Lelaki ini

3.7K 255 3
                                    

Pap!

Lay membuka matanya.Bunyi yang agak kuat itu berjaya membuatkan Lay mengurut dada akibat rasa terkejut.Sejenak,dia diselebungi rasa kehairanan.Bukan sahaja hairan malah sedikit rasa seram juga turut menjelma.

Masakan tidak,jarum jam pada dinding telah berginjak menunjukkan angka 3 pagi.Lay mula menelan liur.Dia perlahan-lahan bangun keluar dari kamarnya,menuju ke arah datangnya bunyi itu.Setapak demi setapak Lay melangkah,semakin jelas bunyi suara seseorang kedengaran.

"Argh.."Lay secara tiba-tiba mengerang perlahan sebelum membongkokkan badannya.Matanya membulat.Mustahil!
Sebentar tadi,Lay benar-benar merasai ada sentuhan di belakang lehernya.Sentuhan itu seolah-olah cakaran!Saat itu,nafas Lay mula terasa berat.Jantungnya berdegup kencang.Bibirnya bergetar.

Lay mencapai bucu meja berdekatan dengannya.

Dia dapat melihat,takungan cecair merah yang mengalir.Perlahan-lahan Lay berginjak menjauhi cecair itu sebelum akhirnya dia duduk bersandarkan meja itu.Lay tunduk,
membenamkan wajahnya di atas lututnya sendiri.Tanpa sedar,ada cecair hangat mula terbit dari tubir matanya.

Ya, 'ia' muncul lagi.

***

"Are you awake?"suara halus Gina kedengaran.Lay yang masih berada di pembaringannya cuba untuk bangun.Gina lantas membantu Lay untuk duduk.

"Why are you here,sis?"Soal Lay sambil meraup wajahnya perlahan. "Why?Can't I sit here?Watching my brother?"Soal Gina kembali.Lay tersenyum tipis. "No,that's not what I meant.I am just curious.You rarely barged in."Balas Lay lalu dia bergerak menuruni katil menuju ke bilik air meninggalkan Gina yang hanya merenung kelibat adiknya menghilang.Tanpa sedar,Gina melepaskan sebuah keluhan.Berat.

Lay menghidupkan telefon pintarnya.Jam telah mendekati angka 10.Maknanya,Lay bangun lewat hari ini.Perutnya mula berkeroncong tetapi dia berasa malu untuk ke dapur bagi bersarapan pada jam sebegini.Tambah lagi,dia menumpang di rumah Pak Usunya.

"Are you alright?"

Lay yang baru bercadang untuk bersarapan di luar,berpaling kembali.
Iman dilihatnya sedang berdiri di pintu dapur.Seketika,Lay termangu.Saraf-saraf oraknya bagai baru sahaja bersambung serentak mengembalikan ingatannya tentang pristiwa semalam.Buat seketika,Lay memerhatikan wajah polos Iman sebelum dia menunduk,malu.

"Yeah."

***

2.30 pagi...

Iman menutup pintu bilik air.Dia mengusap lembut perutnya.
Ahh,alhamdulillah.Selesa rasanya perutnya setelah menyelesaikan 'hajatnya'.

Sedang Iman berjalan menuju ke katilnya,dia mengerling ke arah jam.Jam 2.30 pagi.Iman termenung seketika sebelum dia kembali ke bilik air,mengambil wudu'.

Ada baiknya sekiranya dia menunaikan solat tahajud sebelum kembali ke tempat tidurnya.2 rakaat di waktu hening,Iman tunaikan dsngan tertib.Syahdu rasa hatinya dapat bersujud kepada pencipta yang Agung.Sungguh,ibadah yang dilakukan di waktu ini,di kala makhluk-makhluk lain masih lena diulit mimpi,merupakan ibadah yang terbaik.Segala doa mahupun sebarang taubat yang dipinta,dengan izinNya diterima,menembusi langit.
Rugi,tersangat rugi bagi mereka yang mengabaikan waktu ini.

Baru sahaja Iman ingin melipat sejadah yang digunakannya,
kedengaran suara tangisan seseorang di luar.Pada mulanya,Iman berasa takut.Tanpa sempat dia membuka kain telekung di tubuh,terus dia meloncat ke atas katil,di sisi Kak Lang.Namun,tangisan itu semakin mendayu.

Iman mula sedar,itu suara seseorang.Ya,seorang manusia.Namun,siapa pula yang menangis?Berani mati betul!Perlahan-lahan Iman menyelak birai pintu,mengintai ruang rumah.Dia menarik nafas seketika sebelum menapak ke luar bilik.

Setapak.Dua tapak dan beberapa tapak,Iman berhenti. 'Kenapa aku keluar?Kalau ada orang jahat ke,tak ke naya?'Fikir Iman secara tiba-tiba,bercadang ingin kembali ke bilik secepat mungkin.

Belum sempat Iman berbuat demikian,dia ternampak kelibat seseorang di ruang meja makan.Kelibat itu sedang terduduk sambil menahan esakan.Iman mula mengecam kelibat itu.

Lay.

Jantung Iman mula berdegup dengan lebih laju.Apa yang dilakukan jejaka itu pada jam sebegini?Menangis seorang diri,Iman tidak menyangka lelaki yang selalu dilihatnya dingin akan berkelakuan sebegini.Terbit rasa kasihan dan belas dalam diri Iman.Iman memberanikan dirinya menghampiri lelaki itu.

"Hey,a..bang Haris?"Tegur Iman.

Lay mendongak menyerlahkan wajahnya yang kelihatan begitu sayu.Matanya memandang tepat anak mata Iman.Iman hanya membatu.Kejanggalan mula menyelubungi dirinya.Maklum sahaja,dia tidak pernah berbicara dengan Lay sebelum ini.Jadi dia agak teragak-agak untuk membahasakan lelaki itu dengan gelaran 'abang'.
Namun,lelaki itu merupakan abang sepupunya,jadi gelaran itu pastilah sesuatu yang biasa.

Iman mula berasa tidak selesa apabila Lay merenungnya sebegitu lama.Iman mula berkira-kira untuk pulang ke kamarnya.Namun,belum sempat dia berbuat demikian,Lay menarik tangannya,memaksa dia duduk bertentangan dengan Lay.

Iman terkejut.Sangat terkejut.Bagaikan disambar kejutan eletrik,Iman terus menarik tangannya.Seumur hidupnya,belum pernah ada mana-mana lelaki yang pernah menyentuhnya!Namun tangannya dipegang erat oleh Lay.Iman tidak mahu kalah,marahnya mula meluap.

"Abang Haris,lepas!"Tegas Iman sambil cuba menarik tangannya.Lay masih begitu sebelum secara tiba-tiba meletakkan tangan Iman rapat ke dahinya. "Why?"Soal Lay di dalam suaranya yang antara kedengaran atau tidak.Iman tersentak apabila dia melihat air mata Lay mula mengalir.

"Why me?"Ujar Lay lagi.Tangan Iman digenggam erat sebelum tangisannya mula kedengaran.Ya,tangisan yang cukup sayu.Iman terdiam.Di hadapannya,dia melihat seorang lelaki yang dikenalinya dingin.Namun,hari ini menjadi bukti,lelaki ini mempunyai sekeping hati yang cukup pilu.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now