TSI 25

5.3K 618 32
                                    

"Hye Lee, come in" pelawa Puan Sri Ara mesra.

"Lama tak jumpa makin cantik Al sekarang" balas Datin Khaleeda pula. Mereka bersalam-salaman. 

"Shaz tak ada ke Ara?" soal Dato' Arffan kerana hanya melihat Puan Sri Ara sahaja yang menyambut mereka. 

"Tak ada Fan. Dia tak balik lagi outstation. Ada aku dengan anak-anak je" balas Puan Sri Ara yang sudah menjadi kebiasaan. 

"Eh, masuk-masuk apa sembang dekat pintu ni. Ni—" mata Puan Sri Ara terarah kepada anak lelaki Dato' Arffan dan Datin Khaleeda yang berdiri di belakang Datin Khaleeda. 

"Isyraf, anak bongsu kami" tutur Datin Khaleeda memperkenalkan Adrian kepada kawannya. 

Adrian menunduk tanda hormat bersama senyuman yang memaniskan wajahnya. 

"Oh, kacak ye. Jom masuk jom" pelawa Puan Sri Ara. Mereka semua berjalan masuk ke ruang tamu untuk berbual-bual sementara menunggu makanan dihidangkan di atas meja. 

"Duduk Isyraf. Isyraf umur berapa?" soal Puan Sri Ara yang mula ingin tahu tentang anak bongsu kawannya kerana dia belum pernah berjumpa dengan anak mereka yang ini. 

"18 aunty" balas Adrian bersama senyuman. 

"Eh, sama la dengan anak-anak aunty" tutur Puan Sri Ara memandang Datin Khaleeda. 

"Haah la Ara. Anak kita lahir tahun yang samakan? Cuma masa tu kau dekat Spain" tutur Datin Khaleeda. Lupa pula dia bahawa mereka mempunyai anak yang lahir pada tahun yang sama cuma ketika itu kawannya berada di luar negara bersama keluarganya. 

"Haah"

"Edwin dengan Erissya kan? Kembar sepasang" celah Dato' Arffan. 

Puan Sri Ara mengangguk sebagai tanda betul. Manakala kedua-dua belah kening Adrian sudah bercantum. Edwin? Nama itu seperti tidak asing baginya. 

"Puan Sri makanan sudah siap dihidangkan" datang pembantu rumah memotong perbualan mereka. Segera Puan Sri Ara mengajak mereka untuk ke meja makan. 

"Tolong panggilkan twins, Mak Iti" pinta Puan Sri Ara. mak Iti mengangguk lalu hilang ke tingkat atas untuk memanggil anak-anak majikannya untuk turun makan. 

Adrian bangun dari sofa, namun matanya terpandang satu frame gambar seorang lelaki yang elok memakai tuxedo. 

'Syaf?'

"Mama looks at your daught—" Syaf masuk ke ruang makan tetapi langkahnya terhenti apabila melihat satu figura yang dikenali sedang duduk di meja makan di rumahnya. 

"Mengadu je kerja kau" bebel Aira yang sedang berjalan menuju ke ruang makan. Tidak perasan akan Syaf yang sedang berhenti di pintu ke ruang makan, dia terlanggar tubuh lelaki itu. 

"Kau kenapa?" soal Aira yang masih berdiri di belakang Syaf, tidak nampak apa yang dilihat Syaf saat itu. 

"We have guests over here" Puan Sri Ara mula memberi amaran. Mendengar suara Puan Sri Ara, Aira berjalan ke tepi kerana pandangannya dihalang oleh kepala Syaf. 

Sama seperti Syaf, Aira keras membatu di tempat dia berdiri di sebelah Syaf. 

Adrian mengangkat wajahnya sebaik mendengar suara anak lelaki Puan Sri Ara. Matanya dan Syaf bertemu. Maknanya sangkaannya betul. Pada masa yang sama dia terdengar suara seorang perempuan tetapi figuranya masih belum kelihatan. Menanti dengan penuh sabar, kerana dirinya sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah anak perempuan Puan Sri Ara merangkap kembar kepada Syaf yang tidak pernah diketahui sesiapa tentang lelaki itu mempunyai kembar. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now