thirteen

223 36 5
                                    

Aku masuk ke bilik lalu membaringkan diri ke atas katil. Beg tangan aku buka lalu mengambil telefon. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu terpamparlah chat dari Minhee.

Minibro 🤍

Weh

Weekend ni kau balik tak?

Iye

Baliklah, gila kau tak balik

Oh, okey.
Tu je nak tanya 🤗

Hm🖕🏻😍

Lalu aku bangun untuk mandi .

-

2 hari kemudian..

Aku melangkah masuk ke dalam wad Doyoung. Eh, dia takde? Gumam aku. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi, tiba tiba mataku teralih kearah katil .

"Itu diari dia.."

Aku mencapai diari lalu keluar.

"Err, Doktor Lee ada ?" soal aku ke jururawat yang lalu dihadapan aku.

Dia menggeleng lalu berkata, "Doktor Lee baru sahaja keluar. Katanya pergi hospital berdekatan , ada emergency."

Huh? Dia tiada, Doyoung pun tiada. Kenapa dia pergi hospital ?

Tiba tiba telefon berdering. Panggilan dari Junkyu, laju aku menjawab nya.

"Yeoboseyo? Awak kat mana ni ? Kena-"

Kataku dipotong olehnya.

"Haera, dengar sini. Cepat datang ke Hospital ****** . Bilik 24 , now."

"Hah? Tapi kenapa? Apa jadi?"

"Tolong jangan banyak tanya. Datang sini secepatnya!"

Junkyu memutuskan panggilan. Aku mengeluh lalu cepat ke arah kereta aku.

-

Aku melangkahkan kaki perlahan ke dalam bilik nombor 24. Terlihat Junkyu duduk di kerusi dia merenung ke arah orang yang terbaring di atas katil pesakit.

Aku memandang orang itu, dan ternyata itu...

Kim Doyoung.

"Do-Doyoung...?"

Mukanya aku tatap. Kepalanya berbalut, juga tangan kirinya. Jantung aku bagai mahu berhenti melihat dirinya terlantar di atas katil ini.

"A-apa jadi pada dia..."

"Doyoung kemalangan..pagi tadi.."

Aku menoleh ke arah Junkyu, air matanya mengalir merenung nasib adiknya.

"But how? Takkan lah awak tak jaga dia kot? Awak tinggalkan dia seorang? Kenapa?"

Junkyu bangun mendekati aku.

"Haera...dengar dulu apa saya nak cakap.." dia memegang kedua belah tangan aku perlahan.

Dia membawa aku duduk disebelahnya, lalu dia menceritakan segala apa yang berlaku.

"Jadi..dia kena langgar sebab nak selamatkan seekor anak kucing.."

Junkyu mengangguk.

"Saya takkan lepaskan orang yang dah langgar lari Doyoung, butakah dia?!"

"Sabar Haera sabar.. Polis sedang mencari orang tu, biar polis sahaja jalankan kerjanya."

"Kita disini mampu berdoa sahaja." sambungnya lagi.

Aku mengeluh, wajah Doyoung yang dipasang dengan alat bantuan pernafasan dipandang. Tak sangka semua ini akan jadi padanya..

Kenapa takdir kejam sangat padanya?

Apa salah dia?

Jujur, aku memang sayangkan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Walaupun sebentar. Tapi ni...

♡♡♡

Hari ini sudah masuk hari yang ke 8 aku menjaga Doyoung. Dia still terbaring diatas katil, dia koma. Kata doktor kalau mahu dia lekas sedar kena berbual dengan dia.

"Hai Doyoung..saya datang ni.."

"saya ada bawa hot chocolate, kegemaran awak.."

"saya pun ada bawa bibimbap..awak suka kan.. lagi lagi kalau saya yang masak.."

"awak tak nak bangun ke? Sudah lama saya tak dengar suara awak.."

"saya rindu...awak tak rindu saya ke, hm?"

Aku menggenggam hujung jari jemarinya. Menunggu dia untuk sedar...

Tiba tiba sahaja air mata aku jatuh mengalir di pipi. Tidak lama itu aku usap.

"Yahhh Doyoung. Bangunlah.."

-

Iya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Iya. Sudah 61 hari bersamaan 2 bulan. Dia tidak mahu sedar lagi. Aku masih mengharapkan yang dia akan bangun nanti.

Tapi semuanya hanya sia sia...

Kata doktor kalau sudah lebih 1 bulan 15 hari dia tidak sedar. Doktor terpaksa mencabut balik alat bantuan pernafasan. Kerana sudah tiada harapan lagi..

Tapi...aku tetap nak tunggu dia.

"Doyoung, saya betul betul rindukan awak...kenapa awak masih tak nak bangun?"

Tiba tiba pintu dibuka. Doktor masuk bersama dua orang pembantunya.

"Ke-kenapa ni?"

"Cik, boleh keluar sebentar.."

"Ta-tapi kenapa? Apa doktor nak buat dengan dia?"

Jururawat itu mendorong aku keluar lalu menutup pintu. Junkyu yang darimana entah datang tiba tiba menarik aku ke pelukannya.

"Haera..saya harap awak kuat.." matanya sembab.

"A-apa maksud awak Junkyu?! Junkyu jangan kata yang-"

Percakapan aku terputus apabila teringatkan tentang hal itu.

"Ya, mereka mahu cabut alat pernafasan dari Doyoung..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
diary | kim doyoung Where stories live. Discover now