TSI 24

4.7K 572 20
                                    

Adrian dan Aira berada di rooftop bangunan akademik, di mana angin sempoi-sempoi bahasa menampar mereka.

Adrian merehatkan tangan di atas reel besi sebagai penghadang. Manakala Aira hanya berdiri di sebelahnya tanpa bersuara.

"Are you avoiding me?" Soal Adrian tanpa membuang masa.

Mendengar soalan Adrian, Aira mengangkat wajahnya memandang Adrian.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak rasa macam tu ke?" Soal Aira tenang.

"Yes, sebab kau tiba-tiba tak datang sekolah after that incident. Senyap atau sebab lain?" Adrian menoleh memandang Aira. Dia mahukan jawapan buat semua persoalannya.

"Sebab lain?" Sebelah kening Aira terangkat memandang Adrian dengan  ekspresi bingung.

"Stop pretending, Aira. Kau buat-buat tak tahu atau kau memang tak tahu?"

"Tak yang awak macam nak marah saya kenapa? Sebab saya tak tahu la saya tanya" entah mengapa Aira tidak dapat mengawal dirinya. Sya'a mula menguasai dirinya.

"Kau nampak dah berubah, Aira" perlahan Adrian menuturkan kata-katanya. Kedengaran tadi gadis di hadapannya bukan seperti gadis pada mula-mula dia jumpai.

"What do you mean, Adrian? Apa yang saya pretending? Is this about your confession?" Tebak Aira. Dia tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari jawapan. Dia yakin semua ini gara-gara itu.

"You look different after a week, Aira" balas Adrian langsung tiada kena mengena dengan soalan daripada Aira.

"I'm sorry but it is a no. My answer is no" tutur Aira.

Air muka Adrian berubah. Dia seolah-olah memahami jawapan yang diberikan Aira walaupun ringkas.

"Awak tak ada apa-apa kekurangan Adrian. Jadi kalau orang lain mungkin mereka akan terima awak. Tapi tidak bagi saya. Bagi saya, awak ialah kekurangannya, Adrian. Sebab apa? Sebab saya tak sesuai untuk berada di samping awak"

"Apabila saya di samping awak, saya akan jadi kekurangan awak Adrian. Saya tak nak orang lain nampak saya as kekurangan. Awak terlalu hebat untuk saya. Jadi mungkin awak perlu lupakan semua ni" tambah Aira lalu beredar meninggalkan Adrian sendirian di situ.

Adrian melepaskan keluhan berat selepas mendengar semua penjelasan yang keluar dari mulut Aira sendiri.

'Aku pilih kau sebab aku nak jadi macam kau. Kehidupan kau'

Namun, rahsia masih belum terungkai. Kebenaran masih menjadi satu persoalan. Manakala persoalan itu pula masih menjadi satu rahsia.

'Bukan apa yang kau nampak itu ialah realiti, Adrian'

Kehidupan Aira hari demi hari di sekolah berjalan dengan lancar semenjak kejadian itu. Manakala Adrian pula mula berubah sikap. Lelaki itu kelihatan semakin dingin. Perubahan itu pula disedari Aira setelah apa yang terjadi antara mereka beberapa hari lalu. Mungkin kata-katanya telah melukakan sekeping hati Adrian.

"Aira, I nak tanya sikit boleh?" Soal Hani. Rasanya dia juga menyedari perubahan angin Adrian selepas lelaki itu kembali ke dalam kelas selepas bercakap dengan Aira. Sangkaannya mungkin Aira tahu puncanya.

"Apa dia?" Soal Aira.

"You dengan Ad ada apa-apa yang terjadi ke?" Soal Hani pelik.

Aira terdiam. Pergerakannya terhenti.  Pen jatuh di atas buku selepas mendengar soalan Hani.

"Sebab I tengok lepas je dia cakap dengan you, dia nampak dingin. I tak berani nak tegur" ujar Hani. Lama juga dia ingin bertanya tetapi tidak terluah pula.

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now