This is Iman!

14.4K 351 9
                                    

Pap!

Mata Lay terbeliak.Sesuatu yang mendarat di hadapannya benar-benar mengerikan.Menggerunkan.

"Layy,mana kau pergi?Puas aku cari kau!"tegur Syad.Melihat Lay yang tergamam membuatkan Syad turut memandang ke hadapan.Arah di mana mata Lay terpaku.
Serentak,terasa seluruh arteri dan vena berhenti bekerja.

"Lay,a..paa.."Syad terdiam.Suaranya terasa tersekat di kerongkong.

Dunia Lay pula bagaikan kelam di alam gelap.Dia sudah tidak dapat memberi apa-apa respon ketika itu.Jauh sekali menenangkan sahabatnya,Syad.Hanya kedengaran suara jeritan orang ramai yang mula perasan akan kewujudan susuk tubuh yang kaku berlumuran darah di hadapannya.

Semakin waktu berganjak semakin ramai yang datang mengerumuni.
Seketika,kedengaran bingitan lolongan diiringi bunyi siren.

"Syad.."akhirnya Lay bersuara."Let's run."

...

Kringg!!

"Arrgh!"Iman mencampakkan selimut yang membaluti tubuhnya.Lantas dia segera masuk ke dalam bilik air.Dia keluar semula lalu mencapai telekung.Solat subuh didirikan.Subuh dinasour.

Iman membetulkan tudung.
Tudungnya ditatap sebelum sebuah senyuman di pinggir bibir terukir.
Salahnya ralit menghabiskan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wick karya Buya Hamka semalam.Haih..

Iman berlari anak menuju ke arah dewan fakultinya.Nafas mula tercungap-cungap.Inilah orang kalau tak selalu buat aktiviti lasak.Baru berlari anak,mahu luruh jantung rasanya.Sesampai sahaja Iman di hadapan dewan kuliahnya,Iman menghembus nafas berat sebelum tangannya mencapai tombol pintu.Sesaat tangannya mencapai tombol itu,dahinya berkerut.

'Aik?Apasal pulak tak boleh pulas ni?'getus Iman.

Setelah hampir 5 minit mencuba,Iman naik berang.Sudahlah dia sudah lewat,pintu ini ingin mencari masalah pula dengannya!Iman tiada pilihan lain.Dia melangkah beberapa tapak ke belakang dan...Pakk!Tendangan sulung Iman dengan penuh aksi berjaya membuka pintu itu.Yang paling tragis,semua mata di dalam dewan kuliah itu tepat ke arah Iman!Mata masing-masing kelihatan terbeliak dengan mulut yang ternganga.

'Alamak..Ni beberapa keterunan malu aku dibuatnya!'Detik hati Iman.Dia melangkah masuk ke dalam dewan sambil menundukkan muka,sedaya upaya menyembunyikan wajahnya.

"Wow,I think you may be a football player's daughter?"Dr Hakimi yang sedang berada di hadapan kelas mengusik disambut dengan gelak ketawa seluruh kelas.Iman tersenyum kelat, "Yeah,I wish I am."Balas Iman memeriahkan lagi tawa seisi kelas.

"Nur Iman Hadini!"Panggil seseorang membuatkan langkah Iman terhenti.Langkah Iman laju memandangkan sejurus tamat sahaja kelas tadi,dia terus menuju ke kafe.Maklumlah,bangun lewat,tidak sempat dia bersarapan.

Pandangan Iman kini dihalakan ke arah susuk tubuh yang sedang merenung tajam ke arahnya.Tudung bidang merah jambu gadis itu kelihatan bertiup lembut disapa angin sepoi-sepoi bahasa.

"Aisya?"Balas Iman sambil mengangkat kening.

Aisya berjalan mendekati Iman.

Pap!

Satu tamparan hinggap di atas bahu Iman. "Hei!"Berkerut dahi Iman. "Nur Iman Hadini,kenapa yang awak sepak pintu tadi?"soal Aisya membuatkan Iman tersengih. "Dah pintu buat hal tak boleh pulas tombol tuh,aku punn.."Ayat Iman tergantung.Rasanya tidak perlu dia menyebut kerana pastinya Aisya sudah tahu.

Jawapan Iman dibalas dengan gelengan kepala oleh Aisya. "Ya Allah,budak bertuah ni!Kau tu bertudung litup,buatnya tersebar benda ni tak ke bawa malu?"Iman sekadar berdiam diri.Dia tahu memang perbuatannya tadi di luar jangkaan dan agak jarang dilakukan oleh pelajar lelaki sekalipun.Inikan pula dia perempuan?

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now