TSI 16

5K 589 64
                                    

Syaf masuk ke dalam bilik lalu meletakkan beg galasnya di atas katil. Kebetulan pada waktu itu Fekry berada di dalam bilik. Mungkin lelaki itu tiada latihan pada petang ini. Mereka baru sahaja melakukan perubahan bilik pada awal semester ini jadi Syaf dan Fekry ditempat di bilik yang sama sehingga tamat sesi persekolahan tahun terakhir mereka.

"Apa hubungan kau dengan Aira tu eh?" Fekry bersuara namun matanya masih menghadap skrin telefon pintarnya.

Pergerakan Syaf terhenti sebaik sahaja mendengar soalan daripada Fekry.

Syaf kembali mengambil tuala mandi yang terletak elok pada penyakut.

"None of your business" balas Syaf mendatar.

"Pardon? You should be professional, Syaf" tutur Fekry. Kata-kata lelaki itu seolah memperlinya. Syaf memandang Fekry.

"Mind your words, Fekry. Since when you're so curious about her?" Syaf memasang perangkap.

"I'm not curious about her, but stop breaking someone's heart" tutur Fekry lalu berjalan keluar meninggalkan bilik mereka. Syaf hanya memandang sepi pemergian jejaka itu. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata yang dilontarkan Fekry. 

"Ni? Or ni?" Aira mula berkata-kata di hadapan cermin sambil meletakkan dua outfit di hadapannya. 

Fikirannya sedikit bercelaru. Tadi sahaja dia sudah menghabiskan masa yang sangat lama di kedai pakaian bersama rakan-rakannya hanya untuk memilih outfit yang bertepatan dengan tema pada pusingan pertama.

"Kau memang gali kubur sendiri" Aira berkata di hadapan cermin lalu meletakkan dua pasang baju itu di atas sofa. Malas dia mahu memikirkan tentang apa yang bakal terjadi esok.

08:00 A.M

Aira berjalan masuk ke kawasan sekolah dengan memegang erat sebuah beg kertas pada tangan kirinya. Manakala tangan kanannya mengemaskan beg galas yang tersangkut pada sebelah bahunya. 

"Aira!" 

Serentak Aira berpaling sebaik sahaja mendengar namanya dijerit keluar dari belakang. Kelihatan Hani kelam-kabut keluar dari kereta bersama barang-barang di tangannya lalu berlari mendapatkan Aira yang hanya berdiri melihat gadis itu. 

Tercungap-cungap Hani dibuatnya cuba mencari nafasnya kembali. 

"Kenapa awak lari?" soal Aira pelik memandang gadis itu. 

"Sebab you la" balas Hani. 

"Hah? Saya? Kenapa pula?" soal Aira sudah mula keliru. 

"Jom-jom kita jalan dulu" Hani menarik lengan Aira berjalan beriringan bersamanya. 

"You pilih job apa untuk pusingan pertama ni?" soal Hani sedikit teruja. 

"Hurm saya sebenarnya still confuse nak bawa job sebagai apa" balas Aira. 

Perkara ini masih menjadi masalah buatnya dari malam tadi kerana dia masih belum memutuskan watak apa yang dia patut bawa. 

Hani hanya mengangguk mendengar masalah Aira. Dia tahu gadis itu perlu menghadap semua ini gara-gara dia. Jadi dia tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. 

"By the way, Aira— apa cita-cita awak?" soal Hani. 

Langkah mereka terhenti apabila Aira mendengar soalan daripada Hani. Soalan itu bagaikan menikam dirinya dalam. Dia tidak tahu. Dia tidak pasti. Dua figura itu berdiri di hadapan pintu bilik menunggu peserta. 

Syaf keluar dari perut keretanya lalu menutup pintu. Wajahnya kelihatan tegang tanpa secalit senyuman pada bibirnya. Pada masa yang sama Adrian juga tiba di tempat letak kereta. Syaf memandang jejaka itu dalam. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now