TSI 17

5K 581 53
                                    

"Peserta nombor 25 diminta bersedia di belakang pentas"

Lamunan Aira terhenti. Mata jatuh memandang nombor pada bajunya.

25, bermakna sudah tiba gilirannya. Hati mula rasa tidak sedap. Dirinya bagaikan cacing kepanasan. Jika boleh diputarkan kembali masa dia akan menarik dirinya dan mengatakan tidak kepada Hani. 

"You can do it Aira" ujar Hani yang duduk menjadi urusetia di belakang pentas. 

Aira hanya mampu tersenyum pendek pada masa yang sama risau. Otaknya mula menayangkan pelbagai senario yang dijangkakan boleh berlaku sebaik sahaja dia melangkah naik ke atas pentas. 

"Your turn Aira" tutur Jane sambil memegang tirai yang memisahkan belakang pentas dan pentas utama. 

Aira menarik nafasnya dalam-dalam. Mengumpul kekuatan buat dirinya untuk menghadap semua ini. Kedengaran suara Adrian memanggilnya untuk muncul di atas pentas melalui mikrofon.

Kaki diangkat melangkah naik ke atas pentas. Langkah demi langkah dia berjalan ke hadapan pentas dengan penuh keyakinan. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Dia hanya perlu menguasai pentas itu.

Syaf mengangkat wajahnya saat nama Aira dipanggil. Jari-jemarinya bermain dengan sebatang pen. Dia memaparkan riak biasa.

Aira berhenti melangkah di tempat yang bertanda X pada lantai pentas itu. Cahaya lampu kena difokuskan ke arahnya.

"Nombor 25, Aira" sebut Iqbal.

"Ya, saya" jawab Aira.

"Jadi apa yang awak pilih untuk jadi pada hari ini?" Soal Iqbal yang memulakan sesi mereka terlebih dahulu.

"Peguam? Yes, peguam" balas Aira.

"Why do you choose a lawyer? Apa yang membuatkan you yakin dengan pekerjaan sebagai seorang peguam?" Tidak sempat Iqbal mahu membuka mulut, Syaf terlebih dahulu sudah memotongnya.

Pandangan Aira dialihkan memandang Syaf yang seolah-olah sengaja mahu mengenakannya. Adrian yang berada di tepi mendengar soalan daripada Syaf terus memandang Aira. Kelihatan tangan gadis itu sudah membentuk penumbuk.

'Cari pasal betul la mamat ni'

"Miss Aira, I need your answer" tutur Syaf dengan nada mendesak gadis itu untuk bersuara.

Adrian yang mendengar terus mengalihkan pandangannya memandang Syaf yang elok duduk bersandar pada kerusi.

"Fashion dan bekerja sebagai seorang peguam tidak lari banyak. Dua-dua memberi cabaran yang banyak. Fashion, memerlukan inspirasi dan idea manakala peguam memerlukan hujah dan bukti" Aira mula bersuara.

"Uniform yang disarung pada tubuh mereka merupakan senjata buat mereka. Begitu juga dengan fashion, pakaian merupakan senjata utama"

Rata-rata yang mendengar mula terpaku. Amalin yang mendengar hanya mengangguk kecil. Sudah semestinya Sya'a tidak pernah mengecewakan.

"Your time's up. Thank you for your presentation" suara Serena memberitahu bahawa masa Aira untuk berdiri di situ sudah tamat.

Aira hanya menunduk lalu berjalan turun dari pentas. Sempat matanya bertembung dengan Adrian saat dia mahu memijak anak tangga pertama.

Hari pertama pertandingan itu berjalan dengan lancar manakala keputusan akan diumumkan pada hari seterusnya sebelum misi buat pusingan kedua dimaklumkan kepada peserta.

Aira berjalan dengan langkah yang tergesa-gesa. Ditoleh ke kiri dan ke kanan lalu getah rambut yang digunakan untuk mengikat rambutnya ditarik.

Dia berhenti di hadapan sebuah kereta lalu segera membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta.

Laju kereta itu bergerak meninggalkan kawasan sekolah yang sudah lengang.

"Kau memang sengaja!" Melantun tinggi suara nyaring Aira. Geram dia memandang Syaf sambil memukul-mukul lengan lelaki itu yang sedang memandu.

"Eh, apa pula?" Syaf berpura-pura tidak mengerti.

Aira pula sudah memandangnya geram. Silap hari bulan hanya melalui pandangan mata sahaja boleh membunuhnya.

"Aku hanya jadi professional je" bela Syaf.

"Kepala otak kau!" Marah Aira geram. Padahal lelaki itu boleh sahaja menutup mulutnya dan menjadi penonton.

Syaf hanya menutup mulutnya rapat kemudian memandu pulang ke rumah untuk menghantar Aira manakala dia perlu pulang ke asrama kerana esok ialah hari Isnin.

07:30

"Aira! Aira! Aira!"

Jeritan yang nyaring kedengaran kuat di koridor pada pagi itu.

Langkah Adrian terhenti apabila terlihat Hani berlari melepasinya lalu dia berpaling ke belakang. Kelihatan Hani yang begitu teruja berhenti di hadapan Aira manakala Aira pula menayang reaksi bingung sambil melihat sekeliling. Adrian hanya memerhati dari jauh sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. 

"Awak okay tak Hani?" soal Aira risau. 

"Okay, okay. I okay. You nak tahu tak Aira, you passed the first round. Yeah!" laung Hani teruja kerana gadis itu berjaya di pusingan pertama dan kini mara ke pusingan seterusnya. 

Mendengar penyataan itu Hani mula mati akal kerana dia berharap yang dia tidak akan meneruskan pertandingan mengarut ini.

Argh!

Kini dia sedar, semuanya sudah terlambat. Semuanya telah terjadi dan dia tidak dapat berpatah balik dengan keputusan yang telah dibuat.

"Stupid Aira. Stupid Aira" di dalam tandas Aira menghantukkan perlahan dahinya ke dinding tandas. Mengenangkan keputusan yang telah dibuat oleh juri.

"Masalahnya yang Syaf tu pun tahu aku tak nak masuk benda ni lagi boleh pass kan aku. Argh!" Mahu sahaja dia menjerit sekuat-kuatnya tetapi mengingatkan dia berada di tandas sekolah dan sesiapa yang masuk boleh mendengarnya.

Aira berjalan keluar dari tandas setelah memastikan tiada pelajar lain di situ. Dia menghela nafas lega. Uniform sekolah yang tersarung elok pada tubuhnya dibetulkan. Dikemaskan juga spek mata yang berada di wajahnya.

"Ad—rian" dirinya terkejut apabila melihat Adrian bersandar pada tepi dinding saat dia keluar dari tandas.

'I'm dead bro'

Jejaka itu kelihatan berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.

"Dah puas mengadu dekat toilet?" Nadanya memperli Aira.

"Hah? Sa—saya— mana ada saya mengadu" nafi Aira. Boleh pula berterabur ayat di dalam kepala otaknya. Aduh!

"Apa hubungan kau dengan Syaf?" Soalan itu keluar dari mulut Adrian. Dia memandang tajam gadis yang berdiri di hadapannya.

"Ma—maksud awak apa? Saya tak faham. Saya dengan Syaf—"

"Stop. You need to stay away from him kalau kau tak nak dia patahkan hati kau" mendengar ayat ini membuatkan Aira memandang Adrian pelik.

"Kau bukan untuk dia. Kau dan Syaf tak sesuai. Jaga diri kau" ayat terakhir Adrian membuatkan Aira bingung.

Dia ni nak bagi peringatan atau sebaliknya. Adrian hanya berjalan pergi tanpa menunggu Aira membuka mulut. Yang penting dia sudah memberitahu Aira apa yang dia ingin beritahu.

Aira pula memandang kosong belakang badan Adrian yang berjalan menjauhinya.

Adrian, lelaki itu semakin hari semakin pelik.

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now