ten

220 35 0
                                    

Pagi yang cerah beserta kicauan burung. Doyoung bangun dari tidur lenanya lalu memandang jam di dinding.

"7.40 pagi" bisik hatinya.

Tiba tiba pintu dibuka dan seseorang masuk. Ianya Junkyu.

"Morning Doyoung. Awalnya bangun"

Lantas, Junkyu duduk di sebelah Doyoung. "Pergilah mandi. Lepasni hyung nak bawak Doy keluar ."

"Keluar ? pergi mana ?"

"Mana manalah. Dah pergi lah mandi sana."

♡♡

"Dah lama kan hyung tak bawa keluar jalan jalan? Maaflah, hyung busy memanjang je ni."

"Tak apalah."

Junkyu menarik tangan Doyoung lantas mereka berdua masuk ke dalam restoran.

"Doyoung duduk dulu kat mana mana, hyung nak pergi tandas kejap. Jangan pergi tempat lain pula."

Doyoung mengangguk, Junkyu membalasnya dengan senyuman lalu pergi.

Sedang Doyoung duduk sambil memandang ke luar tingkap , tiba tiba dia terpandang ke seorang lelaki yang dia kenal bersama seorang perempuan berpakaian seksi. Dahinya mengerut , hatinya tertanya tanya, itu bukankah bapanya ?

"Apa yang orang tua ni buat kat sini? Dah tua pun mahu menyundal dengan perempuan. Dasar manusia tak berguna ." bebel Doyoung hingga tidak perasan bahawa Junkyu sudah duduk di hadapannya.

"Bebel tentang siapa tu ?"

Doyoung beralih memandang Junkyu lalu tersengih.

"Tak ada apalah hyung."

Junkyu mengangkat kening, "Iya ke ? Habistu siapa orang tua yang Doy renungkan tadi ?"

"Tak ada sesiapalah."

"Alah, cakap jelah."

Doyoung menarik nafas dalam lalu memandang tepat ke arah Junkyu.

"Itu, appa Doyoung."

"A-appa Doy ? De-dengan perempuan tadi tu ?"

Junkyu shock. Matanya membulat, tidak sangka appa- mereka berperangai begitu.

"Dah lah hyung. Jom kita balik, tak ada selera lah nak makan." ucap Doyoung lalu lantas bangun.

"Ehh kejaplah. Em apa kata kita makan kat tempat lain ? Lagipun kan Doyoung tak makan dari pagi tadi lagi kan?"

"Hm, iyalah."

♡♡♡

"Terima kasih hyung, untuk hari ni. Dah lama rasanya tak keluar bersama dengan hyung."

"Hehe, tak payah berterima kasih pun. Hari hari pun boleh , tapi janji Doy kene makan ubat sampai betul betul sihat. Janji ?"

"Okey, janji." lalu Doyoung menyempurnakan pinky promise mereka.

"Oh ya . Hyung, Haera tak datang melawat ke?"

Junkyu mengangkat bahu, "Entahlah, lupa pula hyung nak tanya dia."

Lalu Junkyu beserta Doyoung duduk di kerusi berdekatan.

"Kejap eh.", kata Junkyu sambil senyum. Junkyu mengechat Haera lalu menunjukkan chat nya kepada Doyoung.

"Oh patutlah , hyung balik jom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Oh patutlah , hyung balik jom."

"Penat ke ? Okey jom lah."

♡♡♡

Haera termenung sendirian. Televisyen yang dibukanya dari tadi dibiarkan. Bak kata orang, bukan kita yang menonton tv, tv yang menonton kita.

"Oi kau kenapa ? Termenung je dari tadi. Tv tu kalau tak nak tengok tutup. Membazir elektrik je lah kau ni. Nanti menyusahkan mama nak bayar semua." bebel Minhee lalu duduk disebelahnya.

"Lah aku bebel sesorang ?"

Minhee mencapai kertas di atas meja lalu menggulungnya. Lalu dia mengarahkan kertas itu tepat pada telinga Haera.

"WOI BANGANG, KAU PEKAK KE?"

"Sakit telinga la gila." , lalu Haera menarik telinga Minhee sekuat yang boleh.

"Aduh! Mama tengok Haera ni."

Mama mereka yang sedang membasuh pinggan di dapur hanya menghiraukan sahaja. Malas mahu melayan karenah dua anaknya itu.

"Padan muka, mama pun taknak layan~" ejek Haera lalu menjelir lidah ke arah Minhee.


Dah lama tak update hm :/ ada lagi ke yg still baca fanfic ni ? :0

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah lama tak update hm :/ ada lagi ke yg still baca fanfic ni ? :0

diary | kim doyoung Where stories live. Discover now