eleven

210 36 0
                                    

Satu minggu berlalu. Dalam seminggu itulah aku tidak bertemu dengan Doyoung .

Aku mengscroll aplikasi Instagram sambil menunggu minuman yang aku order sampai.

"Oi, khusyuk naw kau. Dah lupa ke aku ada dekat depan kau ni?" Irene menerjah, lalu aku memandangnya sambil membuat reaksi 'apa?' .

"Kau macam dah tak kisahkan aku je ? Kau dah tak sayang aku ke, hm." mulutnya muncung, merajuk.

"Apa kau merepek ni Irene? Aku sayang kau lah."

"Dah tu, kalau sayang kenapa kau layan aku nak taknak je."

"Mana ada. Aku busy sikit lah."

"Busy fasal apa ? Aku tengok kau 24 jam dengan phone. Ke kau ade boyfriend sekarang? Kalau ada ceritalah, aku pun nak tahu juga siapa boyfriend kau ehehe."

"Ngarut lah kau ni." lantas aku menyepak kakinya.

"Sakit gila!"

Aku hanya memberikannya thumbs up . "Oh ya, kau boleh tolong hantarkan aku ke hospital lepas ni ?"

Irene mengangguk, "Tapi kenapa ? Kau sakit ke?"

Aku menggeleng. "Aku nak lawat kawan aku." jawabku pendek. Sebenarnya aku malas nak beritahu tentang Doyoung kepada Irene. Nanti ada sahaja soalan yang ingin ditanya. Dasar-

♡♡♡

"Thankyou , kau balik lah dulu."

"Eh- aku nak ikut sekali. Nak juga kenal kenal dengan kawan kau tu."

"Eh tak payah lah. Baik kau balik, nanti mama kesayangan kau tu cari." pujuk aku .

"Tapi-"

"Tak ada tapi tapi, dah lah. Bye!" ucap aku lalu melangkah masuk ke hospital itu dengan meninggalkan Irene di situ seorang.

Irene mencebik. "Pelik betul lah dia ni. Tapi kan, takkan lah kawan dia tu ada penyakit mental?" soalnya pelik.

"Hai, Doyoung." ucap aku apabila masuk ke wad milik lelaki itu. Doyoung yang sedang sibuk dengan diarinya itu lantas menyimpan diari itu lalu menoleh ke arahku .

"Eh Haera, hai. Sinilah." sapanya sambil senyum ke arahku.

Aku terus pergi ke sana lalu duduk disebelah nya. "Awak macam mana hari ni, okey?"

"Okey je semuanya. Awak sihat?" soalnya.

"Sihat sahaja. Awak okey je kan saya tak ada hari tu? Sorry lah kalau saya buat awak tertunggu."

Doyoung tersenyum, "Hehe tak apalah . Saya okey, lagipun Junkyu hyung ada tolong jaga saya. Awak tak perlu risau."

Aku mengangguk faham.

"Eh lupa pula. Bercakap fasal doktor ni, mana eh dia. Saya ingat nak jumpa dia sekejap."

"Lah awak nak jumpa hyung ke, baru je tadi dia ke sini. Mungkin sekarang dia ada dekat bilik dia. Awak pergilah."

Aku mengangguk, "awak tunggu, saya pergi sekejap je."

Kemudian aku keluar lalu menuju ke bilik Junkyu.

Ttok Ttok

"Masuk."

Aku pun melangkah masuk ke dalam. Melihat Junkyu sedang mengemas fail fail di rak.

"Siap- eh Haera? Awak rupanya. Dah lama sampai ke ?" soalnya lalu mengarahkan aku untuk duduk.

"Baru je."

Junkyu mengangguk faham lalu duduk di kerusinya. Matanya tepat memandang aku.

"Kenapa awak jumpa saya ? Ada apa apa ke yang tak kena dengan Doyoung?"

"Eh bukan. Saya datang jumpa doktor sebab nak tanya tentang keadaan Doyoung. Dia macam mana? Semakin pulih?"

Dengar sahaja nama Doyoung, Junkyu merasakan dirinya seperti tertampar. Dia mengeluh.

"Buat sekarang ni dia okey sedikit. Cuma semasa awak tak ada hari tu , bipolar dia agak teruk."

Terbulat mata aku apabila Junkyu berkata bipolar Doyoung teruk.

"Maksud doktor? Apa yang terjadi?"

Junkyu mengambil nafas berat lalu melepasnya, "Masa awak tiada tu bipolar dia menurun ke arah depresi. Dia selalu rasa sedih and putus asa. Then, dia asyik mengantuk sahaja. Makan pun sikit. Dia selalu teringatkan ke kisah silam dia."

"Ahh- habistu macam mana dengan rutin dia hari itu?"

"Murung. Dia murung. Then sekali sekala ada juga dia menulis diari."

"Hm, kesiannya. Kenapalah keluarga dia buat macam tu, kalau tak mesti dia tak sakit sampai macam ni."

Aku memandang Junkyu. Dirinya seperti tiada harapan lagi. Dia mengeluh beberapa kali.

"Ini semua berpunca daripada saya.."

"M-maksud doktor?"

"M-maksud doktor?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
diary | kim doyoung Where stories live. Discover now