TSI 11

5.4K 593 24
                                    

"Thank you for the drink" tutur Adrian. 

Aira menoleh memandang Adrian. Lelaki itu sedang menayang sebaris senyuman kepadanya. Sebelah tangan Adrian diseluk masuk ke dalam poket seluar pendeknya. Keadaan di situ sunyi kerana mereka berada di luar court dengan ditemani beberapa buah kenderaan. 

"Kau memang pendiam?" soal Adrian dengan niat untuk mematikan kesunyian yang menyerang mereka berdua di situ. 

Jari-jemari Aira berlaga sesama sendiri. Keadaan mereka sangat janggal. Ditambah pula dengan soalan Adrian yang secara tiba-tiba. 

"Aaa— tak kot" lambat-lambat Aira menjawab. Sejujurnya dia bukan seorang yang pendiam jika bersama dengan orang yang dia rapat. 

Adrian tergelak kecil mendengar jawapan daripada Aira. Entah mengapa dirasakan jawapan itu tidak sesuai dengan keadaan mereka. Tetapi mungkin ada benarnya juga kerana dia tidak mengenali siapa Sya'a yang sebenarnya. 

"Kenapa?" soal Aira pelik melihat Adrian menggelakkannya. 

Adrian menggeleng. 

"Mungkin sebab aku tak kenal kau" balas Adrian. Aira hanya diam. 

"Kau dengan Syaf look close to each other" tambah Adrian lagi. Aira menoleh memandang Adrian. 

Rapat ya sangat rapat sehingga berkongsi ibu bapa yang sama serta tarikh lahir yang sama. 

Tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Aira hanya mengunci mulutnya. 

"Sya let's go" muncul Syaf merangkul lengan Aira di hadapan Adrian. 

Pada masa yang sama, mata Adrian jatuh melihat tangan Syaf yang memegang tangan Aira erat. Kedua-dua mereka kelihatan seperti pasangan kekasih. 

"Oh Ad, how's your back?" soal Syaf risau. Beg dipegang kemas pada tangan sebelah kanannya. 

Adrian memandang Syaf setelah mendengar soal daripada lelaki itu. 

"Okay. It's fine. Bola Johnny tak ada la kuat mana" balas Adrian sempat membuat lawak pada masa yang sama. Johnny itu merupakan pemain pasukan lawan mereka sebentar tadi. Syaf tergelak mendengar jawapan Adrian. 

"Hahaha. Kalau dia dengar ni masak kau" balas Syaf. 

"Oh Ad, kitaorang balik dulu. Next time kita lepak sekali" tambah Syaf lagi memandangkan jam sudah menunjukkan angka 11 malam pada Apple Watch miliknya. Aira di situ hanya menjadi pendengar dan pemerhati. 

"Okay, no hal bro" balas Adrian sempat mengerling ke arah Aira buat kali terakhir sebelum gadis itu berjalan pergi bersama Syaf. 

Syaf membukakan pintu buat Aira lalu bergegas ke pintu tempat duduk pemandu, sebelum masuk ke dalam perut kereta sempat dia mengangkat tangan pada Adrian. Adrian juga turut berbuat yang sama. 

Kereta yang dipandu Syaf hilang dari pandangannya. 

"Hah Ad" muncul Iqbal mencuit bahunya. 

"Kenapa?" soal Adrian pelik. Ingatkan kawannya yang seorang ini sudah selamat pulang tetapi masih berada di sini lagi. 

"Apa jadi dekat sekolah kau harini?" soal Iqbal memandang Adrian. 

"Sekolah aku? Apa yang jadi?" soal Adrian tidak mengerti. 

Iqbal mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar lalu menekan sesuatu pada skrin sebelum dihulurkan kepada Adrian. Sebelah kening Adrian terangkat melihat paparan skrin pada telefon milik Iqbal. Tidak menunggu lama, telefon itu bertukar tangan. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now