TSI 10

5.3K 631 20
                                    

Aira memegang erat hujung baju jersey tanpa lengan yang tersarung kemas pada tubuh Syaf. Lelaki itu bercekak pinggang di hadapannya. Entah apa yang si kakaknya cuba menyembunyikan diri dengan menggunakan badannya dari tadi lagi.

"Kau pehal?" Soal Syaf. Sudah la pada malam ini ramai influencer yang datang untuk melihat game basketball mereka bersama Heritage High.

Salah seorang tetamu yang dipaksa datang ialah Sya'Aira Errisya ini.

"Kenapa kau tak bagitahu yang Adrian ada?" Marah Aira kembali. Nasib baik badan Syaf ini cukup besar untuk menjadi tempat persembunyiannya dari mata-mata umum.

"Kau kenapa asyik nak mengelak daripada dia?" Soal Syaf pelik.

"Nanti kalau dia cam aku macam mana. Habislah penyamaran aku. Kau ni belajar pandai-pandai, bodoh juga rupanya" Aira mendongak memandang Syaf, sekali itu sempat dia mengutuk si adik.

"What? Excuse me miss Sya, awak tu yang belajar pandai-pandai bawa imej macam tu juga" balas Syaf kembali.

"Ei"

"Aduh" Syaf mengusap kakinya yang baru sahaja disepak oleh Aira.

Padan muka.

"Ala tak ada apa la. Apa salahnya kau datang tempat-tempat macam ni socialize sikit dengan orang. Macam aku" bebel Syaf. Sempat dia bangga diri buat seketika.

"Kau tahu kan orang ingat kita couple. Ish. Datang dengan kau macam ni lagi la. Aku tak suka la jadi attention" balas Aira lagi.

"No never. Kalau tak aku bagitahu semua orang yang kau tu sebenarnya—"

"Syaf"

Dengan pantas Aira bangun lalu menutup mulut Syaf dari terus berbicara. Adrian berjalan mendekati pasangan kembar itu.

"Yah— bdjwkso" pantas Syaf menolak tangan Aira menjauhi mulutnya.

"Aku kacau korang?" Soal Adrian. Keadaan di situ agak janggal baginya.

"Eh, tak tak" balas Aira memandang Syaf agar lelaki itu dapat membantunya.

Syaf tersenyum sinis sambil menayangkan wajah yang dia tidak mahu membantu Aira. Biar gadis.

Melihat wajah Syaf yang kelihatan annoying itu, segera Aira berbisik perlahan kepada lelaki itu.

"Kau buat perangai macam tu, jangan mimpi kau dapat kasut limited edition yang kau nak tu" bisik Aira yang berbaur ugutan secara halus.

Aira menjauhi Syaf lalu menayangkan senyuman jahat.

"Oh, Ad by the way ni Sya'a. Kau kenalkan dia ni. Kawan Amalin, Crown" ujar Syaf memperkenalkan mereka berdua.

Adrian hanya mengangguk manakala Aira melarikan pandangannya ke tempat lain.

"Oh, game kita nak start" tutur Adrian, teringat kembali tujuan asal dia ingin ke situ. 

"Okay kejap lagi aku datang" balas  Syaf. Adrian hanya mengangguk lalu mengundurkan dirinya. Mata sempat mengerling melihat Aira buat kali terakhir. 

Syaf beralih memandang Aira semula. Dipegang bahu gadis itu lalu menyuruhnya duduk kembali. 

"Kau duduk dekat sini diam-diam. Jagakan barang aku" arah Syaf. 

Aira memandangnya tajam. Kenapa dirinya perlu menjadi orang suruhan Syaf pula?

"Nanti aku belikan apa yang kau nak. Please Sya malam ni je" pancing Syaf. Dia kalau bab memujuk Aira memang top. Senang sahaja baginya. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now