Baby,bad Boy

4.2K 234 9
                                    

Lay menyusun kemas fail-failnya sebelum dia memasukkan semua bahan itu ke dalam beg laptopnya.Beg itu kelihatan sedikit besar dari kebiasaan kerana kapasitinya bertambah.Lay mula berkira-kira ingin menggantikan fail-fail itu ke dalam beg yang lebih besar.Dia bangun,membuka almari,menyelak serba sedikit lipatan baju sebelum dia beredar ke laci meja belajar.

Beberapa buku masih kelihatan berselerak di atas meja.Meja ini,tempat kegemaran Iman untuk melepak.Setiap malam,Lay akan mencuri pandang ke arah Iman yang selalu menghabiskan sisa masa di meja ini.Iman selalunya akan membaca.Lay sendiri tidak pasti apakah yang selalu dibaca oleh Iman.Keinginan untuk mengetahui tentang hal itu membuatkan Lay melupakan sebentar tujuan asalnya bagi mencari beg.

Tangan Lay membelek-belek sebentar buku-buku kepunyaan Iman di situ.Tanpa disedari,senyuman segaris terukir di wajahnya.

Buku mengenai teori peradaban Melayu dan sebuah buku rumusan jurang ekonomi.

Lay tersenyum lagi.Dia dapat membayangkan refleks Iman sewaktu membaca.Ah,betapa minatnya Iman terhadap dunia pembacaan.

Tap.

Lay menunduk.Dia tidak sengaja menjatuhkan sesuatu dari balik helaian buku itu.Perlahan-lahan,Lay merendahkan posisi berdirinya bagi mencapai barang yang terjatuh itu.

Sekeping sampul surat.

Dan...sekeping poskad.

Poskad bercopkan sebuah alamat sebuah tempat...Kobe,Jepun.

Saat mata Lay tepat membaca alamat itu,anak matanya terpaku.

Adakah ini yang dicari-carinya?

***

"Cikgu Iman!"

Iman berpaling,pandangannya yang sedang fokus menghala ke arah jalan ke pejabat beralih kepada batang tubuh seorang jejaka di hadapannya.

"Hai,sejak bila awak kerja di sini?"Lelaki yang lengkap bersut di hadapan Iman ini bertanya lagi.

Iman terdiam.Jujur sekali,Iman langsung tidak kenal akan figura di hadapannya ini.Langsung tidak,bahkan sebesar zarah memori pun tidak kunjung di kepala Iman mengenai susuk tubuh manusia di hadapannya ini.Diulangi,Iman tidak kenal siapa ini dan bagaimana Iman mahu merespon sekarang!

Sebuah ketawa kecil keluar dari mulut jejaka di hadapan Iman.Mungkin lucu melihat Iman yang terkebil-kebil melihat ke arahnya.

"Minta maaflah,saya tiba-tiba tegur.By the way,memang Iman tak ingat saya ke?"Soal lelaki itu sambil mengangkat sebelah keningnya.

Iman cuba untuk tersenyum mesra. "Ah,maaflah..Saya tak berapa ingatlah.Encik...ni?"Iman membulatkan mata sambil mengangkat kening.

"Izul."

Lelaki itu tersenyum lagi.

Izul?Nama yang seakan-akan pernah didengari Iman di suatu ketika tetapi malangnya semuanya samar-samar.

Izul....Izul...?

Mata Iman membulat lagi tetapi kali ini dia tersenyum ikhlas.

"Ah,,Izul..Kawan Abang Sufiankan?"Izul tertawa lagi sambil mengangguk.

Iman girang.Dia tidak menyangka mereka akan bertemu lagi.Sejujurnya,Iman tidaklah perasan akan kewujudan lelaki ini namun kehadirannya di majlis perkahwinan kakak sulungnya berjaya menaikkan nama Izul di kalangan keluarganya.Lelaki itu ramah sekali membuatkan orang sekelilingnya senang.Izul juga datang pada hari perkahwinan Kak Ngah dan..Iman sendiri.

Setelah berbasa serba sedikit,Iman mengundur diri untuk ke pejabat.Melalui perbualan ringkas mereka,Iman dapat mengetahui yang Izul ada di sini bagi mencari Puan Mariam atas beberapa urusan.

Can I love you,cousin?Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz