nine

220 39 0
                                    

"Haera, kalau suatu hari nanti saya pergi macam mana?"

Aku memandang tepat ke arah Doyoung. Dah kenapa tanya soalan pelik-

"Apa awak ni. Jangan cakap macam macam boleh tak?"

Doyoung tersengih memandangku. Lalu tiba tiba telefon aku berdering. Aku lantas menjawab panggilan, dari Minhee.

"Woi budak, kau kat mana?"

"Ada je ni kat luar. Kenapa call?"

"Kau dah lupa ke buat buat lupa? Aku otw nak ambil kau balik rumah mama."

"AH- wait hari ni ke- shit aku lupa"

"Takyah shit shit kat sini, kalau aku sampai dulu daripada kau aku tinggalkan je kau biar naik teksi."

"Eih sabar , aku otw balik!"

Aku mematikan panggilan lalu mengeluh. Dengan pantasnya aku mengemas barang.

"Awak dah nak balik ke?" soal Doyoung sambil memandang aku hairan.

Aku mengangguk. "Sorry Doyoung. Saya tak dapat nak spend time dengan awak sampai malam."

Doyoung mengangguk faham.

"Bye, saya balik dulu. Jumpa lagi."

-

Aku mengangkat beg bagasi untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Si Minhee ni pun satu bukannya nak tolong , tolong tengok adalah.

"Ui cepatlah sikit. Aku panas." omelnya sambil mengibas baju.

"Eh kau, cuba lah tolong. Berat tahu tak? Dah lah tak reti sabar."

Aku menjeling lalu menutup bonet kereta.

"Dah cepat lah !"

Aku dan Minhee sekaligus masuk ke dalam kereta lalu dia menghidupkan enjin.

"Kau macam mana belajar , okey tak?"

"Okey je,kenapa?"

"Tak adalah. Saja je tanya. Oh ya, mama balik lewat sikit harini katanya ada meeting."

Aku mengangguk faham. Biasalah businesswoman kan, sejak daddy tinggalkan kami mama dan si Minhee ni lah tolong majukan syarikat .

"Kau tak ada boyfriend?"

Soalan Minhee tadi hampir membuat aku tersedak. Aku memandang pelik ke arahnya.

"Mana ada. Bukan tak laku tapi tak ada. Eh kau tu, girlfriend pun tak pernah ada HAAHAHAHA ."

Minhee menjeling aku lalu menarik hujung rambut aku.

"SAKIT GILAAA!"

-

"Haera tak datang ke hari ini?" soal Junkyu lalu menutup pintu .

Dia melangkah kaki ke arah Doyoung lalu duduk di sebelah lelaki itu.

"Dia ada tadi, lepastu balik. Macam ada emergency je."

Junkyu mengohkan sahaja.
"Sejak kau kenal dengan dia, hyung nampak kau makin happy je. Syukurlah." Junkyu mengenggam kedua belah tangan Doyoung.

"Sorry aku tak dapat jaga kau sebagai abang, Kim Doyoung."

Doyoung tersenyum.

"Hyung dah makan ? Kalau belum pergilah makan. Nanti sakit perut pula."

Junkyu tergelak.

"Hyung dah makan. Tak payah lah risaukan hyung, hyung pandai lah jaga diri."

"Mestilah risau. Hyung dah macam abang Doyoung tahu? Thank you hyung jaga Doyoung dari dulu hingga sekarang. Sayang hyung !" Doyoung serta merta memeluk Junkyu.

Junkyu tak terkata, dia lagi mengeratkan pelukan itu.

"Sudah lama rasanya kau tak peluk aku, Doyoung."


rasanya dah lama sangat aku tk update :' sebulan sekali je gitu :') i mmg author yg tk bertanggungjawab ( ;∀;) actually i nak cepat habiskan fanfic ni lagipun tinggal dalam 4/5 part ? macam tuh

and yeah fanfic ni sad ending-

diary | kim doyoung Donde viven las historias. Descúbrelo ahora