TSI 18

4.8K 602 50
                                    

Sebaik sahaja Aira melangkah berjalan melalui kaki lima, pelajar-pelajar mul berbisik antara satu sama lain sebaik melihatnya. Dahi berkerut melihat pelajar yang lain.

"Ni la budak nerd tu yang pass first and second round sebab Adrian" satu suara melaung kuat penyataan itu.

Aira memalingkan tubuhnya lalu—

Bush!

Mata kembali dibuka kemudian melihat dirinya sudah basah lenjun akibat disimbah dengan sebaldi air yang berbau. Spek matanya juga turut  senget. Rambutnya sudah tidak lagi diikat kemas.

Pak! Pak! Pak!

Aira dibaling dengan telur dan juga tepung. Ditambah dengan kata-kata kurang enak kedengaran keluar daripada peserta-peserta yang telah tersingkir pada pertandingan tersebut.

"Kalau bukan sebab Adrian tolong kau semalam, kau dah lama tersingkir"

"Dasar attention seeker!"

"Main kotor!"

Aira jatuh terduduk lalu menutup telinganya. Di tengah-tengah kaki lima itu dia diperlaku dengan sebegitu rupa.

Semalam—

"Hani macam mana kalau kali ni saya tak pass?" Soal Aira mengemaskan baju yang tersarung pada tubuhnya.

"Ala Aira jangan risau la. You can do this!" Tutur Hani menyentuh bahu Aira.

Tema pada kali ini ditentukan oleh Adrian sendiri semalam ketika dia membaca message daripada Syaf.

Mata Adrian jatuh memandang Aira yang berdiri di atas pentas bersama peserta lain yang masih bertahan di pusingan ini.

Manakala mata Aira hanya memandang ke bawah. Kain bajunya digenggam erat. Melinda yang berdiri di sebelah Aira mengerling tajam Aira. Dia rasa semua ini tidak adil. Aira sepatutnya lebih awal tersingkir dan dia tidak perlu berdiri di sebelah perempuan nerd itu. 

Tangan dilipat lalu dirapatkan ke dada. Heh! Aira dipandang sinis bersama senyuman yang menyimpan sesuatu yang tidak baik. 

'Aku akan pastikan kau tak lama berdiri atas pentas ni!'

Melinda nekad untuk menyingkirkan Aira dari pertandingan itu walaupun dengan cara kotor.

Semua peserta mula turun dari pentas seorang demi seorang. Melinda sudah menayangkan senyuman jahat. Hujung kain dress yang dipakai Aira dipijak sekuat hati menggunakan kasut tumit tingginya lalu ditekan ke lantai sekaligus membuatkan kain dress itu terkoyak manakala Aira yang  hendak menuruni tangga hilang keseimbangan. Perkara itu dilihat oleh semua yang masih belum meninggalkan dewan. 

Aira sudah menutup matanya, jika dia jatuh ini memang ada kemungkinan ada bahagian anggotanya yang tercedera. Adrian yang melihat Aira ingin jatuh segera berlari ke arah Aira lalu memeluk tubuh gadis itu ke dalam dakapannya sebelum mereka berdua jatuh ke bawah pentas. 

"Aira!" 

Syaf yang terkejut terus menolak kerusinya ke belakang lalu mendapatkan kakaknya. Wajah Adrian mengerut menahan sakit pada bahagian bahu kirinya yang mendarat di atas lantas terlebih dahulu dengan menampung Aira. Aira segera menjauhi Adrian, ikatan rambutnya dilepaskan kerana spek matanya sudah hilang entah ke mana. Dia mengesot menjauhi semua orang yang ingin membantunya.

Jaket yang tersarung pada tubuh Syaf ditanggalkan bagi menutup bahagian tubuh Aira yang terdedah akibat bahagian dress yang terkoyak disebabkan Melinda. Melihat Aira dia segera membantu gadis itu agar identitinya terus dirahsiakan. 

Asya, Amalin dan Hanna yang melihat kejadian itu juga turut terkejut tetapi mereka tidak dapat membuat apa-apa hanya berdiri dan mengawal air muka masing-masing. Semuanya kerana ingin menjaga rahsia Aira. 

"Are you okay?" Adrian merapati Aira namun segera dielak gadis itu. 

Tangan Syaf juga naik menghalang Adrian dengan wajah yang bengis mata Syaf memandang Melinda yang masih berdiri di atas pentas dengan membuat reaksi terkejut dan pura-pura tidak bersalah. 

"You must pay for this! Melinda, you're disqualified from now on" tutur Syaf dengan nada yang keras. Tangan segera membantu Aira untuk bangun.

"Biar aku hantar dia pergi infirmary" halang Adrian. Aira masih menunduk memandang lantai dengan pakaiannya yang sudah terkoyak dia berasa tidak selesa untuk terus berada di situ. 

"No need I will send her home" balas Syaf. 

"But—"

"Terima kasih Adrian sebab selamatkan saya tapi saya rasa awak patut rawat diri awak dulu" setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Aira bersuara untuk menolak niat baik Adrian. 

Syaf memandang Adrian dengan wajah yang keadaan sudah memihak kepada dia untuk membawa Aira keluar dari tempat itu. 

"As she said bro, you need to treat yourself first. Excuse us" Syaf terus membawa Aira keluar dari dewan itu manakala Adrian memandang dengan wajah tidak puas hati. 

"What are you guys doing!" semua yang berada di situ tersentak apabila mendengar suara itu. 

Adrian memandang mereka yang berada di situ dengan muka ketat. Uratnya jelas kelihatan timbul. Suasana di situ bertukar tegang. Blazer ditanggalkan lalu diletakkan pada bahu Aira. Kedua belah bahu gadis itu disentuh untuk membantunya bangun. 

Aira melihat pantulan dirinya pada cermin. Mukanya dibasuh berkali-kali menggunakan air yang keluar melalui paip singki. 

"Argh!" bekas sabun tangan pada singki itu diambil lalu dibaling kuat ke dinding. 

Badan disandar pada dinding lalu dia jatuh terduduk. 

"Kenapa aku? Kenapa semua jadi dekat aku?" 

Adrian yang baru sahaja tiba di hadapan pintu masuk tandas perempuan berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar tangisan Aira yang teresak-esak di sebalik dinding. Hanya dinding sahaja yang memisahkan kedudukan mereka di satu ruang yang sama. 

Mata Adrian jatuh memegang baju yang dipinjamkan oleh Hani untuk Aira tadi. Adrian turut bersandar pada dinding menunggu Aira untuk meluahkan apa yang dirasakan selama ini. 

'Kau boleh jadi yang lebih baik dari ni, Aira'

Aira berjalan keluar dari tandas dengan uniform yang masih belum dibersihkan. Adrian yang mendengar bunyi tapak kasut Aira menoleh memandang gadis itu kasihan. Tangannya menghulurkan pakaian yang dipinjam daripada Hani. 

"Hani bagi aku. Aku rasa kau patut tukar uniform kau" tutur Adrian. 

Aira menatap kosong huluran Adrian. 

"Kenapa awak buat semua ni? Untuk apa Adrian" soal Aira. 

Mendengar soalan Aira, tangan Adrian jatuh ke sisinya kembali. Pertanyaan itu, dia tidak mempunyai jawapan. 

"Apa yang awak buat boleh menyebabkan orang lain salah faham. Saya berterima kasih untuk semalam sebab awak selamatkan saya tapi— I think it is unnecessary. Terima kasih sekali lagi tapi saya rasa awak tak perlu tolong saya lagi" tutur Aira. Kaki diangkat bersedia untuk meninggalkan Adrian. 

"Aku suka kau" 

Kata-kata Adrian membuatkan Aira berhenti melangkah. Apa yang didengarinya mungkin salah atau Adrian hanya tersilap. Adrian berdiri tegak memandang tubuh Aira yang membelakanginya. Gadis itu langsung tidak berpaling memandangnya. Adakah kata-katanya hanya menambahkan beban Aira yang sedia ada?

Dia berharap tidak, kerana dia sudah mula jatuh cinta kepada gadis itu. 

Sebuah pengakuan yang sukar untuk diluahkan dan diterima. 

TO BE CONTINUED


The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now