TSI 02

12.2K 1K 41
                                    

"Adrian Isyraf where are you going?" soal seorang wanita apabila melihat kelibat anak terunanya keluar dari lift.

"Keluar kejap dengan kawan. Why?" soal Adrian sambil tercari-cari kunci superbike miliknya yang tergantung di dalam almari kunci.

"Isyraf betul ke nak pindah sekolah tu?" soal Datin Khaleeda menginginkan kepastian mengenai keputusan anaknya untuk berpindah ke sekolah lain buat kali yang ketiga.

Entah ribut apa anaknya itu selalu sahaja ingin tukar sekolah. Dia dan suaminya juga pening. Alasan yang diberikan selalu sahaja sama 'rimas lah ramai perempuan selalu berkerumun dekat Ad. Nak belajar pun tak senang'. Itulah alasan yang seringkali digunakan oleh anak terunanya.

"Ini yang terakhir" ujar Datin Khaleeda.

Adrian mengangguk.

"Yes mom this is going to be the last school. I promised you" tutur Adrian.

Tanpa berlengah dia terus menyarungkan kasut Nike yang tersedia di hadapan pintu. Langkah diatur keluar dari rumah. Pintu ditutup perlahan. Datin Khaleeda memang pantang mereka menghempas-hempas pintu macam tak reti tutup elok-elok je.

Vroom vroom vroom

Motosikal berkuasa tinggi berwarna hitam itu terus memecut laju melepasi deretan rumah banglo mewah di taman itu.

HighTech Mall

"Yo Ad" mereka berlaga bahu seperti biasa setiap kali berjumpa.

"Lama tak nampak kau?" soal Adrian. Kunci moto diletakkan di atas meja lalu turut memadang ke arah Fekry dan Ammsyar manakala yang menegurnya sebentar tadi ialah Iqbal.

Mereka berempat ini kenal dari kecil memandangkan umur mereka sebaya jadi mudah akrab. Walaupun berlainan sekolah itu bukannya menjadi satu tembok penghalang untuk meneruskan persahabatan mereka. Masing-masing juga turut menempah nama dalam kalangan pelajar. Tidak kira sekolah mereka sendiri tetapi pelajar-pelajar sekolah lain juga turut mengetahui perihal 4 sahabat ini. Mereka juga turut digelar 'Instafamous'. Of course kerana masing-masing memiliki rupa yang kacak, bentuk badan yang ideal sehingga menjadi para rebutan para gadis di luar sana.

"Busy hal robotic la. Almost 24 hours aku terperap dekat dalam lab. Competition is around the corner" adu Iqbal mengenai halnya di sekolah.

"Kau apa cerita? Aku dengar tukar sekolah lagi" sampuk Fekry.

Ammsyar hanya mempu menggeleng kepalanya. Adrian tersengih.

"Entah berapa banyak surat tukar sekolah yang Dato' Arffan dah sign" sakat Fekry apabila melihat Adrian hanya tersengih.

Bukan dia tidak tahu yang kawannya itu rimas jika menjadi tumpuan di sekolah. Bila dicadangkan sekolah lelaki dia menolak katanya nanti lack of commication skills la. Ada sahaja alasannya.

"Susah bro nak jumpa sekolah yang kena dengan selera aku. Aku rasa telinga aku boleh pekak tak lama lagi sebab suara-suara sumbang yang asyik terpekik dekat koridor kelas aku" rungut Adrian.

Memang tiga jejaka itu lali dengan alasan kawannya itu. Segala jawapan Adrian Isyraf hanya berada dalam poket mereka sahaja.

"Duduk hutan je la" balas Ammsyar. Itu memang jalan terakhir bagi penyelesaian masalah kawannya.

"Kau ingat aku beruk ke?"

"Kind of" jawab Ammsyar selamba lalu menyedut air minumannya.

"Hah dah-dah. Bergaduh pula dekat sini" celah Iqbal.

"Eh-eh eh eh" Fekry tiba-tiba berbunyi.

Mereka memandang Fekry pelik. Dah kenapa kawan mereka yang seorang ini mahu berdangdut pula ke duk eh eh eh.

"Kau apasal?" soal Adrian.

Fekry menyiku lengan Ammsyar.

"Kau kenapa la? Ya Allah" Ammasyar menahan sabar untuk mengetuk kepala kawannya itu.

"Tu bukan classmate kau ke? Siapa eh? Alah yang cun-cun tu ahli Crown" tanya Fekry bertalu-talu cuba mengingati rakan sekelas Ammsyar yang boleh tahan popularity-nya juga.

"Siapa? Asya? Mana?" ujar Ammsyar.

Mereka semua memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Fekry itu.

"Hah Asya la tu" kata Ammsyar setelah memastikan gadis itu memang rakan sekelasnya.

Adrian dan Iqbal hanya menjongket bahu mereka. Fekry ni memang akan teruja tahap gaban kalau jumpa dengan mana-mana instafamous perempuan jika mereka berlepak bersama-sama.

"Woi tak payah jakun sangatlah. Bukannya macam baru kenal" kata Iqbal menarik Fekry duduk kembali.

Fekry mencebik apabila dihalang oleh Iqbal untuk menegur Asya yang masuk ke dalam cafe itu juga.

"Ala dia sorang kot" kata Fekry.

"Tak salah aku nak mesra alam dengan orang bukannya dengan pokok. Nanti korang kata aku gila pula" tambahnya dengan nada merajuk.

Pap pap

Tidak pasal-pasal kepalanya diketuk oleh Adrian mengunakan flyers yang berada di atas meja.

"Jangan nak jadi pondan sangat" kata Adrian.

Fekry mengusap kepalanya.

"Eh Am"

Suara itu menghentikan pergaduhan kecil mereka. Masing-masing memandang ke arah yang sama.

"Hai Asya" tegur Fekry terlebih dahulu sebelum sempat Ammsyar membuka mulutnya.

"Oh hai Fekry" balas Asya. Lain orang yang ditegur lain orang yang balas.

"You sorang je ke?" tegur Ammsyar. Nadanya mendatar sahaja.

"Oh tak I tunggu yang lain. Kata 3 sharp tapi— haih bayang pun tak nampak" balas Asya terselit keluhannya.

"Oh duduk la dulu dengan kitaorang" pelawa Fekry memandangkan meja mereka boleh membuatkan 6 kerusi.

"Thank you" ucap Asya bersama senyumannya.

"You must be Ad right? And you Iqbal?" tembak Asya kerana dia masih belum pernah bersemuka dengan dua lelaki itu sebelum ini.

Dia hanya rapat dengan Ammsyar kerana jejaka itu pernah membantunya mengemas stor sukan di sekolah mereka. Manakala Fekry pula Ammsyar yang kenalkan lelaki itu kepadanya ketika mereka terserempak di DIY tempoh hari untuk membeli barang kelas.

Adrian dan Iqbal mengangguk. Bukannya mereka tidak mengenali gadis famous ini. Walaupun begitu Asya langsung tidak sombong. Senang mereka melihat Asya boleh masuk air sekali.

"Woi Asya! Dekat sini pula kau" teguran itu mematikan perbualan mereka.

Asya mendongak memandang tiga gadis yang berdiri di tepi mejanya.

"Weyh bangang korang yang lambat. Aku pula kena. Banyak hodoh tapak kasut kau" balas Asya geram.

Keempat-empat jejaka itu hanya memerhati. Boleh tahan ganas juga mereka ini.

Pandangan Adrian jatuh pada seorang gadis yang berdiri agak tersorok antara dua lagi rakannya. Wajahnya kurang jelas kerana gadis itu menunduk ke bawah dan rambut melindungi wajahnya.

'Who's that?'

TBC

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now