ni. Bebel je. Saya sakit perut lah. Dah jom balik."

Junkyu menarik tangan aku. Aku ikutkan sahaja. Lalu tiba tiba dia berhenti.

"Hm asal?"

"Saya nak pergi beli crepe kat sana sekejap. Awak tunggu eh."

Aku menjelingnya, "Pergi lagi?"

"Alah sekejap jelah."

Aku mengeluh.

"Haih, yelah. Cepat sikit, penat tau nak pegang barang ni semua lama lama."

Junkyu pun pergi meninggalkan aku seorang disini. Apa mahu buat? Beginilah kalau shopping ajak dia. Sabar-

Bughhh

Tiba tiba seseorang terlanggar aku. Habis kesemua beg ditangan terlepas ke lantai.

Dia lantas menolong aku mengutip balik beg beg itu. Lelaki rupanya, dia memakai baju turtleneck berwarna hitam dan memakai topi.

"Mianhae. Lain kali I akan hati hati."

Wait. Suara tu familiar.

Langsung aku mendongak memandang wajahnya. Di-dia...

"Anyways Im Sam, you yang cantik ni siapa?" dia menghulur tangan mahu berjabat.

"Haera.. Saya Haera.."

Dia senyum, "Nice to meet you angel." katanya lalu pergi.

Mukanya sama macam Doyoung. Tapi takkan lah dia Doyoung? Kenapa aku rasa lain bila berjabat tangan dengan dia tadi?

-

"Thanks, jumpa nanti!"

Aku melambai Junkyu, lalu keretanya pun hilang dari pandangan aku.

"Baru balik?"

Minhee. Sibuk je dia ni.

"Eh taklah, baru lepas mandi ni ha."

"Eh budak ni kang ada yang kena sekeh kepalanya."

Aku menjulir lidah ke Minhee, lalu mata aku teroleh ke arah rumah di sebelah kanan. Terlihat beberapa orang sedang mengalihkan barang ke dalam rumah .

"Eh, ada orang baru pindah ke?"

"Haah, takkan lah kau taktahu. Anak lelaki dia hensem tau. Tak silap nama dia Sam. Mereka dari Australia."

Huh?! S-sam..Sam..dia.

The End

Hii, author disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua yg read fanfic ni wlaupun hambar/bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hii, author disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua yg read fanfic ni wlaupun hambar/bosan.

So how's the ending?

Love you all 🧚🏻‍♀️💗💗 (๑•ᴗ•๑)♡

diary | kim doyoung Where stories live. Discover now