TSI 09

5.4K 624 29
                                    

Adrian melepaskan pegangannya pada lengan Aira. Spontan Aira mengusap lengannya. Terasa sedikit janggal kerana 

Melihat uniform Aira yang basah, Adrian menanggalkam blazer-nya lalu diberikan kepada Aira tanpa mengeluarkan kata-kata. 

"Terima kasih" ucap Aira teragak-agak menyambut huluran Adrian.

"Kau— memang biar je orang pijak maruah kau ke?" Soal Adrian tidak berlapik. Kedua-dua belah tangannya dilipat rapat ke dada sambil memandang Aira.

"Saya—"

"Lemah. Kau biarkan orang lain hina kau depan-depan" ujar Adrian lalu meninggalkan Aira di situ.

Aira menunduk lalu melepaskan keluhan kasar.

"Kau patut tukar baju kau dulu" pesanan terakhir Adrian sebelum lelaki itu keluar melalui pintu.

Aira duduk di atas bangku. Angin di atas bumbung sekolah menampar wajahnya. Tidak terlalu kuat.

Mengingatkan kembali kata-kata Syaf, Aira terdiam. Kejadian itu sudah lama berlalu tetapi luka masih meninggalkan kesan yang dalam dirinya.

"Kenapa you nak putus?"

"You're too much for me to handle. Sebab kau instafamous. Aku hanya student biasa"

"Kau nak tahu tak Sya selama ni aku pura-pura kawan dengan kau sebab nak popularity kau je. Kau pun sama je. Tanpa popularity kau takkan dapat attention macam ni"

Kerana itu dia berubah. Kerana popularity yang diagungkan dia ditikam kawan sendiri, ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya.

Aira berdiri di tepi jalan, seperti biasa menunggu Pak Hamid untuk mengambilnya pulang dari sekolah. Kebiasaan juga dia akan berjalan jauh dari sekolah agar tiada siapa dapat melihatnya pulang dengan menaikki kenderaan mewah.

Mata melihat kasut sekolahnya. Demi kelihatan seperti budak nerd dia memilih untuk memakai kasut putih yang tiada jenama. Untuk penyamaran yang sempurna. Ketika dia pertama kali pindah ke sekolah itu, semuanya sempurna berjalan dengan lancar apabila dia membawa identiti itu. Sehingga dirinya dibuli dan digelar budak nerd.

Lamunannya terhenti saat sebuah kereta sport berhenti di hadapannya. Kepala diangkat, melihat si pemandu melalui tingkap yang sudah diturunkan dia mengeluh.

"Kenapa kau yang ambil aku?" Soal Aira. Seakan tidak suka dengan orang yang mengambilnya.

"Haish banyak mulut pula. Masuk je la" arah Syaf. Membukakan pintu dari dalam.

Aira memandang kiri dan kanan sebelum masuk ke dalam kereta. Takut-takut ada mata lain yang melihat.

"Kau kenapa pakai baju PE ni?" Soal Syaf pelik.

Aira melihat cermin lalu menarik getah rambutnya. Cermin mata juga sudah ditanggalkan.

"Budak paling diva dekat sekolah cari pasal" adu Aira.

Mata Syaf jatuh melihat blazer yang terdapat di atas riba Aira. Selamba dia mengambil blazer tersebut.

"Adrian Isyraf!" membulat mata Syaf apabila melihat nametag yang melekat kemas pada blazer tersebut. Bukan biasa-biasa ini. 

"Yah!" pantas Aira mengambil semula blazer itu lalu dicampak ke tempat duduk belakang. Keadaan bertukar kelam-kabut buat Aira. 

"Oh goodness, don't tell me yang Ad selamatkan kau" Syaf menekan brek kerana lampu bertukar merah lalu berpaling memandang Aira tidak percaya. Hampir terkeluar bola matanya. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now