Stalk

3.6K 236 0
                                    

Kata orang tua-tua,berkahwin dengan sepupu sendiri takutnya dapat anak terbalik dalam kandungan.
Sungguh,negeri!

Iman termenung memikirkan hal itu.Dia teringat pula cerita ustazahnya ketika di sekolah menengah.

"Kawan saya ini sangat kacak.Apabila dia menyatakan hasratnya untuk mengahwini adik angkat saya,saya tanyakan dia betul-betul, adakah dia sudah beristikharah.Sebabnya,selalu berlaku kes orang yang tampan berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai rupa,pengakhiran mereka,cerai."

Iman mengeluh. 'Ah!Aku comel apa?'Bisik hatinya.

Seketika Iman menggeleng laju.Oh,tidak.
Fikiran Iman benar-benar kusut tika ini.
Kahwin?Weh,ini bukan perkara yang boleh dibuat gurau!Betapa mudahnya Gina membuat perhitungan!

Tanpa sedar Iman berdecit kegeraman.

'Sekejap,kalau aku seorang memikirkan hal ini pun tak sudah.Bagaimana pula dengan Lay,adakah dia sudah tahu mengenai perkara ini?.Jangan-jangan Gina yang merancang sendiri perkara sebegini tanpa pengetahuan Lay!'

Selepas melepaskan sebuah keluhan berat,Iman segera mencapai sebuah buku kegemarannya.Buku bertajuk, 'Gajah Putih di Bumi Geroda' itu diselaknya.Daripada dia serabut memikirkan sesuatu yang masih samar-samar begitu,lebih baik dia menelaah.Sekurang-kurangnya dapat juga dia ilmu dan idea buat pembentangan tugasan kuliahnya nanti.

***

Iman berlari anak sebelum dia meloloskan dirinya ke dalam bas yang hampir bergerak itu. 'Fuh..Mujur sempat.'Bisik Iman di dalam hati.Dia mula bergerak ke dalam perut bas bagi mencari tempat kosong.

Melihat kepada tempat kosong bersebelahan dengan seorang warga emas berbangsa cina itu,Iman terus mengambil peluang itu lalu duduk.Jarang sekali dia berpeluang untuk duduk apabila menaiki bas awam.

"Lu,mau ke mana?"Tegur pak cik itu secara tiba-tiba.

Iman yang baru hendak merehatkan badannya berpaling sambil mempamerkan sebuah senyuman.

"Saya nak pergi universiti,pak cik.Tak akanlah saya nak pergi baiki kereta dengan buku-buku ini!"Balas Iman,bergurau.Pak Cik itu tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

"Bagus-bagus.Lu belajar pandai-pandai.Orang Melayu ini selalunya malas."

Mendengar kata-kata pak cik ini,Iman sedikit tersentak.Perkara itu bukanlah sesuatu yang asing baginya memandangkan hidup sebagai rakyat dalam kelompok masyarakat majmuk pastinya terselitnya pandangan negatif sesama sendiri.

Tetapi,serius!Pak cik ini memang salah orang.Iman,bukan gadis biasa-biasa.Darah Melayu yang mengalir dalam dirinya terasa panas seketika.Namun,Iman tahu dia perlu menghormati orang tua dan pegangan mereka.

"Tak apa,pak cik.Saya akan jadi contoh buat semua rakan-rakan saya.Biar jadi saya jadi pandai sebabnya impian saya bukan biasa-biasa,pak cik!"Iman menayangkan senyuman manis.Pak cik itu ketawa sebelum menaikkan ibu jarinya.

Hari ini,antara hari yang sibuk buat Iman.Kuliahnya memanjang.Tugasan pula bertimbun.Maklum sahaja,tahun ini merupakan tahun terakhir pengajiannya di dalam bidang perundangan ini.

Tamat sahaja kuliahnya yang terakhir Iman balik ke rumah sewanya.Solat asar ditunaikan.Perut Iman yang mula berkeroncong memaksa Iman menapak ke dapur.

Di dapur,kelibat Aisya yang sedang memasak kelihatan.Hari ini sememangnya giliran Aisya untuk memasak.

"Sedapnya bau.."Tegur Iman.Dia meninjau isi di dalam periuk yang sedang dikacau Aisya.Ikan patin masak tempoyak.
"Waah,Aisya!Sejak bila kau pandai masak lauk ini.Jarang gila aku nak jumpa."

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now