TSI 03

12.1K 1K 28
                                    

"Bertuah la kawan kita duduk semeja dengan jejaka igauan para gadis" seloroh Hanna.

"Auch sakitlah Asya" adu Hanna apabila lengannya dicubit kawannya itu. Dasar tangan ketam.

"Deserve you" ejeknya.

Amalin dan seorang lagi hanya menggelengkan kepala mereka. Langkah diteruskan menjelajahi sekitar mall itu. Tidak menghiraukan langsung mata-mata yang memandang mereka. Itu sudah menjadi satu fenomena jika mereka berempat berkumpul. Walaupun berlainan sekolah tetapi mereka masih lagi berkawan rapat kerana minat yang sama iaitu bermain tennis. Dari kecil mereka sudah menceburi bidang sukan itu dan selalu terserempak di pusat latihan tennis. Jadi sehingga kini, mereka masih berkawan.

"Assalammualaikum" laung Aira.

"Waalaikumsalam" balas penghuni di dalam rumah.

"Eh kau, bila balik?" soal Aira sambil meletakkan kunci kereta di dalam bakul yang terukir namanya.

"Tadi. Kau keluar dengan Crown?" balas lelaki itu.

Aira mengangguk.

"Kau balik kenapa?" soal Aira kepada lelaki yang merangkap kembarnya yang muda 2 minit.

Muhammad Syafiq Edwin adik kembar kepada Nur Sya'aira Errisya. Namun mereka berdua tidak menuntut di sekolah yang sama. Semua ini atas permintaan kembarnya sendiri. Kali terakhir mereka satu sekolah pun, kira-kira 2 tahun lepas semasa tamat form 3. Kemudian, Aira mengambil keputusan untuk pindah sekolah. Setahun yang lalu, Syafiq juga meninggalkan sekolah lama mereka lalu masuk ke Evolution High School dan tinggal di dorm. Namun tiada siapa yang tahu mereka berdua ini kembar kecuali Crown.

"Aku tertinggal kasut bola" balas Syafiq sambil mengangkat beg kasut sukannya.

"Okay la aku gerak dulu. Kirim salam dekat papa and mama" pamit Syafiq. Dia tidak boleh berlama kerana sebentar lagi latihan bolanya bakal bermula.

Aira hanya mengangguk menghantar pemergian jejaka kacak itu. Syafiq Edwin ataupun panggilan famous-nya Syaf, tidak kurang ketinggalan popularity-nya yang semakin naik semenjak dia berpindah ke Evolution.

Aira menutup pintu rumah. Keadaan rumah itu kembali menjadi sunyi sepi kerana sudah semestinya Tan Sri Shazley dan Puan Sri Ara masih di tempat kerja mereka. Dia pula tiada adik-beradik lain selain Syafiq. Tetapi jejaka itu menetap di asrama. Jadi beginilah kehidupannya. Sunyi, sepi tiada yang menemani. Dia juga bukan seorang gadis yang gemar melepak di luar seperti gadis-gadis seusianya.

Badan direbahkan di atas katil king. Telefon pintarnya dikeluarkan. Sekejap sahaja paparan home terpapar pada skrin melalui thumbprint.

Beberapa gambar yang diambil sebentar tadi di-scroll.

"Hrm nak update yang mana?" soalnya sendirian.

_sya'a_
Somewhere on Earth

_sya'a_ What a day? Spend my time with girls

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

_sya'a_ What a day? Spend my time with girls

Tidak lama kemudian, naiklah noti-noti dari Instagram berkaitan dengan gambar yang baru di-upload sebentar tadi. Malas mahu melihatnya, Aira terus bangun lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Buat kali terakhir, Adrian memeriksa beg sekolahnya untuk kepuasan diri. Semuanya perlu perfect.

"Everything done, son?" Datin Khaleeda menyapa anak teruna bongsunya.

"Yes. I'm done"

"You promised me right? Ni kali terakhir" tutur wanita itu mengingatkan anaknya agar ini kali terakhir dia menukar sekolahnya. Lagipun masih tinggal setahun lagi. Cubalah bertahan Adrian oi!

Adrian mengangguk bersama senyuman. Rasanya dalam adik-beradiknya dia yang paling kerap bertukar sekolah. Abang-abangnya dulu walaupun popular tetapi tidak sampailah tiga kali menukar sekolah mereka. Mungkin ini tempias abang-abangnya juga. Dia paling bongsu dan mempunyai 3 orang abang di atasnya. Dan satu-satunya perempuan dalam keluarga mereka ialah Datin Khaleeda. Tiada rezeki wanita itu untuk menimang cahaya mata perempuan namun masih tetapi bersyukur kerana anak merupakan rezeki daripada Allah.

"WEYHHH! Hot news weyh" awal pagi lagi kelas 6 Alpha dikejutkan dengan satu suara sumbang.

Aira yang ingin menarik kerusinya, terus memandang ke arah pintu kelas yang dirempuh dari luar. Kuat benar tubuh keding Ameera itu merempuh pintu kelas mereka.

"Kau apahal makcik? Siap rempuh pintu kelas nasib tak tercabut je. Harap badan kecil tapi tenaga macam gajah" bebel Izzul yang pada mulanya hanya menanyakan soalan yang mudah.

Ameera yang berdiri di hadapan kelas menjeling lelaki itu.

"Aku dengar ada instafamous akan masuk kelas kita!" jeritnya teruja sambil terlompat-lompat.

"Hah what what?" pelajar-pelajar perempuan mula merapikan diri mereka apabila memdengar berita itu.

Aira mengeluh lalu menggelengkan kepalanya. Ini baru budak kelasnya yang pandai cerdik dan sebagainya belum lagi budak kelas-kelas lain atau lebih tepat kumpulan diva sekolah. Pasti lagi teruk mereka melaram. Dan yang sudah pasti Aira memang tidak berminat mengambil pusing hal ini kerana di sekolah dia hanya budak nerd yang dipalaukan serta dibuli.

Kring

Semua pelajar mula duduk di tempat masing-masing apabila mendengar bunyi loceng. Kedengaran beberapa suara berbisik-bisik mengenai perihal tadi.

"Lelaki ke perempuan?"

"Aku harap lelaki weyh. Yang perempuan selalunya sombong"

"Kalau perempuan memang bertambahlah geng menggedik dalam sekolah ni" celah suara Fariz yang masih menumpukan pada skrin iPad Mini miliknya di atas meja.

Kesemua pelajar perempuan memandangnya serentak. Seperti mahu menelan lelaki itu hidup-hidup. Geram sungguh!

Tangan Aira yang memegang pen itu mengetuk buku notanya perlahan. Entah apa yang difikirkan kerana yang lain sibuk melihat telefon serta gadget lain sementara menunggu guru subjek pertama masuk.

Clak

Pintu hadapan kelas dibuka dari luar. Semua pelajar mula berdiri dan ketua tingkatan memberi salam. Mata masing-masing tertumpu pada satu figura yang berjalan masuk bersama guru mata pelajaran Kimia mereka. Pelajar perempuan mula berbisik-bisik.

"Sit down" tutur Puan Mahani. Pelajar-pelajar mula melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Okay class this is your new classmate, he's going to be part from you guys now. Introduce yourself" terang Puan Mahani lalu memberikan ruang buat pelajar baharu itu memperkenalkan dirinya.

"Hai, my name is Adrian Isyraf. Mind to call me Adrian. Nice meeting you guys" Adrian mula memperkenalkan dirinya.

Serentak itu, Aira mengangkat wajahnya memandang pelajar lelaki di hadapan kelas yang baru sahaja memperkenalkan dirinya. Seisi kelas mula memberikan tepukan gemuruh.

'Adrian Isyraf?'

TBC

The Secret Instafamous✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ