TSI 12

4.9K 599 24
                                    

07:30

"Kau tengok la tu. Muka tak malu datang sekolah, mentang-mentang Ad backup dia semalam"

Langkah Aira terhenti apabila terdengar suara bisikan daripada pelajar-pelajar sepanjang dia berjalan di kaki lima menuju ke kelasnya. Isu yang dikaitkan sudah tentu mengenai hal yang terjadi semalam semasa di cafeteria.

"Oi nerd!"

Serentak Aira berpaling memandang ke arah pemilik suara tersebut. Siapa lagi kalau bukan Melinda yang berdiri di tengah-tengah kaki lima dan sedang berjalan ke arahnya dengan wajah yang angkuh.

"Kau memang—"

"Eh, Melinda kau tak ada kerja ke nak buat pagi-pagi ni selain dari buli Aira" tidak sempat Melinda memulakan langkah pertamanya, Hani muncul menyekat serangan Melinda. Ditarik Aira agar berdiri di belakangnya.

Buat pertama kali juga cara percakapan Hani bertukar kau-aku yang sebelum ini gemar menggunakan I-you ketika berkomunikasi.

"Eh, kau ni kan—" jari telunjuk ditala tepat ke wajah Hani. Tetapi Hani sedikit pun tidak berganjak malah mara setapak ke hadapan mendekati Melinda.

"Aku ni apa? Aku tahu aku cantik" potong Hani lagi. Langsung tidak memberikan ruang dan peluang buat Melinda untuk memulakan serangannya.

"Dah Aira jom. Jangan layan orang gila macam dia ni" segera tangan Aira ditarik masuk ke dalam kelas.

Muka Melinda pula sudah merah menahan marah. Jika Hani tidak masuk campur pasti sudah teruk dia menyerang si Aira itu.

'Tak apa hari ni hari kau Aira. Kau tunggu'

"Ish, geramnya I dengan Melinda tu" luah Hani sebaik sahaja mereka menapak masuk ke dalam kelas.

Aira hanya mendengar dan memerhati Hani lalu menanggalkan begnya dan disangkut pada tepi meja.

"You ni Aira lawan je dia tu. Padan muka dia kena dengan Adrian semalam. Nasib I tak ada je tu. Kalau tak lagi teruk I cuci dia" ujar Hani mengulas mengenai isu semalam. Dia tahu pun apabila tamat sahaja waktu rehat melihat Aira masuk ke dalam kelas dengan memakai baju PE.

"Hani, saya rasa awak tak perlu buat semua tu. Nanti dia mengata pasal awak pula macam mana?" Aira bersuara setelah lama mendiam.

Hani meniup anak rambutnya yang menutupi bahagian dahinya.

"Biarkan. I sikit pun tak takut la dengan dia tu. Manusia juga sama macam kita" balas Hani selamba.

Aira menggeleng kepala mendengar jawapan Hani. Memang ada sahaja jawapan gadis itu. Tangan mengeluarkan sesuatu dari salam beg lalu kepala berpaling memandang tempat duduk Adrian, malangnya meja itu masih kosong tanpa penghuninya.

'Hurm. Dia tak datang lagi'

Selang beberapa saat, kedengaran bunyi bising dari luar membuatkan Aira berpaling memandang ke arah pintu masuk kelasnya.

"Haih, instafamous pun manusia juga" ujar Hani menggeleng kepalanya lalu memandang semula iPad yang berada di atas mejanya.

Sebaik sahaja Hani menghabiskan kata-katanya, muncul susuk tubuh Adrian masuk ke dalam kelas.

Tidak lupa juga beberapa pelajar perempuan yang mengintai Adrian dari tingkap di kaki lima.

Adrian berjalan terus ke tempat duduknya. Beg disangkut di tepi meja. Aira berpaling memandang Adrian. Blazer yang berada di atas mejanya digenggam erat lalu bangun.

Setapak demi setapak dia tiba di tempat duduk Adrian. Adrian mendongak apabila dirasakan ada orang berdiri di hadapan mejanya.

"Awak punya" tanpa membuang masa Aira memghulurkan barang yang perlu dipulangkan kembali kepada pemiliknya.

Situasi itu disaksikan oleh Melinda sewaktu dia masuk ke dalam kelas. Segera telefonnya dikeluarkan lalu merakam kejadian itu dalam diam.

Adrian memandang Aira kemudian mengambil blazer-nya kembali.

"Terima kasih sebab tolong saya" ucap Aira.

"Lain kali jangan senang-senang bagi orang buli kau" tutur Adrian ringkas lalu bangun dan berjalan keluar dari kelas.

Aira hanya memandang lalu kembali duduk di tempatnya. Hani yang dari tadi memerhati menggeleng kepala.

"Aira jangan lupa rehat nanti you kena pergi berkumpul dekat assembly hall" tutur Hani.

"Kenapa pula?" Soal Aira pelik.

"Taklimat about pertandingan yang you akan join tu la. You lupa ke Aira?" Jelas Hani.

Aira menggigit bibir apabila teringat akan semula pertandingan yang perlu dimasuk oleh Hani itu.

"Ni senarai nama untuk juri pertandingan tu" Serena menghulurkan beberapa helaian kertas A4 kepada Adrian.

Adrian memandang Serena yang merupakan pelajar kelas sebelahnya merangkap orang mencadangkan pertandingan tersebut dan disokong oleh Miss Lily.

"Student sekolah lain?" Soal Adrian pelik selepas membelek helaian kertas itu untuk melihat nama-nama yang dicadangkan.

"Haah. Kita akan nilai mereka secara adil. Lagipun semua tu student yang dikenali. So, it's not a big problem to us" jelas Serena.

Adrian diam. Bukan apa tiga juri yang pertama itu sangat dikenalinya kerana mereka merupakan Ammsyar, Fekry dan Iqbal yang merangkap kawan baiknya. Manakala selebihnya ialah ahli Crown tetapi apa yang pelik Sya'a tiada dalam senarai tersebut sebaliknya ialah Syaf orang yang rapat dengan Sya'a menjadi juri yang terakhir berada dalam senarai.

"Kalau you tak ada apa-apa lagi nak tanya, I masuk kelas dulu" tutur Serena apabila semua kerjanya sudah selesai.

Adrian hanya mengangguk sambil mata masih lagi melihat profil Syaf yang berada di tangannya. Membiarkan segala persoalan yang bermain di dalam fikirannya, dia beredar untuk masuk ke dalam kelas.

'Sya'a terlalu misteri'

Kring!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat kepada semua pelajar. Hani mengemas barang-barang di atas mejanya lalu memandang Aira.

"You nak I teman tak Aira?" Soal Hani bernada teruja. Walaupun bukan dia yang menyertai pertandingan itu tetapi dia tidak sabar untuk membantu untuk mengubah penampilan Aira.

"Hurm— saya rasa tak perlu kot. Saya boleh pergi sendiri" balas Aira lalu berdiri.

"Oh okay. Kalau macam tu I belikan makanan untuk you. Takut nanti you tak sempat nak makan" tutur Hani.

Aira terlebih dahulu meninggalkan kelas lalu menuju ke assembly hall.

Evolution High School

"Yow Syaf, a letter for you. I mean an invitation" ujar Darvis menghulurkan surat jemputan kepada Syaf yang duduk di atas bangku di tepi gelanggang.

Sebelah kening Syaf terangkat melihat huluran Darvis lalu mengambilnya segera. Darvis kembali ke gelanggang meneruskan latihannya.

"Surat apa ni?" Soal Syaf sendirian membelek surat tersebut.

Melihat alamat dan cop pada sampul itu dia terus membukanya. Bola matanya bergerak mengikut tulisan yang dicetak pada permukaan kertas kasar itu.

"A judge? Beauty Makeover Comp? Ni ke yang dia bagitahu aku haritu?" Soal Syaf bertalu-talu.

Disimpan kembali kad itu ke dalam sampul lalu dimasukkan ke dalam beg latihannya.

"Nak bagitahu ke tak? Tapi aku rasa baik tak payah. Kita bagi surprise" tutur Syaf sendirian lalu bangun sambil melambung bola tinggi ke udara. Bibir mengoyak senyuman sinis.

Ada sahaja idea jahat yang bermain di fikirannya.

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now