two

313 42 2
                                    

Aku berjalan balik ke bilik sewa. Kalau nak suruh si Irene ambil aku mungkin dia sibuk. Jadi terpaksalah jalan kaki balik sorang - sorang.

Sampai sahaja di dalam bilik aku terus baring atas katil lalu membuka telefon aku. Kelihatan beberapa mesej dari abang kesayangan— Kang Minhee. Aku pun membukanya.

Minibro 🤍

Woi budak

Aku tak bole nak ambil kau
balik hari ni

Aku outstation

Kau baliklah naik teksi ke
grab ke papelah, kau kan banyak duit hehe 😈

Okey tu je bye pendek🥺🤏🏻

Aku mendengus geram. Kalau taknak ambil cakap je lah awal awal. Nasib belum kemas baju lagi.

"Aku tahulah kau tinggi sebab makan tiang-"

You

Baiklah bang pungut☺

You blocked this contact. Tap to unblock.


Dah, aku malas. Lagipun aku bukannya nak balik lagi pun, minggu depan je baru balik. Nak stay sekejap kat sini and lagi satu— aku kena pulangkan buku itu pada tuannya.

Aku mengeluarkan buku itu.
"Ni buku ape ek ?" soalku lalu menyelak beberapa helai buku itu.

"Lah! Diari rupanya. Lelaki pun pandai ek diari diari ni, aku tak ada pun hm"

Aku menyelak helaian diary itu, dan memang banyak lah dah ditulisnya. Tapi aku tak baca tau— just tengok tengok aje.

"K.D.Y ? Pebende ni ?" aku terhenti apabila nampak tulisan besar kat page belakang sekali.

Aku menyelak balik helaian helaian diari itu dan memang ada perkataan
" KDY " kat bawah pada setiap page .


Apa apa jelah, janji aku kena pulangkan semula benda alah ni. And lagi satu, tak baik ambil barang yang bukan hak kita- berdosa :p

♡♡♡

Aku menyarungkan kasut aku sambil bernyanyi perlahan. Jadi petang ini aku mahu ke café, iyalah nak pulang semula diari lelaki semalam itu. Dasar lelaki pelupa, menyusahkan aku sahaja.

"Ah- call Irene kejap lah"

Aku mendail nombor Irene. Tidak lama kemudian dia mengangkatnya.

"Yow !"

"Kau free tak ? Aku ingat nak ajak kau te—"

Belum sempat aku habiskan ayat aku, dia deras memotong.

"Sorry Ra, tapi sekarang aku kat rumah mama. Macam mana nak jumpa hm"

"Oh- tak apalah. Bye" kata aku lalu mematikan panggilan itu.

Aku mengeluh. "Aish, memang kena jalan kaki lagi ke ?" . Actually aku ada je kereta tapi kat kedai, repair. Ini semua sebab abang pungut tu lah punya fasal, macam manalah boleh accident haritu. Nasib dia tak apa apa. Dasar abang .

Aku pun mulakan perjalanan aku ke café, nasib lah tak jauh sangat. Tidak lama kemudian aku sampai di café itu. Aku menjenguk dari luar tingkap, iyalah mana tahu lelaki semalam tu ada dalam café. Kan senang kerja.

"Dia tak datang lag—"

"Hai adik cantik~"

Tiba tiba sahaja ayat aku dipotong oleh seseorang. Aku menoleh ke hadapan dan melihat dua orang lelaki berjalan ke arah aku. Dah lah muka sorang ni macam bangla. Oh Tuhan selamatkanlah aku—

"Hai kenapa sorang sorang kat sini ?" soal lelaki yang macam bangla itu sambil senyum menampakkan gigi.

Haih, apalah nasib kau ni Haera.

Aku mengetap gigi lalu mengundur ke belakang perlahan lahan— tak aku takut je mana tahu kena ragut ke kena culik lepastu jual kat mafia ke kan? Overthinking bethul-

"Eih, janganlah lari. Kitorang bukannya nak buat apa pun, kan Lee ?" kata lelaki yang memakai topi sambil memandang lelaki bermuka bangla yang dipanggil Lee itu.

Mereka berdua pun datang ke arah aku. Aigoo, macam mana nak lari ni bangang. Dahlah aku dah lama tak berlatih taekwondo. Minhee mana kau—

Lelaki yang bertopi itu mula untuk merampas beg tangan aku. Halah- berangan je tadi. Iyalah mana tahu boleh jumpa mafia hensem macam Ace Hernandez kan kan?

"WOI , KORANG BUAT APA TU HA ?!"

Jerit orang itu dari belakang Lee. Uyo, hero tiba dalam masa yang tepat. Aku menoleh ke arahnya.

Eh kejap itu bukan ke—

Kalau hambar sorry tau, hekhek (´;ω;`)Stay safe ♡♡ !

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Kalau hambar sorry tau, hekhek (´;ω;`)
Stay safe ♡♡ !

diary | kim doyoung Onde histórias criam vida. Descubra agora