seven

234 38 0
                                    

Doyoung merenung ke luar tingkap. Matanya tertumpu kepada seekor burung yang terbang ke arah anaknya di dalam sarang.

Lelaki marga Kim itu tersenyum saat melihat ibu burung itu memberikan cacing kepada anaknya.

Lalu tiba tiba pandangannya terarah pada sekolah menengah yang tidak jauh dari hospital itu. Doyoung tersenyum palsu.

Alangkah bertuahnya jika dia dapat hidup seperti remaja lain.

"Kenapa ya aku tidak seperti anak anak lain ?"

Itulah soalan yang berkeliaran dalam pemikirannya.

Doyoung amat inginkan bersekolah. Dia juga mahu berjaya dan bekerja. Tapi semuanya terhalang kerana penyakitnya.

"Ini semua salah kau."

"Kau tiada gunanya hidup , kau menyusahkan semua orang."

"Baik kau mati sahaja."

"Diamlah !!"

Doyoung menutup telinganya dengan kedua belah tangan. Pipinya sudah basah dengan air mata. Dia amat benci dengan suara itu.

"Kau anak pembawa malang."

"Sebab kau anak aku mati."

"DIAM !"

"AKU KATA DIAM!!" lelaki itu memukul kepalanya beberapa kali.

Pintu dikuak dari luar. Junkyu masuk lalu pergi ke arah Doyoung. Junkyu memeluk lelaki itu lalu mengusap rambutnya perlahan.

"Sudahlah Doyoung. Hyung
ada....jangan seksa diri kau macam ni Doyoung." bisik Junkyu yang cuba menenangkan Doyoung.

"Hyung..."

"kenapa semua ni terjadi pada aku ?"

Junkyu memandang Doyoung lalu tersenyum tipis.

"Ianya salah aku."

-

Hari ini sudah masuk hari ke 6 aku kenal Doyoung. Hubungan kami baik sahaja. Dia pun banyak bercerita tentang kehidupan dia.

"Awak pilih movie apa ?" tanya aku sebaik sahaja Doyoung datang lalu menghulur tiket kepadaku.

"Adalah, tengok lah sendiri."

Aku memandang tiket lalu memandangnya semula.

"Ke-kenapa awak tak kata yang awak pilih movie ni-"

"Hahah , apa salahnya. Ke awak takut nak tengok?"

Doyoung mengangkat kening berkali kali.

"Ahh- takdelah. Mana ada."

Aku tersenyum pasrah. Sejujurnya aku takut nak tengok horror movie yang dia pilih ni.

"Dah jom. Kejap lagi movie start!"

Dia menarik tangan aku untuk masuk.

-

"Yah Kim Doyoung, kenapa awak pilih sit depan?!"

Doyoung memandang aku lalu tersengih.

"Biarlah, kenapa pun kalau sit de- Haera awak nak pergi mana ?"

Dia mengejarku lalu menarik tangan aku.

"Kenapa awak ni? Movie dah nak startlah."

"Jom duduk belakang. Saya tak beranilah nak duduk depan." aku menunjuk ke arah dua sit kosong di belakang sekali.

"Awak takut eh ?" usik Doyoung.

"Eh mana ada. Saya cuma tak berani je."

Doyoung tergelak kecil.

"Eleh, cakap jelah awak takut. Tak apa saya kan ada."

Aku menjeling Doyoung.

"Eh ingat sweet ke ?"

Doyoung mencebik lalu berjalan mendahului aku.

"Tunggulah !"

-

"Awak ingat tak lagi, cafe ni kan first time kita berjumpa. Walaupun tak bertegur."

Doyoung yang sibuk menyedut Americano itu memandang aku. Dahinya berkerut.

"Kita pernah berjumpa ke ?"

Eh dia ni buat buat tak ingat ke sia.

"Kan-"

"Heheh, saya gurau jelah. Saya ingat lagi. Air awak tumpah kan masa tu? Siapa suruh tenung saya lama lama, saya tahu lah saya ni kacaks."

Astaga, dia perasan rupanya-

"Hm apa apalah."

Lalu tiba tiba Doyoung menggenggam kedua belah tangan aku lalu memandang tepat ke arah mata aku.

"Doyoung ?-"

"Haera, terima kasih. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya..."

"kehadiran awak ni , buat saya lupa tentang masalah saya..."

"awak buat saya lagi bersemangat untuk teruskan hidup, Haera..."

Aku memandang anak matanya yang penuh dengan makna.

Tapi kenapa eh.

Kenapa aku rasa lain-

Perasaan ni tak sama macam first aku kenal dia.

💗💗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💗💗

diary | kim doyoung Where stories live. Discover now