Syaf keluar dari kereta lalu menarik hujung suit-nya agar kelihatan kemas. Segera dia berjalan ke arah pintu tempat duduk Aira membukakan pintu buat gadis itu.
Aira keluar sambil memegang jubah graduasinya lalu memegang lengan Syaf. Keadaan di tempat parking kereta sudah tidak ramai kerana majlis bakal bermula dalam masa lapan minit lagi. Salah satu sebab kenapa mereka lambat atas permintaan Aira sendiri.
Kaki semakin melangkah menghampiri dewan. Kaki lima masih ramai dengan pelajar yang belum masuk ke dalam dewan.
"Tu bukan Sya'a ke?"
"Sya'a kan tu?"
"Perempuan dengan Syaf tu Sya'a kan?"
"The instafamous, Sya'a"
Semakin lama semakin ramai yang sedar akan kewujudan mereka sangat melalui kaki lima tersebut.
"Syaf dengan Sya'a kan tu?"
Pelajar-pelajar mula membuka antara satu sama lain. Tidak percaya apa yang dilihat mereka.
Mengapa instafamous tersebut menghadiri majlis graduasi di sekolah mereka?
"Dia sekolah dekat sini?"
"Weyh tak pernah nampak"
"Never seen her before"
Aira dan Syaf berhenti di hadapan meja pendaftaran berhampiran dengan pintu masuk utama.
"Nur Sya'Aira Erissya, Class 19-1" tutur Aira kepada pelajar yang menjaga bahagian pendaftaran.
Pelajar tersebut juga terkial-kial mencari nama Aira pada skrin iPad. Menggeletar hebat tangannya mahu menaip nama gadis tersebut.
Selesai dengan urusan pendaftaran, mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan.
"Bye. See you later" ucap Syaf mengambil beg tangan si kakak.
Aira melepaskan pegangannya lalu menuju ke arah tempat duduk yang sudah dikhaskan buat pelajar yang diraikan.
"This is crazy dude. She is Sya'a" tutur pelajar lelaki yang duduk di barisan di hadapannya tetapi berada di kumpulan yang berlainan.
Pelajar-pelajar mula senyap apabila lampu utama dewan dimalapkan dan majlis bermula.
'Let the party begin!'
Adrian meregangkan otot-otot pada badannya akibat terlalu lama duduk diam di atas kerusi ditambah pula dengan ucapan daripada tetamu-tetamu VVIP yang dijemput menghadiri majlis tersebut. Secara tidak sengaja kepalanya menoleh ke belakang, matanya terpandang seseorang tetapi pandangannya kabur-kabur, tidak berapa jelas kerana dihalang oleh kepala-kepala pelajar yang duduk di barisan belakangnya.
Tambahan pula, orang itu menundukkan wajahnya ke bawah tetapi dia seolah-olah dalam mengecam wajah tersebut. Figura itu kelihatan familiar bagi dirinya.
Aira memandang dengan tidak minat, majlis telah bermula dengan pengagihan sijil graduasi kepada pelajar-pelajar, malangnya gilirannya masih lambat lagi kerana nombor dia terlalu kecil untuk mereka yang mendapat nombor yang berdigit-digit di belakangnya. Topi graduasinya dibetulkan agar tidak merosakkan rambutnya. Kolar jubahnya turut dikemaskan kerana kedudukannya asyik berubah-rubah posisinya.
YOU ARE READING
The Secret Instafamous✓
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya di sekolah. Namun, tanpa disedari dialah seorang hotstuff di Instagram dan juga anggota ahli kumpulan budak-budak hot yang datang dari seko...