five

250 40 5
                                    


"So maksud doktor dia sekarang dalam episod mania ?" soal aku yang baru sahaja membaca artikel dari google.

Junkyu mengangguk.

Okey, barulah aku faham. Patutlah dia nampak happy semacam. Dan bila bila masa sahaja dia boleh bertukar kepada kemurungan.

"Er- boleh saya tahu macam mana dia boleh jadi macam ni ?"

"Kisah silam dia. Itu yang menyebabkan dia jadi stres, dan hidap penyakit ini."

"Err doktor- boleh saya tahu apa yang terjadi dengan kisah silam dia ?"

"Abang dia.....mati ."

"A-abang ?"

Junkyu memandang aku lalu mengangguk.

"Kalau awak dah tak ada apa apa lagi nak tanya saya pergi dulu ya." Junkyu mengambil beberapa fail lalu keluar, mungkin dia nak check up pesakit.

Haih, aku belum habis tanya lagi kot.

Aku keluar dari situ lalu pergi ke pergi ke wad Doyoung. Aku melabuhkan punggung lalu memandangnya yang terbaring diatas katil itu.

No halo Baby, I'm the reason why hell's so hot~

"Eh astaga siapa pula nak call aku time time ni, haih." Aku mengambil telefon lalu menjawab panggilan, dari Minhee.

"Yo- hello. Nak apa ?"

"Oi kau block aku eh, kambing patutlah chat one tick aja."

"Hm, kenapa pun ?"

"Tak ada apa. Kau taknok balik ke? Pagi tadi eomma call aku tanya pasal kau bila mau balik."

"Next week, nanti tolong bagitahu bang. Aku busy hehe."

"Hm okey. Oh ya kau kat mana sekarang ?"

"Ah- kat luar. Okey lah bang bye."

Aku laju menutup panggilan malas mahu dengar dia membebel. Kalau kata kat hospital pun nanti dia sibuk tanya sakit ke ?

"A-awak tak balik lagi ?"

Tiba tiba sahaja suara itu datang, aku terus memandang ke arah Doyoung. Dia belum tidur ?

Doyoung senyum memandang aku.

"H-haah. Awak bukan tidur ke tadi ?"

Dia menggeleng sambil gelak kecil. "Boleh teman saya ?"

"Teman awak ?"

Aku berfikir panjang seketika lalu mengangguk. Iyalah kesian pula dia.

"Sini lah." panggilnya.

Aku pergi ke arahnya lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan katil itu.

"Hyung ada bagitahu awak- tentang penyakit saya ?" Doyoung menyoal lalu duduk.

Aku mengangguk perlahan lalu memandang wajah Doyoung. Dia menunjukkan riak muka biasa sahaja.

"Oh ya— awak nak makan apa apa ? Nak saya belikan ?" Bukan apa, aku taknak dia mati kebulur dalam wad ni.

"Boleh juga. Lagipun saya laparlah."

Aku memberi isyarat okey kepadanya lalu keluar dari situ pergi ke kantin. Tidak lama kemudian aku balik ke wadnya dengan membawa sebekas nasi goreng bersama hot chocolate.

"Sorry lambat." aku duduk lalu memandang Doyoung yang sibuk menulis sesuatu di buku diarinya.

"Haha tak apa." dia senyum memandang aku lalu menyimpan diari.

Aku meletakkan makanan tadi keatas meja lalu membukakan penutup bekas nasi goreng.

"Awak makanlah."

Dia memandang makanan lalu memandang aku bergilir ganti. Dah kenapa dah?

"Boleh suapkan ?" pintanya sambil senyum kearah aku.

Eh mengadanya. Kalau ini Minhee aku rasa dah bagi makan penampar. Haih nasib lah kau ni Doyoung. Aku mengangguk lalu menggaul nasi goreng itu.

Tapi memang tak peliklah kalau perangai dia macam ni kan, nasib kau sakit Doy.

Aku menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut dia. Nak aja aku sumbat hoho tapi kesian pula karang tercekik.

"Terima kasih." ucapnya.

Aku hanya senyum lalu menghulurkan air kepada dia. Aku ni jaga orang dah macam jaga baby pula. Tapi tak salahkan kalau aku nak jaga dia ?

<333actually aku nk hiatus hoho tpi sebelum tu aku upd dulu part ni for readers (◍•ᴗ•◍) ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333
actually aku nk hiatus hoho tpi sebelum tu aku upd dulu part ni for readers (◍•ᴗ•◍) ♡

diary | kim doyoung Where stories live. Discover now