Reunion

1.5K 117 10
                                    

Hai,assalamualaikum.

Hehe,nothing to say actually because it sure have been long since last update.And I feel bad for those who are waiting,ehem.Really.

However,I'm still happy there are still people being interested with my work😊 because...yeah..I started this story few years ago...yeah years ago but..hmm..I think the number of readers is ehem...small?

That's why I really appreciated you guys for sudi baca😁.

And last2,author minta doa korang untuk exam final author!Hehe.

Thank you then,enjoy!

***

Iman menolak dedaun pintu.

Belakang tubuh seseorang yang dikenalinya itu menangkap perhatiannya.

"Boy..?"Iman bersuara,perlahan.

Lay yang sedang membelakangi Iman berpaling. Dr Farah yang sedang duduk bersandar di kepala katil turut mendongak,melihat ke arah muka pintu bilik rawatannya.

"Iman..."Lay menyeru perlahan.

Iman diam tidak berkutik melihat dua figura di hadapannya sebelum dia melangkah mendekati katil Dr Farah.Dia berhajat untuk melawat Dr Farah setelah pulang dari temuduga.Sebab itu dia singgah sebentar ke hospital.Namun tidak disangkanya Lay berada di sini.

Iman meletakkan plastik yang mengandungi buah-buahan yang dibelinya sebagai buah tangan untuk Dr Farah di atas meja di sisi katil.Diam-diam Iman mengetap bibirnya.Dia tahu saat ini pasti akan datang namun...kekok.Itu yang dirasakan Iman.

"Iman."Dr Farah yang sedang memandang ke arah Iman yang menghampirinya tersenyum lemah. Iman membalasnya.Dia menjeling ke arah Lay yang masih memandang ke arahnya dengan pandangan yang seprti biasa,hanya Iman yang memahaminya.

Diam.Suasana di dalam ruang wad itu kembali sunyi sebelum Dr Farah memecahkannya.

"This is my brother."Ujar Dr Farah sambil tersenyum lemah. Iman memandang ke arah Lay sebelum dia mengangguk. Ya,dia sudah tahu sejak tempoh hari walaupun Lay tidak memberitahunya secara jelas.Terbiasa hidup dengan seorang Lay,Iman biasa membuat penafsiran sendiri apabila sesuatu berlaku.

"You never tell me about having a family..."Suara Iman antara kedengaran atau tidak.Jemarinya digenggam sambil matanya ditunduk.Mendengar itu,Dr Farah mencapai tangan Iman ke dalam genggaman tangannya.

"I'm sorry...A lot happened."Dr Farah cuba menarik Iman merapatinya lagi. "But...you know me and Orman well right?"Soal Dr Farah lembut seakan-akan cuba memujuk Iman.Iman tersenyum nipis.

"Haris."Kali ini giliran Lay pula mendongak apabila namanya diseru.Dr Farah dilihatnya sedang tersenyum melihatnya. Senyuman yang jelas memaparkan kesayuan dan juga seribu perasaan yang sukar dibendung.

"I'm happy to see you...Again."
Suaranya serak. Iman yang melihat mula berasa sedikit serba tidak kena. Dia tahu bahawa Lay baru sahaja bertemu dengan keluarganya yang bertahun menghilang walaupun dia masih mempunyai banyak persoalan mengenai perkara itu. Iman merasakan bahawa dia sepatutnya memberikan mereka ruang. Jadi,dia memberi isyarat kepada Dr Farah bahawa dia akan menunggu di luar.Dr Farah tidak menghalang.

Baru sahaja dia ingin mencapai tombol pintu,terasa ada tangan yang menarik lengannya yang mendorong Iman untuk merapati Lay. Lay secara tiba-tiba mencapai tangannya yang membatalkan hajat Iman untuk melangkah keluar.Tangan Iman digenggam dan Iman dapat merasakan betapa kuatnya Lay megenggam tangannya seolah-olah ingin meminjam sumber kekuatan.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now