TSI 29

4.8K 590 17
                                    

Sya'a memijak anak tangga terakhir turun dari pentas selepas mengambil sijilnya.

Mata-mata pelajar semua tertumpu ke arahnya sepanjang perjalanan dia mahu kembali ke tempat duduknya.

Wajah poker jelas terpapar tanpa secalit senyuman diberikan. Itulah Sya'Aira, dirinya yang sebenarnya.

'Hello it's me, Sya'Aira'

"Aira is Sya'a"

"This is freaking shocked. Aira? Sya'a?"

"How can—?"

Sya'a kembali duduk di tempatnya di barisan belakang. Syaf merakam momen-momen tersebut sambil mengukir senyuman sinis. Kakaknya sudah kembali. Majlis graduasi tersebut tiba di penghujung majlis dengan menjemput para tetamu untuk menjamu selera, pada masa yang sama sesi bergambar dijalankan secara bergilir-gilir pada setiap kelas di atas pentas. 

"Aira" takut-takut Hani cuba untuk menegur setelah melihat kebenaran dengan matanya sendiri. 

Sya'a berpaling sambil memegang sejambak bunga yang diberikan Syaf, mata jatuh memandang Hani yang berdiri di hadapannya. 

"Congrats, Hani" tutur Sya'a terselit senyuman. 

Hani sedikit tersentak kerana nada suara ini bukanlah nada yang sering menyapa telinganya. Sya'a kedengaran lebih mempunyai keyakinan diri berbanding Aira yang lemah-lembut dan menjaga setiap tutur kata yang dilontarkan. 

"You too Ai— Sya'a" 

"Hani! Let's take a picture!" laung Zack dari jauh memanggil Hani. 

"Okay" balas Hani memandang Sya'a semula. 

"You tak nak join sekali? You are in our class too" tutur Hani hanya mencuba nasib. 

Sya'a memandang Hani, ikutkan hatinya dia mahu sahaja beredar kerana bagi orang lain di dalam kelas itu, Aira hanya halimunan. Kewujudannya seperti tidak dirasai. 

Lambat-lambat Sya'a mengangguk. 

'For the last time' 

Kenangan terakhir sebelum dia meninggalkan dan melupakan apa yang terjadi di sini. Mungkin bukan sebagai Aira tetapi Sya'a. Pahit dan manis. 

Hani dan Sya'a berjalan menghampiri rakan sekelas mereka yang lain. Rata-rata antara mereka masih lagi terkejut dengan kenyataan tentang Aira merupakan Sya'a. Masing-masing mula menjarakkan diri mereka, kerana mereka tahu mereka sudah bermain dengan api yang marak yang sebelum ini tersembunyi. 

"Congrats"

Kebetulan Adrian dan Sya'a berdiri bersebelahan, dengan kesempatan itu Adrian mengucapkan tahniah dalam diam.

Sya'a menoleh lalu hanya membalasnya dengan anggukan kecil sahaja. Kedua-dua mereka kembali memandang ke arah lensa kamera.

Buat kali yang terakhir.

Jubah graduasi ditanggalkan lalu diberikan kepada Syaf yang sedang memegang bunga yang diterima Sya'a serta sijil gadis itu.

"Kau tak nak sembang lagi ke dengan kawan-kawan kau?" soal Syaf melihat Sya'a mengemaskan rambutnya setelah menanggalkan topi.

Sya'a berdecit.

"Aku tak pernah ada kawan" tutur Sya'a tanpa berfikir panjang. Satu soalan yang dia tidak perlu berfikir langsung untuk memberikan jawapan.

"Sya'a"

Kembar itu berpaling. Kelihatan Adrian sedang berjalan mendekati mereka. Lelaki itu juga sudah menanggalkan jubah dan topi graduasinya. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now